Tidak mudah untuk menjalankan tugas apabila terjadi benda diluar kawalan dan itulah yang terjadi kepada seorang wartawan yang sedang berlintas langsung ketika melakukan termuramah dengan peminat bola sepak.
Wartawan ini terus cuak dan tidak keruan apabila dia telah cuba menemuramah seorang wanita yang tanpa segan silu cuba membuka baju untuk menunjukkan tatu di dadanya yang asli ketika siaran langsung.
Wartawan bernama Tancredi Palmeri sedang melakukan laporan jendela perpindahan untuk SportItalia apabila dia diganggu oleh seorang wanita dari Edinburgh, Scotland dan memanggil wanita bernama Natasha untuk ditemuramah.
Post diretta pic.twitter.com/6epWfAU4WS
— Tancredi Palmeri (@tancredipalmeri) January 27, 2023
Pada mulanya nampaknya Tancredi Palmeri mahu Natasha menunjukkan kasutnya kepada kamera tetapi kemudian dia mendapat lebih banyak daripada yang dia minta yang boleh membuatkan ramai berdarah hidung.
Selepas memberitahu nama dan asalnya, Natasha menjelaskan dia adalah peminat Hibs, sebelum dia bertanya kepada Tancredi Palmeri sama ada dia pernah mendengar tentang ‘Hearts of Mitholian’, bahagian besar lain di ibu kota Scotland.
Seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki itu merayu kepadanya untuk tidak “menunjukkan tatu” tetapi dia pergi ke hadapan dan mengeluarkan nenennya dari pakaiannya untuk mendedahkan tatu.
I’m still processing in my mind what has just happened live pic.twitter.com/lN2kfdnBjD
— Tancredi Palmeri (@tancredipalmeri) January 27, 2023
Tancredi Palmeri sangat ketakutan, cuak dan tidak keruan lagi lalu menjerit, ‘TIDAK! TIDAK! TIDAK!” panik sambil menutup daging berlebihan itu dengan tapak tangannya.
Dia kemudian bertenang apabila Natasha memaklumkan tatu itu adalah tanda kemenangan terkenal Hearts 5-1 ke atas musuh ketat mereka pada final Piala Scotland 2012.
Tetapi degupan jantungnya kembali menembusi bumbung apabila Natasha laju menyelak baju untuk menunjukkan tatu buat kali kedua, menyuruhnya “Tunggu sebentar” sambil dia sekali lagi menghulurkan tangannya menutup apa yang terdedah.
UN TATUAGGIO… PARTICOLARE😋
Durante uno dei tanti collegamenti dall’esterno degli alberghi milanesi, @tancredipalmeri si è imbattuto in Natasha, una tifosa scozzese… pazza per gli Hearts 🏴#sportitalia #tancredipalmeri #milano pic.twitter.com/1Mmi25cCPB
— Sportitalia (@tvdellosport) January 27, 2023
Pertunjukkan itu walaupun secara percuma adalah sangat tidak menepati standard dan tatasusila sebuah rancangan sukan di Televisyen apatah lagi ketika siaran langsung di tengah jalan.
Natasha kemudian bergurau menyatakan bahawa isi lebihan di dadanya itu adalah original. “Dada Hakak Ori Okay!!” yang membuat dua lelaki disampingnya histeria dan tidak keruan lagi.
Tancredi Palmeri kemudian berkongsi video itu di laman Twitter dan menulis pengalaman ngeri kerana masih bertugas dan pastinya gembira mendapat pertunjukkan percuma.
“Apabila peminat berambut perang Hearts of Midlothian menyerbu masuk ke jendela perpindahan anda secara langsung dan ingin menunjukkan kepada seluruh Itali rasa bangganya terhadap Hibernians dari lubuk hatinya. Saya akan berkata dari bahagian bawah buah dadanya”
When a blondie heavy Hearts of Midlothian fan storms into your transfer window live hit and wants to show to whole Italy her pride against Hibernians from the bottom of her heart.
I’d say from the bottom of her boobs pic.twitter.com/GitIo2zwoJ
— Tancredi Palmeri (@tancredipalmeri) January 27, 2023
Ramai berpendapat, Natasha berkelakuan sebegitu dan tidak merasa malu kerana tidak berada dalam tahap kesedaran sebenar kerana mabuk dan di bawah pengaruh alkohol.
Natasha melalui laman Twitternya telah menulis bahawa dia hanya menikmati stik malam ini dan segalanya pergi dengan jauh sekali.
“Hanya makan malam stik dan mengambilnya terlalu jauh 😂. Suatu hari saya akan dapat keluar dan tidak bangun dengan ketakutan mutlak pada waktu pagi”
Kejadian memalukan itu nyata memberi impak kepadanya dan pengikutnya juga telah bertambah secara mendadak.
Was only having a steak dinner and took it too far 😂
— 𝘕𝘢𝘵𝘢𝘴𝘩𝘢 (@lodge_natasha) January 28, 2023