Wenger Pilih Peerancis Sebagai Juara Piala Dunia 2018

Bekas pengurus Arsene Wenger yang kini menikmati pencen selepas meletakkan sebagai pengurus Arsenal tidak mahu terlepas dari kehangatan Piala Dunia walaupun dunia hanya sementara apabila memilih 3 negara yang berpotensi untuk menjulang trofi teragung itu.

Negara besar dan mahu dilihat ramai seperti Jerman, Argentina, Portugal and Sepanyol telah ditunjukkan jalan keluar dari Russia lebih awal tapi tidaklah seawal Jerman yang turun ke edisi ini dengan reputasi yang gah sebagai juara bertahan.

Setiap pasukan yang hadir bertanding seboleh-bolehnya mahu mara sejauh mungkin dan muncul juara. Tetapi bagi Gareth Southgate beliau menggesa supaya pemain tidak memikirkan lebih daripada perlawanan menentang Colombia di pusingan 16 terbaik.

Santai Sahaja Wenger selepas berhenti kerja.

“Tak da makna bagi bagi kami memikirkan apa bakal berlaku selepas perlawanan ini. Kami fokus kepada perlawanan, pada prestasi kami dan dari sini kami akan maju.”

“Sudah pasti. Aku lihat semua orang teruja dengan kemajuan pasukan. Tapi kami harus memikirkan perkara berbeza dengan orang lain. Kerana perkara ini akan mengganggu emosi.”

Entah apa kaitan Southgate dengan tajuk artikel ini yang sudah pulang ke rumah?

Selepas meninggalkan Kota London pada bulan Mei yang lalu. Arsene Wenger kini menghabiskan masa lapang dengan menjadi pundit untuk kejohanan Piala Dunia. Seiras wajah Mr. Bean sudah pasti Wenger menjadi rebutan stesen televisyen.

Wenger telah ditanya soalan yang popular ketika ini. Berikan satu nama pasukan yang berpotensi untuk muncul juara pada Piala Dunia 2018?

“Atuk orang Perancis kot cucu-cucu sekalian. Pilihan hati kesayangan Atuk mestila Perancis. Power kot!”

“Atuk dah banyak kali membebel sebelum ni, bahawa takda negara yang umatnya bawah 40 juta pendudukan telah menjulang Piala Dunia sejak 1954. Tetapi negara kecil seperti Belgium dan Croatia ada kualiti.”

“Pada masa ini, Atuk pilih England, tiada orang bercakap pasal England tetapi mereka bahaya. Brazil dan Perancis.”

Atuk Le Professeur berpendapat salah satu dari tiga negara iaitu England, Brazil dan Perancis akan muncul juara ketika kejohana berbaki kurang dua minggu.

Wenger kemudian disuruh untuk memilih satu pasukan sahaja berdasarkan soalan awal. Maka ini jawapan Wenger.

“Jika aku kena pilih satu, maka pasti aku pilih Perancis.”

Tatkala sebuah kesetiaan antara pengurusan dan pasukan mula terhakis, Wenger dan Arsenal membuktikan kesetiaan itu masih wujud namun tiada yang kekal.

Selepas 22 tahun Wenger mengambil keputusan meninggalkan Arsenal atas persetujuan bersama.

Penghormatan terakhir diberikan kepada Wenger sempena perlawanan terakhir di Emirates atau Wenger Arena.

Guard of Honour di berikan kepada Wenger oleh pemain Arsenal dan Burnley sebelum dibelasah.

Baca Juga

Baca Juga