Wenger Pernah Memberi Motivasi Kepada Pelari Pecut Olimpik Perancis, Akhirnya…

Segala perkara di dunia ini dicipta secara berpasang-pasangan. Contohnya lelaki pasangannya wanita, bumi pasangannya bulan, laut pasangannya pantai dan Liverpool pasangannya sejarah. Begitu juga dengan pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Ketika sukan Olimpik 2012 sedang berlangsung di London, kuartet 4x100m Perancis berjaya memasuki pusingan akhir.

Kuartet yang terdiri daripada Jimmy Vicaut, Christophe Lemaitre, Pierre-Alexis Pessonneaux dan Ronald Pognon layak menerusi catatan masa terbaik ketika peringkat saringan, meskipun mereka gagal memenangi perlumbaan.

Wenger memberitahu majalah Arsenal, pihak pengurusan kem Perancis memintanya untuk memberikan kata-kata peransang kepada pasukan 4x100m lelaki

“Mereka tidak biasa dengan sukan berpasukan, dan mereka lebih kepada individualistik. Saya beritahu mereka bagaimana untuk bekerja bersama, bagaimana untuk berkongsi matlamat.

Menurut Wenger lagi, adalah satu sifat alami bagi haiwan – memburu untuk mendapatkan makanan, dan mereka sedar bahawa jika mereka memburu secara berkumpulan, maka kebarangkalian untuk mendapat hasil akan menjadi lebih tinggi. Contohnya sekumpulan singa mengejar seekor kerbau di Afrika.

Setelah mendengar ceramah motivasi Wenger, para pelari memasuki balapan dengan penuh semangat, semangat yang tidak pernah mereka rasakan selama ini.

Tamat perlumbaan, kuartet Perancis ini berjaya memenuhi hasrat Wenger di mana mereka menduduki tempat keempat!

Walaubagaimanapun, setelah Tyson Gay disahkan menggunakan dadah, pingat Amerika Syarikat ditarik dan pingat gangsa diberikan kepada pasukan Perancis, sekaligus gagal meletakkan senyuman di wajah usang Arsene Wenger.

Begitulah kisah setianya Wenger dan pasangannya, nombor empat.

Baca Juga

Baca Juga