Wajah Messi dan Neymar Telah digunakan ISIS Untuk Poster Propaganda

Wajah pemain terhebat alam semesta, Lionel Messi dan muka pemain termahal di muka bumi ini, Neymar Jr. telah digunakan oleh Islamic State in Iraq and Syria (ISIS) dalam beberapa poster propaganda yang mereka terbitkan.

Poster propaganda ISIS yang menakutkan itu menampilkan Neymar menangis sambil melutut di tepi seorang lelaki berpakaian serba hitam dan menutup muka, manakala Messi pula dalam keadaan terbaring dengan kepala dipenggal.

Imej ini dipercayai telah dibuat dan diedarkan oleh Wafa Media Foundation yang merupakan penyokong kuat Islamic State (IS). Poster terkini itu keluar selepas sehari Presiden Bola Sepak Argentina mengadakan pertemuan dengan duta Russia.

Poster ngeri Neymar dan Messi. Imej: Mirror

Pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan isu keselamatan dan ketakutan yang timbul ekoran ISIS sebelum ini telah mengeluarkan poster Messi yang menangis mengeluarkan darah.

Poster terbaru yang menggunakan wajah Messi dan Neymar ini merupakan ancaman terbaru dari fanatik ISIS yang mengancam penganjuran Piala Dunia Russia pada tahun hadapan.

Ekoran tersebarnya poster ini Presiden Bola Sepak Argentina, Claudio Tapia mengadakan pertemuan dengan duta, Victor Koronelli untuk membincangkan tentang keselamatan di kejohanan terhebat bolas sepak itu.

Tapia tidak mendedahkan sebarang keputusan yang dibuat di dalam mesyuarat tersebut dan jelas Tapia bimbang dengan ancaman yang wujud ke atas pemaian pasukannya terutama sekali pemain bintang mereka Lionel Messi.

Air mata berdarah Messi menimbulkan kekatukan.  Imej: Mirror

Poster yang terpapar wajah Messi dengan terteranya perkataan ‘Just Terrorism’ dan tagline yang berbunyi ‘You are fighting a state that does not have failure in it’s dictionary’ telah cukup merisaukan persatuan Bola Sepak Argentina.

Kini dengan poster terbaru Messi yang dipenggal kepala dan Neymar yang melutut, maka bertambah lagi kerisauan yang sedia ada. Ini bukanlah poster pertama yang telah dikeluarkan ISIS untuk mengancam Piala Dunia.

Imej: Mirror

Pada minggu lalu satu imej telah di keluarkan dengan logo Piala Dunia dipaparkan bersama seorang lelaki bertopeng memegang senjata api dengan tulisan ‘Wait for Us’.

Manakala satu lagi poster juga telah disebarkan di media sosial di mana seorang lelaki berdiri memegang senjatan api dengan bom berada ditepinya sambil memerhatikan Stadium Volgograd Arena di Russia.

Bandar kedua terbesar di Rusia, St Petersburg adalah tempat kejadian serangan ISIS yang mengerikan apabila bom di dalam beg bimbit telah diletupkan pada bulan April lalu dan telah membunuh 14 orang.

Imej: Mirror

Serangan bom itu sebagai tindak balas ke atas Russia yang melancarkan serangan udara di Syria. Berpuluh ribu penyokong England dijangka berkampung di St Peterburg selama sebulan apabila Piala Dunia berlangsung.

Piala Dunia FIFA 2018 akan berlangsung di 11 buah bandar di serata Russia pada 14 Jun sehingga 15 Julai 2018 dan perlawanan akhir akan diadakan di Stadium Luzhniki yang terletak di Moscow.

Sumber : Mirror

Baca Juga

Baca Juga