Wan Kuzain Bersedia Wakili Malaysia Jika Dipanggil

Pemain kelab bola sepak, Swope Park Rangers dari Liga Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzain Wan Kamal yang juga merupakan pemain berdarah Malaysia kini pulang ke Malaysia untuk bercuti telah menyatakan bahawa tidak akan menolak peluang mewakili Malaysia.

Wan Kuzain Wan Kamal yang berusia 19 tahun yang pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia berkata beliau bersikap terbuka untuk menerima panggilan mewakili skuad senior atau remaja Malaysia jika diberi tawaran.

Perasaannya kepada Malaysia masih menebal kerana darah yang mengalir dari kedua ibu bapanya yang sememangnya anak jati Malaysia. Faktor ini membuatkan Wan Kuzain tidak berdepan masalah untuk mewakili Malaysia jika ada panggilan.

“Apabila tiba masanya untuk membuat keputusan, saya akan memikirkannya masak-masak dengan mengambil kira faktor masa, usaha, keluarga dan rakan-rakan. Ini pasti bukan keputusan mudah untuk dibuat.”

Hajat Wan Kuzain untuk beraksi bersama Kelab Belanda, Feyenoord sebelum tidak kesampaian namun Wan Kuzain masih memasang impian untuk bermain di Eropah pada masa depan.

“Biasanya pemain muda sentiasa berimpian untuk bermain di Eropah samada bersama Arsenal, Barcelona atau Paris Saint-Germain (PSG).”

“Ini semua memerlukan usaha, kegigihan serta kerja keras. Apabila sampai masa dan saya sudah bersedia saya akan berhijrah.”

“Sasaran saya adalah untuk bermain di Champions League dan buat masa ini saya akan fokus kepada kelab sekarang untuk berada dalam pasukan utama.”

Sebelum ini bapa Wan Kuzain Ketika ditanya kemungkinan Wan Kuzain akan bermain di Liga Malaysia, Dr Wan Kamal berkata ini tidak mungkin akan berlaku dan Wan Kuzain tidak akan bermain di Liga Malaysia.

“Dia tidak akan bermain untuk mana-mana kelab di Malaysia memandangkan dia adalah seorang pemain profesional. Lagipun Liga Malaysia adalah semi profesional,” katanya.

Bapanya juga menjelaskan sukar bagi Wan Kuzain untuk bermain mewakili Malaysia. Tetapi kini Wan Kuzain sudah menyatakan kesediaannya.

“Saya sudah tinggal di Amerika Syarikat hampir 25 tahun. Jadi saya fikir kami akan terus menetap di sini. Lagipun kesemua anak saya lahir di sini, jadi mereka merupakan warganegara AS.

“Jadi mungkin sukar bagi Kuzain untuk bermain mewakili Malaysia,” katanya.

Wan kuzain yang berusia 19 tahun menyertai Swope Park Rangers pada awal tahun ini dan pada 26 Mac 2017, Wan Kuzain telah membuat debut sebagai pemain profesional dalam Liga Soccer United (USL).

Baca Juga

Baca Juga