Volley Neves Adalah Jaringan Tercantik Tahun 2020 Setakat Ini

Ruben Neves menjaringkan gol volley yang cukup cantik dalam pertembungan antara Wolves menentang Espanyol untuk pusingan 32 Europa League awal pagi tadi.

Ruben Neves tidak melakukan tap-ins. Pemain midfield Portugal ini jarang menjaringkan gol, tetapi apabila dia melakukannya, jaringan itu pastinya jaringan yang luar biasa cantik.

Dan dalam perlawanan pertama menentang Espanyol untuk pusingan 32 Europa League, beliau telah menjaringkan gol yang sungguh cantik dan mempesonakan.

Wolves membuka jaringan melalui jaringan dari Diego Jota pada minit ke-15 hasil umpanan dari Raul Jimenez. Keputusan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Masuk babak kedua perlawanan Wolves menggandakan asakan dan hasilnya pada minit ke-52 Ruben Neves berjaya menjaringkan gol yang cukup cantik untuk pasukan Wolves.

Adama Traore berlari laju di bahagian kanan dan menghantar bola cantik ke dalam kotak penalti Espanyol dan kemudian bola itu cuba dikeluarkan oleh pemain pertahanan Espanyol.

Namun bola yang dikeluarkan dari kawasan berbahaya itu tepat ke Neves, beliau kemudian melepaskan volley dari jarak 25 meter tepat ke arah gol dan menerjah jaring lawan. Jaringan yang cukup cantik dari Neves.

Neves telah menjaringkan 15 gol untuk pasukan Wolves dan 12 daripadanya adalah jaringan dari luar kotak penalti.

Jaringan cantik beliau itu mungkin antara gol tercantik sepanjang tahun 2020 setakat ini. Malah jaringan itu boleh dikatakan jaringan tercantik beliau sepanjang kariernya.

Beliau pernah melakukan jaringan volley yang cantik juga pada tahun 2018. Ketika itu beliau menjaringkan gol ketika pasukannya menentang Derby County.

Pada minit ke 67 Diogo Jota menjaringkan gol kedua untuknya dan ketiga untuk pasukan Wolves. Beliau menerima umpanan cantik dari Matt Doherty dan melepaskan rembatan padu dari sudut kanan gol untuk menewaskan Andres Prieto.

Diogo Jota melengkapkan Hat-ricks nya pada minit ke-81 hasil umpanan dari Joao Moutinho. Perlawanan berakhir dengan keputusannya Wolves menang 4-0. Dengan Neves menjaringkan satu gol serta Jota menjaringkan tiga gol.

Pemain berusia 23 tahun itu kini menjaringkan back-to-back hat-tricks di Liga Europa League selepas dia menjaringkan hat-ricks ketika menentang Besiktas pada Disember lalu.

Pasukan Nuno Espírito Santo kini hampir pasti berada di dalam kelompok 16 Europa League. Tetapi sebelum sampai ke tahap itu mereka harus bekerja keras untuk berkunjung ke lama Espanyol pula pada perlawanan kedua pusingan 32 Europa League ini.

BACA:  Ruben Neves Anggap Kekalahan Wolves Berpunca Dari Kesilapan Pengadil Perlawanan