Wan Zack Minta Maaf Kerana Hampir Menjaringkan Gol Sendiri

Pemain pasukan Felda United, Wan Zack Haikal memohon maaf atas kesilapannya yang hampir menjaringkan gol sendiri ketika Malaysia tewas 4-1 kepada Korea Utara di Thailand.

Wan Zack yang bermain mewakili skuad Harimau Malaya di Kelayakan Piala Asia 2019 telah melakukan satu sepakan jauh yang padu dan terkena tiang gol sendiri ketika itu penjaga gol, Malaysia Hafizul Hakim sudah tertewas.

Tendangan itu membuatkan ramai tergamam namum mujur tiang gol me jadi penghalang, jika tidak satu gol sendiri yanh cantik terhasil.

Kerana kecuaiannya itu Wan Zack telah memohon maaf ketika ditemurah oleh Stadium Astro.

“Saya minta maaf kerana hampir menjaringkan gol sendiri tetapi saya tidak sengaja kerana cuba untuk menyelamatkan bola daripada kawasan bahaya,” katanya.

“Walaupun kami kalah, saya rasa kami telah memberikan yang terbaik, cuma jaringan-jaringan yang diraih lawan terhasil daripada situasi bola mati,” katanya.

Video Wan Zack Hampir Menjaringkan Gol Sendiri

Malaysia hampir menjaringkan gol sendiri dari jarak jauh ketika menentang Korea Utara.

Namun sayang bola terkena tiang. Aksi yang tidak pernah mengecewakan.

Baca Juga

Baca Juga