Wenger Sedia Pecahkan Rekod Dunia Untuk Mbappe Dengan Harga £121.8 Juta

Arsenal dan Arsenal Wenger menunjukkan sikap yang serius dalam mendapatkan ‘wonderkids’ yang merupakan sensasi baru bola sepak dunia, Kylian Mbappe bagi menghadapi saingan Europa League yang penuh mencabar musim hadapan.

Berdasarkan laporan dari Perancis, Arsenal dikatakan bersedia untuk menawarkan harga yang bakal memecahkan rekod dunia iaitu sebanyak £121.8 juta atau RM670.77 juta bagi mendapatkan Mbappe. Serius nau Arsenal.

Kelibat Wenger. Gambar : The Sun

L’Equipe menyatakan bahawa kelibat Pengurus Arsenal, Arsenal Wenger bersama Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis kelihatan di Nice yang dipisahkan oleh jarak sejauh 21 kilometer dari Monaco pada hari isnin.

Gambar : The Sun

Bidaan Arsenal sebanyak £87 juta pada minggu lalu untuk mendapatkan Mbappe telah ditolak mentah-mentah oleh Monaco. Wenger yang kini berusia 67 tahun terkenal sebagai lelaki tua yang gilakan pucuk muda untuk diasuh.

Wenger yang mula sedar diri dengan kekayaan yang Arsenal miliki menghadapi saingan dari pasukan gergasi Eropah yang lain. Kali ini Wenger nekad untuk memusnahkan reputasinya sebagai lelaki budiman yang berjimat cermat apabila menawarkan harga yang begitu tinggi.

Gambar : Array

Harga yang ditawarkan Arsenal ini dibuat kerana juara Champions League, Real Madrid juga dilaporkan membuat tawaran sebanyak £118 juta untuk Mbappe ke Bernabeu pada isnin lalu.

Juara Eropah kelas dua, Manchester United juga tidak ketinggalan dalam perebutan apabila menawarkan harga £1oo juta selepas 12 bulan lalu mendapatkan Pogba dengan rekod dunia. Dasar setan, suka membazir.

Gambar : YouTube/ZwebackHD

Selain Arsenal, Real Madrid dan Manchester United, beberapa kelab lain seperti Manchester City, Chelsea, Bayern Munich dan Paris Saint-Germain dikatakan berminat untuk mendapatkan Mbappe. Setakat ini tiada lagi tawaran dibuat daripada kelab tersebut.

Arsenal berharap mereka bakal mendapatkan Mbappe dengan reputasi kelab tersebut dalam membangunkan kerjaya dan bakat pemain muda terutamnaya dari Perancis sebelum ini. Arsenal nak beli pemain pun ungkit sejarah lama.

Bidaan Kylian Mbappe

Arsenal – £87 juta (RM 478.97 juta)

Manchester United – £100 juta (RM 550.54 juta)

Real Madrid – £118 juta (RM 649.64 juta)

Arsenal Lagi – £121.8 juta (RM 670.56 juta)

Melaka United – £800 juta (RM 4404.34 juta)

Manchester City, Chelsea, Bayern Munich dan Paris Saint-Germain – Kami perati je dulu.

Sumber : The Sun

Baca Juga

Baca Juga