Wan Karpet Sah Milik Selangor

FA Selangor melalui laman muka buku rasminya telah mengumumkan bahawa pemain sayap Kedah, Syazwan Zainon atau Wan Karpet akan beraksi bersama Gergasi Merah.

Syazwan Zainon mula dikenali selepas beraksi cemerlang bersama Kedah dan membawa skuad Helang Merah menjulang Piala FA, Sumbangsih dan Piala Malaysia.

Sejak itu pemain yang juga dikenali sebagai Wan Karpet ini mula menjadi pemain regular skuad Harimau Malaya.

“Suka cita diumumkan bahawa Syazwan Zainon kini sah bergelar pemain Selangor untuk musim 2019.”

“Hantarkan ucapan anda kepada ‘Wan Karpet’ dengan menggunakan hashtag #SyazwanZainonIsRed”

Untuk penyokong Selangor saksikanlah kehebatan Syazwan Zainon.

Kenapa Syazwan Zainon Digelar ‘Wan Karpet’ Terjawab

Syazwan Zainon mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air selepas perlawanan Malaysia menewaskan Kemboja 3-2, dalam perlawanan itu Syazwan Zainon telah menjaringkan gol pertama Malaysia.

Selepas perlawanan Syazwan telah ditemuramah oleh media menggunakan Bahasa Inggeris dan Syazwan dengan tanpa segan silu dan penuh menjawab soalan wartawan tersebut dan nyata video temuramah tersebut menjadi viral.

Walaupun bahasa Inggerisnya sedikit berterabur, namun video itu mendapat pujian dari netizen atas keberanian dan keyakinan tinggi dimiliki Syazwan.

“Berkenaan video baru-baru ini saya tidak tahu kerana ia berlaku secara spontan. Saya pun tidak jangka akan cakap macam itu (berbahasa Inggeris).

“Pada awalnya ada penterjemah bahasa, tapi bila tengok dia tiada dekat belakang, saya main cakap saja. Saya hanya mencuba, sebab kalau tidak cuba sampai bila kita tidak berjaya.

“Ramai yang mendorong saya untuk mendapatkan keyakinan diri termasuk jurulatih, pengurusan dan pemain dari Kedah serta skuad kebangsaan, katanya.

Berikutan tersebarnya video itu maka banyaklah komen dan kapsyen dari penyokong Kedah yang menggelarkan Syazwan sebagai Wan Karpet. Ketika ditemu bual oleh wartawan Berita Harian Wan Karpet telah menceritakan bagaimana nama itu boleh menjadi sebutan.

“Benda ini (gelaran Wan Karpet) asalnya dari zaman sekolah menengah lagi ketika saya mula memasuki tingkatan satu (di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Perlis).

wan-karpet
Wan Karpet Bersama Pekerjanya Di Kilang Karpet

“Mungkin sebab rambut saya yang kerinting dan lembut macam karpet dan sejak dari itu ia (gelaran) melekat sampai sekarang. Saya tiada masalah asalkan semua orang gembira,” Jelas Syazwan.

Maka terjawablah asal usul nama anak jati Utan Aji, Perlis itu. Tiada sekeping karpet pun yang pernah dijual oleh Wan Karpet dan mungkin Syazwan hanya sekadar menjadi pembeli. Semoga Syazwan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sumber : Berita Harian

Baca Juga

Baca Juga