Wenger Bidas Persembahan Anak Buah, Masa Depan Giroud Akan Terjawab Hari Ini

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger membidas persembahan anak buahnya ketika Arsenal tumpas di tangan Swansea 3-1 awal pagi tadi yang berlangsung di Liberty Stadium.

Wenger berkata barisan pertahanan Arsenal bermain dengan sangat buruk dan beberapa kesilapan budak sekolah menjadi punca utama pasukannya tewas sekali lagi di gelanggang lawan.

Bukan salah aku. Bukan aku yang bermain di atas padang

Dalam perlawanan tersebut, Arsenal memulakan perlawanan dengan baik apabila Nacho Monreal menjaringkan gol pembukaan selepas menerima umpanan Mesut Ozil.

Akan tetapi, kegembiraan Arsenal tidak berkekalan lama kerana pemain Swansea, Sam Clucas pantas menyamakan kedudukan seminit selepas itu bagi menjadikan kedudukan pada separuh masa pertama berakhir dengan 1-1.

Masuk babak kedua, Arsenal terus menguasai perlawanan tetapi Swansea teguh bertahan. Jordan Ayew berjaya menghukum kesilapan dilakukan Petr Cech yang gagal menendang keluar bola dari kotak penalti untuk gol pendahuluan Swansea.

Sam Clucas. The Cannon Slayer

Arsenal memasukkan Henrikh Mkhitaryan dan Olivier Giroud dalam misi mencari gol penyamaan tetapi gagal mencipta sebarang peluang yang berkualiti. Disaat pemain Arsenal aggresif menyerang, Clucas sekali lagi menghukum Arsenal dengan gol ketiga Swansea pada minit ke-86 selepas Monreal gagal mengeluarkan bola dengan baik.

Wenger ketika ditemuramah selepas tamat perlawanan berkata beliau tidak gembira dengan persembahan yang ditampilkan anak buahnya dan menuding jari terhadap beberapa ‘school boy error’ sebagai punca kekalahan Arsenal.

“Dari segi bertahan, kami bermain sangat buruk dan sering melakukan kesilapan besar. Lebih baik saya tidak bercakap mengenai gol kedua dan ketiga Swansea.”

Cinta 3 Segi di antara Chelsea, Arsenal dan Dortmund

“Swansea menunjukkan permainan yang tajam dan berdisiplin. Mereka sangat dahagakan kemenangan. Malangnya, saya percaya pasukan Arsenal tidak bermain dengan cukup baik dan tidak menunjukkan disiplin seperti yang diperlukan.”

Apabila ditanya mengenai spekulasi mengenai Pierre Emerick-Aubameyang yang telah tiba di padang latihan Arsenal dan perpindahan Olivier Giroud ke Chelsea, Wenger berkata segalanya bakal terjawab hari ini.

“Kami akan lebih mengetahui perkara tersebut pada esok pagi [Rabu]. Berkenaan Giroud ke Chelsea, ia mungkin berlaku. Kami akan membuat pengumuman apabila segalanya telah disahkan.”

BACA:  Mkhitaryan Salahkan Diri Sendiri Mengenai Kegagalan Di Old Trafford