Wenger : Menjadi Pengurus Manchester United Merupakan Satu Kerja Idaman

Bekas pengurus lagenda Arsenal yang merupakan pengurus yang paling berjaya dalam sejarah The Gunner, Arsene Wenger telah menyatakan bahawa menjadi pengurus pasukan paling agung dalam sejarah peradaban bola sepak dunia, Manchester United meruakan satu kerja idaman bagi setiap pengurus.

Arsene Wenger telah keluar dari bidang pengurusan selepas meinggalkan Arsenal pada tahun 2018, sepanjang 22 tahun bersama pasukan London Utara itu, Wenger telah berjaya membina salah satu pasukan terhebat dalam sejarah Premier League.

Ketika menjadi pengurus Arsenal, Wenger telah membina pasukan Arsenal dengan baik sekali dan pernah menjadi seteru utama Manchester United yang ketika itu cemrelang, gemilang dan terbilang di bawah Rejim Sir Alex Ferguson.

Ditengah padang Patrick Viera dan Roy Keane mengepalai permusuhan dan ditepi padang pula Arsene Wenger dan Alex Ferguson memerhati. Walaupun berseteru tetapi mereka saling menghormati.

Permusuhan dua kelab ini juga menyebabkan mereka yang berada di Englad Utara dan Selatan membenci antara satu sama lain. Begitu besar impak yang dibawa oleh kedua-dua pengurus lagenda ini.

Itu kisah lama kini kedua-dua pengurus tidak lagi berada dibarisan pengurusan, Alex Ferguson telah bersara penuh. Pasukan Arsenal dan Manchester United pada hari ini melalui ranjau berduri dan bersaing di Europa League.

https://twitter.com/SemperFiArsenal/status/1177125754678599680

Arsene Wenger seakan memberi bayangan bahawa beliau bersedia membuat comeback dan tidak menolak kemungkinan untuk kembali dengan menguruskan Manchester United yang merupakan satu ‘impian’ setiap pengurus.

“Manchester United merupakan kerja idaman bagi setiap pengurus. Sekurang-kurangnya bagi setiap pengurus yang mempunyai keazaman dan keyakinan.”

Wenger juga menjelaskan apa yang diperlukan Manchester United untuk menjadi pencabar.

“Apa yang mereka perlukan pada pendapat aku adala 4 pemain utama. Disekeliling 4 pemain ini aku nampak satu skuad yang mampu memberi cabaran. Mereka tidaklah seteruk seperti apa yang difikirkan semua orang.”

“Pasukan tiada pattern permainan, tiada paterren ketika menekan. Pasukan itu wujud tetapi memerlukan jurulatih dan dibangunkan. Seperi aku kata, empat pemain dan mereka boleh jadi pencabar untuk semuanya.”

https://twitter.com/Football__Tweet/status/1177121557010886657

Ketika ditanya jika secara personal beliau berminat mengambil alih tempat Ole Gunnar Solskjaer. Ini jawapan Wenger.

“Manchester United merupakan satu kerja impian untuk semua jurulatih. Aku yakin aku mempunyai keazaman dan kau benar. Aku ada idea.”

Sangat menarik jawapan Wenger yang tidak menolak untuk menjadi pengurus Manchester United, malah beliau juga tahu apa yang perlu dilakukan untuk Manchester United kembali menjadi pencabar.

Mengenai masa depannya dalam bidang pengurusan sebelum ini, Wenger buat pertama kali mengakui beliau mungkin tidak akan menjadi pengurus lagi selepas ini tetapi tidak menolak kemungkinan mencuba peranan baru.

Baca Juga

Baca Juga