Wenger Akui Bukan Keputusannya Untuk Meninggalkan Arsenal

Kesedihan, kemurungan dan kesyahduan menyelubungi dunia bola sepak apabila Arsene Wenger mengumumkan bahawa beliau bakal mengundurkan diri sebagai pengurus Arsenal di penghujung musim ini selepas 22 tahun ketawa bersama, menangis bersama namun tidak untuk mati bersama.

Namun itu hakikatnya bukan lagi rahsia, berita pengunduran Wenger ini membuatkan dunia bola sepak tergantung sepi termasuklah penyokong Arsenal yang sebelum ini lantang melaungkan #WengerOut tanpa segan silu dan penuh keyakinan. Orang tua tu dah berundur buat-buat sedih pulak.

Wenger hanya pergi dari Arsenal bukannya bersara dari dunia bola sepak dan Wenger telah dikaitkan dengan pasukan gergasi Perancis, Paris Saint Germain atau PSG. Namun kisah perginya seorang tua dari The Gunners ini memasuki episod baru.

Pengendali Arsenal berusia 68 tahun itu telah mendedahkan bahawa pemergiannya dari Arsenal pada penghujung musim ini bukanlah keputusannya yang di buat oleh beliau sendiri dan beliau ‘terpaksa’ memilih jalan penceraian atas desakan banyak pihak.

Ketika mengumumkan penceraiannya bersama Arsenal Wenger menjelaskan bahawa perpisahan ini adalah atas dasar persetujuan bersama di mana cinta tidak boleh dipaksa walaupun boleh dibeli.

“Selepas membuat pertimbangan dengan penuh teliti dan perbincangan dengan kelab, aku rasa inilah masa yang tepat untuk aku berundur iaitu dipenghujung musim ini.”

“Aku bersyukur kerana mempunyai kesempatan untuk berkhidmat kepada kelab dalam tempoh beberapa tahun yang penuh kenangan.

Ketika ditanya menjelang pertemuan menentang Atletico Madrid di separuh akhir Europa League, mengapa beliau pergi tatkala kontraknya masih berbaki setahun, ini jawapan Wenger :

“Masa bukan keputusan aku. Yang selebihnya aku dah ceritakan sebelum ini.”

Jawab Wenger secara ringkas. Masa untuk berundur pada penghujung musim ini bukanlah keputusannya namun demi cinta Wenger mengalah. Ketua Operasi Aresenal, Ivan Gazidis dikatakan dalang disebalik pemergian Wenger awal 12 bulan dari sepatutnya.

Santai Sahaja Wenger ketika ditemubual.

Pemergian Wenger diratapi sungguh oleh Alex Ferguson yang merupakan seteru utamanya, Ferguson memberitahu Wenger adalah rakan baiknya hari ini dan beliau berbangga mempunyai kawan seperti Wenger.

“Saya sangat gembira untuk Arsene Wenger. Saya mempunyai perasaan hormat yang tinggi terhadapnya atas apa yang beliau telah lakukan di Arsenal.”

“Ia jelas menunjukkan beliau mempunyai bakat, profesionalism, dan kesungguhan untuk melakukan kerja yang dicintainya selama 22 tahun.”

“Dalam dunia bolasepak yang kadang kala pengurus hanya bertahan selama semusim atau dua, ia jelas menunjukkan pencapaian hebat Wenger untuk menguruskan kelab sebesar Arsenal dalam tempoh masa yang cukup lama.”

“Tanpa ragu-ragu, beliau adalah salah seorang pengurus terbaik dalam sejarah Liga Perdana Inggeris dan saya berbangga kerana berpeluang menjadi lawan, rakan sejawat, dan kawan kepada individu yang cukup hebat.”

Rekod Wenger Bersama Arsenal

Premier League (3) – 1997/98, 2001/02, 2003/04

FA Cup (7) – 1997/98, 2001/02, 2002/03, 2004/05, 2013/14, 2014/15, 2016/17

Community Shield (7) – 1998, 1999, 2002, 2004, 2014, 2015, 2017

LMA Manager of the Year (2) – 2001/02, 2003/04

World Manager of the Year – 1998

Premier League Manager of the Month (15)

English Football Hall of Fame – 2006

Premier League record:

Perlawanan – 823
Menang – 473
Seri – 199
Kalah – 151

Peratusan Kemenangan – 57.5 %

Baca Juga

Baca Juga