Wartawan TV2 Diugut Sekuriti Yang Mahu Pecahkan Kamera

Rasmus Tantholdt

Belum reda isu penyokong palsu yang diupah untuk memeriahkan suasana, kontroversi lain pula timbul menjelang sepak mula Piala Dunia 2022 membabitkan seorang wartawan dan sekuriti.

Seorang wartawan penyiaran TV2 dari Denmark, Rasmus Tantholdt telah diancam oleh seorang staf keselamatan ketika sedang bersiaran langsung.

Ketika Rasmus Tantholdt sedang menjalankan tugasnya melaporkan perkembangan Piala Dunia secara langsung dia telah didatangi staf keselamatan yang menaiki buggy golf.

Staf keselamatan Dengan pantas cuba menghalang Rasmus Tantholdt daripada membuat liputan dikawasan tersebut.

Situasi tegang tercetus, Rasmus Tantholdt telah diugut di mana kameranya akan dihempas lalu pecah dan musnah begitu saja jika rakaman diteruskan tanpa sebarang penjelasan diberikan terlebih dahulu.

Klip itu, yang telah tular di media sosial, menunjukkan Tantholdt yang pada mulanya menggunakan bahasa tanah airnya mengubah tetapan lidahnya kepada bahasa Inggeris.

Rasmus Tantholdt telah meminta penjelasan bagaimana dan kenapa dia didakwa serta ditafsirkan telah melanggar mana-mana peraturan penggambaran di Qatar.

“Anda telah menjemput seluruh dunia ke sini. Mengapa kita tidak boleh membuat penggambaran? Ia adalah tempat awam.” Soalnya.

Dia segera membentangkan akreditasi akhbar pada telefonnya, mengesahkan kebenaran mereka untuk membuat penggambaran tetapi ketika seorang lelaki bergelut dengan lensa kamera, seorang pengawal keselamatan mengugut kamera itu akan dimusnahkan jika mereka tidak berhenti merakam.

“Anda boleh memecahkan kamera.” tambahnya.

“Anda mahu memecahkannya? Teruskan. Anda mengancam kami dengan memecahkan kamera.”

Lantaran itu dengan pantasnya Jawatankuasa Tertinggi Qatar (Qatar Supreme Commitee) melalui Pejabat Media Antarabangsa Qatar telah memohon maaf kepada Rasmus Tantholdt.

Bercakap dari Qatar kepada outlet Norway NRK, Tantholdt mengesahkan dia telah menerima permohonan maaf oleh perwakilan di Qatar tetapi fakta dia dihentikan semasa siaran langsung menimbulkan beberapa kebimbangan kepadanya.

“Saya tidak fikir mesej dari pihak atasan di Qatar telah sampai kepada semua pengawal keselamatan.” katanya dipetik sebagai berkata.

“Oleh itu, seseorang boleh berhujah bahawa terdapat indivudu yang salah faham mengenai situasi itu, tetapi pada masa yang sama ia banyak menceritakan tentang keadaan di Qatar.”

“Di situlah anda boleh diserang dan diancam apabila anda melaporkan sebagai media bebas.”

“Ini bukan negara yang bebas dan demokratik. Pengalaman saya selepas melawat 110 negara di dunia ialah: Semakin banyak anda perlu bersembunyi, semakin sukar untuk melaporkan dari sana.”

Qatar telah dikritik hebat dan diteliti berhubung pencabulan hak asasi manusia dan sikapnya terhadap komuniti yang tersakiti sejak ia diserahkan hak untuk Piala Dunia 2022 12 tahun lalu.

Ia juga bukan kali pertama wartawan menghadapi isu dihalang apabila cuba melaporkan secara bebas dan terbuka di Qatar.

Outlet Norway NRK mengalami masalah mereka sendiri apabila melaporkan dari Qatar tahun lepas.

Dua daripada wartawan mereka, Halvor Ekeland dan Lokman Ghorbani, telah ditangkap dan kemudiannya dipenjarakan di Qatar atas dakwaan bahawa pasangan itu telah membuat penggambaran di tanah persendirian.

Mereka ditahan selama kira-kira 30 jam sebelum dibebaskan dan dihantar pulang ke Norway.

Pada November tahun lalu, Perdana Menteri Norway Jonas Gahr Støre menyifatkan layanan wartawan di Negara Teluk sebagai ‘tidak boleh diterima’.

Penulis Amerika Grant Wahl telah mengalami sendiri pengalaman dengan kakitangan keselamatan dan telah diberitahu untuk memadamkan gambar yang diambilnya di pusat media.

Menjelaskan kisah itu di akaun Twitternya, Wahl menulis:

“Saya mengambil gambar slogan Piala Dunia Qatar di dinding pusat media hari ini – dan seorang pengawal keselamatan datang dan meminta saya memadamkannya dari telefon saya. Adakah begitu cara Piala Dunia ini akan berfungsi?”

Dia diberitahu bahawa ‘gambar tidak dibenarkan’ sebelum dia membantah bahawa dia hanya mengambil gambar.

“Sila padamkannya, tuan,” jawabnya.

Berada di pusat media juga tidak dibenarkan adalah sesuatu yang parah dan gambar diambil hanya slogan Piala Dunia pula. Adakah ini satu serangan untuk memburukkan Qatar atau itulah sebenarnya yang terjadi.

Tunggu laporan wartawan dari Malaysia kena macam ni ke tak.

BACA:  Piala Dunia 2022: Perancis Umum Senarai Rasmi Skuad 25 Pemain