Renato Sanches berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika turun beraksi bertemu Chelsea dalam aksi saingan Champions League awal pagi tadi.
Lille mungkin sedang dalam perjalanan untuk keluar dari saingan Champions League, selepas tewas di tangan Chelsea dalam aksi leg pertama pusingan 16 terbaik saingan Champions League.
Walau bagaimanapun, mereka mungkin setidak-tidaknya oleh berbangga dengan persembahan mantap yang dipersembahkan oleh bekas pemenang anugerah Golden Boy dalam perlawanan hari ini.
Renato Sanches' game by numbers vs. Chelsea:
62 touches
18 passes in final third
8 ball recoveries
7 take-ons attempted
6 final third entries
4 duels won
3 take-ons completed
1 tackleOne of the only bright sparks for Lille. #UCL
— Squawka Football (@Squawka) February 22, 2022
Sanches merupakan antara pemain yang bersinar dalam perlawanan ini dengan beliau dilihat sangat dominan di posisi midfield.
Melihat kepada kehebatan aksi beliau dalam perlawanan ini, maka tidak hairanlah mengapa beliau pernah dianggap sebagai prospek masa hadapan dalam dunia bola sepak.
Kehebatan beliau ketika usia remaja telah berjaya memancing Bayern Munich untuk mendapatkan khidmatnya pada satu ketika dahulu.
Sanches bersinar ketika bertemu Chelsea
Sanches mendapat pujian yang menggunung atas aksi hebat dan persembahan mantap yang beliau persembahkan dalam perlawanan ini.
Kiri, kanan, tengah, atas dan bawah, Sanches boleh dikatakan berada di mana-mana di atas padang dan mempamerkan aksi yang cukup dominan di posisi midfield.
Para peminat bahkan turut percaya yang aksi hebat beliau pamerkan dalam perlawanan ini bakal membantu beliau untuk lebih bersinar dan menarik perhatian kelab-kelab gergasi Eropah untuk mendapatkan khidmatnya.
Renato Sanches vs Chelsea pic.twitter.com/Qajxa9aEUZ
— . (@HugoFilmz28) February 22, 2022
Bahkan juga, wartawan, Robin Brainer turut memberikan pujian yang sungguh luar biasa dasyat kepada Renato Sanches dengan beliau menyatakan bahawa:
“Renato Sanches secara tak sengaja sebenarnya sudah membuka ruang untuk beliau melengkapkan perpindahan mega pada musim panas nanti, selepas pamer aksi menakjubkan ketika beraksi bertemu Chelsea awal pagi tadi.”
Walaupun gol jaringan Kai Havertz dan Christian Pulisic sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan kepada Chelsea, namun harus diakui yang aksi Renato Sanches tetap berjaya memukau para peminat seluruh dunia.
Perjalanan karier Sanches
Ramai peminat yang mengaitkan aksi Sanches dalam perlawanan ini sebagai balas dendam kepada Chelsea atas sejarah lampau.
Sememangnya Sanches ada sejarah hitam dengan Chelsea ketika beliau beraksi bersama Swansea City dan insiden itu berlaku di Stamford Bridge.
It's great to see Renato Sanches balling out at Stamford Bridge. He still must have nightmares about THAT advertising board pass. #UCL pic.twitter.com/Ef3Rfct8DX
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) February 22, 2022
Jika hari ini Renato Sanches dianggap sebagai pemain buruan kebanyakan kelab gergasi, mungkin ramai tak tahu beliau pernah dianggap pemain paling gagal Swansea pada empat tahun lalu.
Ada satu detik memalukan ketika Sanchez beraksi di Stamford Bridge dalam aksi saingan Premier League bertemu Chelsea pada ketika itu.
Dan aksi memalukan itu mungkin dikenang oleh beliau sehingga ke hari ini dan kerana itu jugalah beliau telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan di Stamford Bridge hari ini.
Sanches dianggap sudah berjaya membalas dendam
Detik memalukan yang dimaksudkan itu adalah ketika Sanches tersilap menghantar bola ke arah papan iklan di tepi padang, kerana keliru warnanya sama seperti jersi yang beliau pakai.
Jersi away Swansea pada ketika itu berwarna merah hijau dan ia sama dengan warna logo Carabao yang tertera di papan iklan tersebut.
Ya, tidak dinafikan yang ramai lagi pemain lain pernah melakukan kesilapan yang sama seperti itu namun tidak begitu dibahaskan.
Namun untuk Sanches detik itu telah menyebabkan kariernya sebagai pemain pinjaman di Liberty Stadium hancur musnah dan beliau juga turut tidak henti-henti dikecam atas hal tersebut.
Renato Sanches is a spectacular player. He’s so good to watch. He would be PERFECT for that third midfielder slot at Wolves. #wwfc pic.twitter.com/0vIXc4e4ze
— Josh Holland (@JoshHolland_) February 22, 2022
Kerana itu jugalah beliau dikatakan telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dalam perlawanan ini, kerana tidak mahu sejarah lama berulang kembali.
Beliau telah berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan di Stamford Bridge dan sudah tentu beliau mahu segera lupakan insiden memalukan itu.
Aksi Sanches menghantar bola kepada papan iklan di tepi padang.
Renato Sanches on for Bayern. I'd imagine the advertising boards are petrified… pic.twitter.com/tXqKikTaTU
— Deluded Brendan (@DeludedBrendan) March 13, 2019
Dari detik memalukan kini beliau tampil dengan aksi menakjubkan
Ini merupakan kali kedua Sanches berkunjung ke Stamford Bridge selepas isu memalukan itu, dengan aksi Champions League pada tahun 2019 merupakan lawatan pertama beliau ke halaman Chelsea itu.
Pada ketika itu, Sanches hanya dimasukkan pada minit ke-82 permainan dan membantu Lille untuk comeback selepas ketinggalan 2-1 hasil gol jaringan Tammy Abraham dan Cesar Azpilicueta.
Ketika itu juga Sanches tidak terlibat dengan sebarang insiden memalukan baik menghantar bola ke papan iklan atau apa saja.
Namun ia merupakan dua perbezaan ketara antara kunjungan pertama beliau ketika bersama Swansea dan kunjungan keduanya bersama Lille.
Kunjungan ketiganya pula, walaupun kalah, namun harus diakui yang Renato Sanches sebenarnya telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan sepanjang perlawanan awal pagi tadi.
Sumber: GMS