Wenger Puji Kehandalan Tidak Terbatas Fred vs Atalanta

Bekas pengurus pasukan Arsenal, Atuk Arsène Charles Ernest Wenger OBE telah memuji dan mengangkat kehandalan tidak terbatas Frederico Rodrigues de Paula Santo atau Fred ketika menentang Atalanta sebagai antara punca kebangkitan sensasi tercetus.

Manchester United yang sendu dan teruk bahagian pertahannya ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama dan melihatkan situasi itu hanya kekalahan sahaja yang menjadi keputusan terbaik buat Setan Merah.

Namun sebaliknya terjadi apabila Manchester United bangkit mengejar dengan permainan yang menarik dan memperoleh gol kemenangan melalui jaringan Cristiano Ronaldo.

Fred yang sering dicemuh dan dibenci kembali diturunkan oleh bergandingan dengan Scot McTominay dalam perlawanan ini dan Ole telah meluahkan keyakinan dengan kesebelasan utama beliau yang mampu memberikan tenaga serta gandingan Fred dan McTominay pula akan memberi keseimbangan kepada pasukan.

Keyakinan Ole dibuktikan pada penghujung perlawanan dan Arsene Wenger yang berada di studio berpendapat bahawa pasukan United pada separuh masa kedua berhak mendapat segala pujian.

Bercakap kepada beIN Sports selepas perlawanan, Wenger telah memberi analisis ringkas bagaimana Fred telah menjadi punca kepada kebangkitan Manchester United.

“Pada pandangan saya, Pogba bermain baik sekali. Namun secara peribadi saya mahu memberi lampu tinggi (highlight) mengenai prestasi Fred pada separuh masa kedua.”

“Fred menyelamatkan beberapa hantaran silang di dalam kotak. Ketika bertahan Fred luar biasa cemerlang dan dia bekerja dengan sangat keras pada separuh masa kedua.”

Wenger menambah lagi bahawa kemasukan Paul Pogba terus menambah kekuatan bahagian tengah Manchester United dengan hantaran yang berprestasi tinggi lagi berkualiti:

“Perubahan itu memberi perbezaan, Paul Pogba yang aku fikir membuat kerja yang bagus.

“Pogba memberi mereka lebih banyak kekuatan bahagian tengah dengan menghasilkan hantaran bola yang lebih berbahaya.

Kemasukan Pogba bukan sahaja menambah sengat malah menjadi pemangkin kepada Bruno Fernandes memberikan aksi yang terbaik selepas sendu di separuh masa pertama.

“Dan ketika Pogba masuk, Bruno Fernandes terus menjadi lebih baik.”

“Fernandes mengharungi babak pertama dengan buruksekali tetapi pada babak kedua dia juga kembali hidup.”

Lantaran perubahan yang positif dan rentak permainan yang tersusun pada separuh masa kedua, Manchester United mampu bangkit dan menurut Wenger gol Ronaldo bukan satu kebetulan.

“Atalanta tidak dapat menahan langkahan rentak yang ada pada Manchester United pada separuh masa kedua.”

“Tak akan pernah kebetulan terjadi apabila Cristiano Ronaldo hadir dengan jaringan tandukan cantik itu.”

Kesilapan, kealpaan serta kelalaian barisan pertahanan Manchester United mengundang padah apabila telah menghadiahkan dua gol mudah buat Atalanta pada separuh masa pertama.

Mario Pasalic menjaringkan gol pembukaan dengan percubaan mudah. VAR meneliti gol tersebut dan terus mengesahkan kerana tiada kecurangan.

Pada minit ke-29 Merih Demiral menggandakan kedudukan melalui satu sundulan agak bebas yang berpunca dari sepakan penjuru Teun Koopmeiners.

Manchester United memperkemaskan permainan pada separuh masa kedua dan akhirnya berjaya memperolehi gol pertama melalui Marcus Rashford.

Pada minit ke-67, Ole melakukan dua pertukaran memasukkan Edison Cavani dan Paul Pogba menggantikan Scot McTominay dan Rashford yang seperti mengalami kecederaan.

Kapten Marvel, Harry Maguire nyata tidak berapa nak kelakar malam ini apabila telah menjaringkan gol penyamaan dengan satu penyudah yang menakjubkan pada minit ke-75.

Pada minit ke-81 Cristiano Ronaldo melengkapkan kebangkitan penuh bergaya Manchester United di pentas Eropah dengan gol kemenangan.

BACA:  Padu Gol Casemiro Namun Gol No Look Backheel Fred Lagi Jahat