Wenger Berang Dengan Keputusan Tidak Masuk Akal Pengadil

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menghentam standard pengadilan ketika Arsenal tewas kepada ManchesterCity 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris kelmarin.

Wenger berkata pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling melakukan ‘tugasnya’ dengan baik untuk memenangi penalti untuk pasukannya.

Beliau menambah keputusan pengadil untuk memberikan penalti amat meragukan dan kesilapan penjaga garisan untuk tidak mengesan kedudukan pemain City yang berada dalam keadaan offside menyebabkan Arsenal mengalami kekalahan ke-4 mereka musim ini.

Untuk kebanyakan masa perlawanan, Manchester City bermain lebih baik dari Arsenal dan mendominasi penguasaan bola.

Offside la reff!!! Ref gilo!!

Tetapi percaturan Wenger untuk memasukkan Alexander Lacazette menggantikan Francis Coquelin membuahkan hasil selepas pemain ini berjaya menjaringkan gol untuk menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-65.

Arsenal dilihat berjaya kembali dalam perlawanan dan terus menekan The Citizens untuk mendapatkan gol penyamaan.

Walaugaimanapun, segalanya berubah apabila City berjaya menjaringkan gol ketiga mereka menerusi pemain yang baru dibawa masuk, Gabriel Jesus yang menerima umpanan dari David Silva.

Ulang tayang menunjukkan Silva jelas berada dalam keadaan offside ketika menerima bola dan gol tersebut tidak sepatutnya dikira.

Barisan pertahanan Arsenal seperti berhenti bermain apabila Jesus menjaringkan gol ketiga City kerana percaya penjaga garisan akan menaikkan benderanya.

Malangnya, penjaga garisan membuktikan beliau adalah manusia selepas gagal mengesan dengan tepat kedudukan Silva yang berada dalam keadaan offside.

Arsene Wenger mempunyai hak untuk berasa berang dengan keputusan pengadil dalam perlawnan ini kerana pasukannya turut tewas kepada Manchester City musim lepas hasil kesilapan pengadil yang gagal mengesan kedudukan pemain yang offside.

Bukan satu tetapi dua gol offside telah dijaringkan Manchester City musim lepas ketika mereka menewaskan Arsenal 2-1 di Stadium Etihad.

Wenger yang dalam keadaan marah telah memberikan temuramah kepada wartawan sejurus selesai perlawanan dan dipetik berkata:

“Sekali lagi, pengadil memberikan keputusan yang amat meragukan, dengan membenarkan gol offside dan memberi penalti lembut. Tetapi kami sudah biasa dengan perkara ini setiap kali beraksi di sini. Tahun lepas kami terpaksa menerima dua gol offside.”

“Saya berasa pengadil tidak bekerja keras kerana tahap persembahan mereka semakin lama semakin merudum setiap musim. Keseluruhannya, perkara sebegini sememangnya tidak boleh diterima kerana pada kedudukan 2-1.”

“Kami masih lagi berpeluang untuk meriah sesuatu dari perlawanan. Kemudian, pengadil membenarkan gol offside dan keputusan tersebut membunuh semangat kami.”

Sanchez kehilangan bola 15 kali pada separuh masa pertama.

Dalam perlawanan tersebut, Manchester City memperoleh gol pembukaan menerusi Kevin De Bruyne pada minit ke-19, sebelum Sergio Aguero menggandakan kelebihan mereka menerusi sepakan penalti selepas Nacho Monreal dipersalahkan menjatuhkan Raheem Sterling dalam kotak penalti.

Wenger jelas kecewa dengan keputusan pengadil untuk menghadiahkan penalti kerana beliau percaya Sterling sengaja merebahkan badannya untuk meraih penalti.

“Saya percaya insiden tersebut bukan penalti. Ia adalah insiden yang sengaja diadakan oleh Sterling. Kami sudah sedia maklum mengenai perangai Sterling yang suka berlakon, kerana pemain ini memang sangat pandai berlakon.”

Arsenal kini ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City dan pada saat ini, hampir pasti terkeluar dari saingan untuk merebut kejuaraan liga.

Arsene Wenger memerlukan keajaiban untuk berlaku kepada pasukannya andai beliau bercita-cita untuk mengejar skuad Pep Guardiola yang kini bermain dalam tahap terbaik dan calon utama untuk merangkul takhta liga.

Baca Juga

Baca Juga