Wenger Akhirnya Akui Sanchez Akan Berpindah Tetapi Ozil Mungkin Kekal

Arsene Wenger berkata Mesut Ozil masih mempunyai peluang untuk terus kekal bersama Arsenal tetapi mengakui buat kali pertama yang Alexis Sanchez hampir pasti tidak akan menandatangani kontrak baru untuk kekal di Emirates.

Kedua-dua pemain ini mempunyai baki 6 bulan sahaja lagi dalam kontrak masing-masing termasuk pemain tengah, Jack Wilshere. Mereka kini boleh berbincang dengan kelab luar dari England untuk menandatangani pra-kontrak.

Kami fed-up !

Kelab dari Liga Perdana Inggeris dilarang berbincang dengan pemain-pemain ini dan perlu menunggu kontrak mereka tamat terlebih dahulu.

Masa depan Sanchez di Arsenal sering menjadi buah mulut peminat bolasepak dengan perkembangan terbaru, Manchester United menyertai Manchester City dalam perlumbaan untuk mendapatkan khidmat Sanchez.

Walaupun mengakui Sanchez akan berpindah keluar, Wenger masih menyimpan harapan untuk melihat Ozil menandatangani kontrak baru bersama Arsenal. Apabila ditanya adakah Ozil akan kekal di Emirates, Wenger menjawab:

Sanchez sudah bosan dengan Piala FA

“Ya. Masih lagi ada peluang untuk Ozil kekal di Arsenal. Ozil dan Sanchez mahu memenangi sesuatu, dan mereka juga mahu membuat duit. Jadi mereka mahu kedua-dua perkara ini yang mana hanya kelab besar sahaja mampu berikan.”

“Menariknya, Sanchez berjaya memenangi beberapa trofi ketika bersama Arsenal. Sekarang, beliau mahu bersaing untuk merebut Liga Perdana Inggeris. Ini perkara normal untuk pemain di tahap Sanchez.”

“Sanchez seperti tidak akan melanjutkan kontraknya tetapi kami mahu menyimpan Jack Wilshere dan jika ada peluang, kami juga mahu mengekalkan Ozil. Proses membentuk kembali pasukan juga mungkin tidak terlalu sukar andainya kami berjaya mengekalkan Ozil dan Wilshere.”

Masalah baru Wenger musim hadapan

Senario yang dihadapapi Arsenal berkenaan Sanchez, Ozil dan Wilshere juga bakal terhadap pemain seperti Aaron Ramsey, Danny Welbeck, dan Theo Walcott tidak lama lagi kerana mereka bertiga hanya mempunyai baki kontrak 18 bulan lagi.

Wenger sedar situasi berkenaan kontrak pemain di Arsenal dan tahu punca utama pemain enggan menandatangani kontrak baru.

“Pemain lebih suka membiarkan kontrak mereka tamat kerana satu sebab sahaja. Ianya kerana yuran perpindahan yang terlalu tinggi.”

“Ejen pemain akan memberitahu kelab yang membeli, ‘Saya akan membawa pemain tersebut kepada kamu pada penghujung kontraknya tetapi anda harus membayar upah ejen yang besar kepada saya.'”

“Jadi perkara sebegini sebenarnya telah membunuh perpindahan pemain, dan kamu akan lebih kerap melihat pemain mengakhiri kontrak mereka kerana sebab tersebut.”

BACA:  Manchester United Dikecam Kerana Bayar Gaji Rendah Kepada Pekerja Stadium