Wenger: Lilitan Kapten Bukan Untuk ‘Merasuah’ Wilshere Lanjutkan Kontrak

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata keputusannya untuk memberikan lilitan kapten kepada Jack Wilshere musim ini bukanlah semata-mata mahu melihat pemain tersebut melanjutkan kontraknya di Emirates.

Pemain antarabangsa England itu masih lagi berteka-teki mengenai masa depannya bersama Arsenal. Kontrak beliau akan tamat pada penghujung musim nanti dan peminat Arsenal mula risau kehilangan pemain yang dianggap bakal menjadi kapten kelab dan memimpin Arsenal pada masa hadapan.

Bukan rasuah ! cuma duit kopi

Wenger dilihat memberikan lilitan kapten kepada Wilshere beberapa kali musim ini, terutamanya dalam pertandingan berbentuk piala seperti Europa League dan Piala Carabao.

Walaupun demikian, Wenger menegaskan tindakan beliau itu bukanlah mahu ‘merasuah’ Wilshere supaya menurunkan tandatangannya, tetapi kerana pengalaman yang dimiliki pemain tersebut sangat berguna untuk pasukan.

Sebelum ini, Wenger berulang kali menegaskan pendiriannya adalah untuk melihat Wilshere kekal bersama Arsenal. Tetapi menurut laporan, Arsenal hanya menawarkan gaji mingguan yang lebih rendah kepada Wilshere dan bayaran bergantung sama ada pemain tersebut kekal cergas atau tidak.

Seperti semua sedia maklum, Wilshere merupakan pemain yang sering bergelut dengan kecederaan sejak diserapkan dalam pasukan utama pada tahun 2011. Wenger menghantar beliau ke Bournemouth secara pinjaman musim lepas bagi membolehkan pemain tersebut mendapat waktu permainan dan meningkatkan tahap kecergasannya.

Nak stay boleh, tapi gaji kena rendah sikit

Langkah Wenger itu nyata berhasil apabila Wilshere berjaya meningkatkan tahap kecergasannya dan mampu bermain banyak perlawanan bersama Arsenal musim ini.

Beliau juga telah mempamerkan prestasi yang baik di bahagian tengah The Gunner dan kerja keras beliau terbalas apabila dipanggil kembali untuk mengganggotai skuad kebangsaan England.

Ketika bercakap kepada beIN SPORTStindakan beliau memberikan lilitan kapten pasukan kepada Wilshere bukanlah untuk mempengaruhi pemain tersebut supaya terus kekal bersama Arsenal.

“Tidak, tidak sama sekali. Beliau dilahirkan melalui kelab ini. Beliau mempunyai sejarah yang panjang dengan Arsenal, dan mempunyai ikatan yang kukuh dengan kelab ini.”

“Jack Wilshere juga mempunyai kualiti yang unggul di atas padang. Selain kebolehan teknikal beliau beraksi di bahagian tengah, beliau mempunyai personaliti dan kematangan untuk mengawal permainan pasukan di atas padang. Sebab itulah saya meletakkan beliau di bahagian tengah.”

“Saya berpendapat kombinasi pertalian beliau dengan kelab dengan pengalaman yang dimilikinya ketika ini telah memberikan keyakinan kepada saya untuk menjadikan beliau kapten kelab ini.”

Zaman kegemilangan Wilshere

Setakat musim ini berlangsung, Wilshere telah membuat 31 penampilan dalam semua pertandingan. Bilangan perlawanan beliau musim ini merupakan bilangan tertinggi sejak musim 2013/2014.

Walaupun dipanggil Gareth Southgate untuk beraksi bersama England, beliau tidak dapat diturunkan ketika menentang Netherlands tempoh hari kerana mengalami kecederaan ringan. Tidak dapat dipastikan lagi sama ada Wilshere akan turun beraksi dalam perlawanan England seterusnya menentang Itali pertengahan minggu ini.

BACA:  Unai Mahu Ramsey Beri Tumpuan Kepada Pasukan, Bukan Kontrak