Wan Kuzain Membuat Debut Di MLS Untuk Sporting Kansas City

Tanggal Mac 2017, pemain berdarah Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal, telah melakukan debut di Liga Divisyen Dua Amerika Syarikat, USL Pro, dengan mewakili Swope Park Rangers menewaskan OKC Energy 3-1, dalam perlawanan pembukaan liga.

Dalam perlawanan yang dimainkan di Swope Soccer Viilage tersebut, Wan Kuzain, pada ketika itu berusia 18 tahun, memakai jersi bernombor 75, bermain di posisi pemain tengah dan dilihat banyak merancang dan menentukan rentak perlawanan dari bawah seperti Andrea Pirlo.

Lebih menarik lagi, Wan Kuzain merekodkan ketepatan hantaran tertinggi dalam perlawanan tersebut, dengan 96%. Pemain kidal tersebut dilihat cukup tenang dengan bola dan tidak tergopoh gapah dalam membuat keputusan. Jadi, mungkin dia tidak sesuai untuk bermain di Liga Malaysia.

Itu kisah setahun yang lalu, kini Wan Kuzain sekali lagi menempa sejarah apabila menjadi pemain bangsa Melayu dan berdarah Malaysia pertama beraksi di Major League Soccer(MLS).

Saat penuh bersejarah ini terjadi pada minit ke-87 pada hari Ahad dalam perlawanan menyaksikan seri tanla jaringan antara Sporting Kansas City dan Columbus Crew SC di Children’s Mercy Park.

Pemain tengah, Wan Kuzain Wan Kamal yang merupakan produk Sporting KC Academy telah dipilih oleh pengurus, Peter Vermes buat pertama kali bagi menggantikan Roger Espinoza untuk membuat debut bersama Sporting Kansas City dan MLS pada perlawanan ke-18.

Dengan debut ini juga menjadikan, Wan Kuzain, 19 tahun sebagai pemain ke-8 termuda yang pernah diturunkan oleh Sporting KC untuk bermain dalam perlawanan liga dan pemain homegrown (produk akademi) ke-2 termuda yang membuat debut.

Kuzain telah menandatangan kontrak profesional bersama Sporting KC pada 13 April 2018, menjadikan beliau pemain homegrown ke-9 yang ditawarkan kontrak.

Masuk pada minit ke-87, Wan Kuzain menerima tepukan gemuruh dan menyempurnakan 8 daripada 9 hantaran yang dibuat.

Garis Masa Karier Wan Kuzain

Ogoa 2016 – Sertai Sporting KC Academy.

18 Ogos 2016 – Mengikat kontrak dengan Swope Park Rangers sebagai pemain akademi.

11 Julai 2017 – Tandatangan kontrak professional USL dengan Swope Park Rangers

13 April 2018 – Tandatangan kontrak MLS sebagai pemain homegrown bersama Sporting Kansas City.

27 Mei 2018 – Melakukan debut di Sporting KC dan MLS

Sumber : Sporting KC

Wan Kuzain Bersedia Wakili Malaysia Jika Dipanggil

Pada hujung tahun 2017 Wan Kuzain telah bercuti di Malaysia dan menyatakan minat untuk mewakili Malaysia tetapi tidak bagi bapanya.

Wan Kuzain Wan Kamal yang berusia 19 tahun yang pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia berkata beliau bersikap terbuka untuk menerima panggilan mewakili skuad senior atau remaja Malaysia jika diberi tawaran.

Perasaannya kepada Malaysia masih menebal kerana darah yang mengalir dari kedua ibu bapanya yang sememangnya anak jati Malaysia. Faktor ini membuatkan Wan Kuzain tidak berdepan masalah untuk mewakili Malaysia jika ada panggilan.

“Apabila tiba masanya untuk membuat keputusan, saya akan memikirkannya masak-masak dengan mengambil kira faktor masa, usaha, keluarga dan rakan-rakan. Ini pasti bukan keputusan mudah untuk dibuat.”

Hajat Wan Kuzain untuk beraksi bersama Kelab Belanda, Feyenoord sebelum tidak kesampaian namun Wan Kuzain masih memasang impian untuk bermain di Eropah pada masa depan.

“Biasanya pemain muda sentiasa berimpian untuk bermain di Eropah samada bersama Arsenal, Barcelona atau Paris Saint-Germain (PSG).”

“Ini semua memerlukan usaha, kegigihan serta kerja keras. Apabila sampai masa dan saya sudah bersedia saya akan berhijrah.”

“Sasaran saya adalah untuk bermain di Champions League dan buat masa ini saya akan fokus kepada kelab sekarang untuk berada dalam pasukan utama.”

Sebelum ini bapa Wan Kuzain Ketika ditanya kemungkinan Wan Kuzain akan bermain di Liga Malaysia, Dr Wan Kamal berkata ini tidak mungkin akan berlaku dan Wan Kuzain tidak akan bermain di Liga Malaysia.

“Dia tidak akan bermain untuk mana-mana kelab di Malaysia memandangkan dia adalah seorang pemain profesional. Lagipun Liga Malaysia adalah semi profesional,” katanya.

Bapanya juga menjelaskan sukar bagi Wan Kuzain untuk bermain mewakili Malaysia. Tetapi kini Wan Kuzain sudah menyatakan kesediaannya.

“Saya sudah tinggal di Amerika Syarikat hampir 25 tahun. Jadi saya fikir kami akan terus menetap di sini. Lagipun kesemua anak saya lahir di sini, jadi mereka merupakan warganegara AS.

“Jadi mungkin sukar bagi Kuzain untuk bermain mewakili Malaysia,” katanya.

Wan kuzain yang berusia 19 tahun menyertai Swope Park Rangers pada awal tahun ini dan pada 26 Mac 2017, Wan Kuzain telah membuat debut sebagai pemain profesional dalam Liga Soccer United (USL).

Baca Juga

Baca Juga