Wan Kuzain Julang Trofi Bersama Swope Park Rangers

Swope Park Rangers telah menjuarai USL Western Conference buat kali kedua berturut-turut di mana pemain berdarah Malaysia yang kini menetap di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal merupakan salah seorang anggota pasukan.

Wan kuzain yang berusia 19 tahun menyertai Swope Park Rangers pada awal tahun ini dan pada 26 Mac 2017, Wan Kuzain membuat debut sebagai pemain profesional dalam Liga Soccer United (USL.

Wan Kuzain membarisi kesebelasan utama Swope Park Rangers menewaskan OKC Energy 3-1. Selepas 7 bulan kini Wan Kuzain berjaya menjulang trofi bersama Swope Park Rangers.

Nama : Wan Kuzain Wan Kamal
Umur : 19 Tahun
Posisi : Defensive Midfield
Tarikh Lahir : 14 September 1998
Tempat Lahir : Carbondale, Illinois
Warganegara : United State/Malaysia

Dalam perlawanan tersebut Swope Park Rangers dan OKC Energy FC terikat tanpa jaringan dan memaksa perlawanan di bawa kepenetuan sepakan penalti. Swope Park Rangers berjaya mengatasi OKC Energy FC 7-6 sekaligus bergelar juara.

Debut Wan Kuzain di USL

Pemain berdarah Malaysia yang kini menetap di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal, telah melakukan debut di Liga Divisyen Dua Amerika Syarikat, USL Pro, dengan mewakili Swope Park Rangers menewaskan OKC Energy 3-1, dalam perlawanan pembukaan liga tersebut.

Dalam perlawanan yang dimainkan di Swope Soccer Viilage tersebut, Wan Kuzain, 18 tahun, yang memakai jersi bernombor 75, bermain di posisi pemain tengah , dan dilihat banyak merancang dan menentukan rentak perlawanan dari bawah, seperti Andrea Pirlo.

Lebih menarik lagi, Wan Kuzain merekodkan ketepatan hantaran tertinggi dalam perlawanan tersebut, dengan 96%. Pemain kidal tersebut dilihat cukup tenang dengan bola dan tidak tergopoh gapah dalam membuat keputusan. Jadi, mungkin dia tidak sesuai untuk bermain di Liga Malaysia.

Wan Kuzain dikeluarkan oleh jurulatihnya, Nikola Popovic, pada minit ke-75, dan dia menerima pujian yang menggunung daripada pengulas perlawanan.

“Aku rasa dia lakukan tugas dengan sangat baik, dia simpan bola dengan baik, mengerakkan bola ke kiri dan kanan, menggerakkan bola ke hadapan, aku rasa ini satu permainan menarik bagi seorang pemain yang baru berusia 18 tahun,” ulas pengulas perempuan tersebut, Molly Dreska – bekas pemain bola sepak professional, dengan panjang lebar.

Menurut ayahnya, Prof Dr. Wan Kamal Napi, “Semua jurulatih dan rakan sepasukannya memuji persembahan Kuzain. Mereka berpendapat aksi pertama Kuzain di Liga USL itu sangat baik.

“Saya sendiri biasanya agak sukar untuk memberi pujian ke atasnya, tapi melihatkan permainannya dia berhak diberi kredit biarpun itu adalah penampilan pertama di pentas tertinggi,” katanya kepada Harian Metro.

Semoga Wan Kuzain dapat terus bersinar di Amerika Syarikat dan muncul antara pemain terbaik dunia suatu hari nanti. Yang paling penting, semoga Wan Kuzain dapat bermain di Piala Dunia.

Analisis Permainan Wan Kuzain

Eddie Truly Reds telah membuat analisis permainan Wan Khuzain pada 2015.

Analysis strengths and areas of improvement.

Baca Juga

Baca Juga