Wenger Tidak Pasti Welbeck Sengaja Atau Tidak Rebahkan Badan Untuk Raih Penalti

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger enggan mengkritik Danny Welbeck selepas pemain tersebut dituduh sengaja menjatuhkan badan untuk mendapatkan penalti.

Arsenal memiliki kelebihan 2 jaringan di tempat lawan sebelum perlawanan bermula hasil kemenangan yang dicatatkan mereka minggu lepas di Itali.

Saya tak tengok lagi, macam mane nk komen

Walaubagaimanapun, mereka sedikit tersentak apabila pemain antarabangsa Turki, Hakan Calhanoglu berjaya menjaringkan gol buat AC Milan bagi menjadikan kedudukan 2-1 secara aggregat.

Detik yang penuh kontroversi berlaku pada minit ke-37 apabila pengadil menghadiahkan penalti kepada Arsenal selepas Welbeck didakwa dijatuhkan pemain pertahanan Milan, Ricardo Rodriguez.

Ulang tayang menunjukkan tiada sebarang sentuhan terhadap Welbeck dan keputusan untuk memberikan penalti adalah sangat tidak adil. Bantahan dari pengurus dan pemain Milan gagal mengubah keputusan pengadil.

Welbecl berjaya menyempurnakan penalti tersebut dan Arsenal berjaya menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua untuk menjadikan kedudukan akhir 3-1 dan secara aggregat 5-1.

Aksi simulasi Welbeck telah menerima kecaman dari segenap pihak di media sosial. Bekas pemain antarabangsa England seperti Alan Shearer dan Gary Lineker menuduk aksi Welbeck itu sebagai lakonan yang sangat nyata.

Laman Twitter rasmi Arsenal juga turut membuat undian sama ada insiden tersebut wajar diberikan penalti atau tidak. Hampir 75% peminat berkata penalti tidak sepatutnya dihadiahkan.

Pengurus Arsenal ketika diminta mengulas kejadian tersebut berkata beliau mahu melihat ulang tayang insiden tersebut dahulu sebelum membuat keputusan.

Buta ke ?

“Saya masih belum melihat insiden tersebut. Adakah anda mahu menuduh pemain England sebagai penipu?”

“Ada dua perkara di sini. Adalah insiden tersebut wajar diberikan penalti? Saya tidak tahu. Pemain Milan dilihat tidak gembira dengan keputusan tersebut. Saya boleh fahami ketidakpuasan hati mereka, kerana saya sendiri tidak tahu apa yang benar-benar berlaku.”

“Selepas itu, Welbeck berjaya mengambil penalti tersebut dengan cukup meyakinkan. Saya akan melihat kembali ulang tayang tersebut dan akan memberikan pandangan yang jujur mengenainya.”

Undian bagi pusingan suku akhir akan dilangsungkan tidak lama lagi dan Wenger berharap Arsenal tidak diundi bertemu Atletico Madrid.

“Sudah tentu kami tidak mahu diundi bertemu Atletico Madrid. Mereka mungkin pasukan pilihan untuk memenangi Europa League ketika ini. ”

“Akan tetapi apa yang saya mahu tidak membawa sebarang makna kerana saya tidak dapat mempengaruhi undian.”

“Kami akan tunggu siapa yang bakal kami tentang selepas ini. Jika pasukan tersebut adalah Atletico Madrid, kami menerimanya dengan hati terbuka.”

Wenger tidak mahu jumpa Atletico Madrid dalam pusingan suku akhir. Bacul !

Pengurus AC Milan, Gennaro Gattuso enggan meletakkan kesalahan di tangan pengadil sepenuhnya dan mengakui Welbeck hanya melakukan perkara yang dirasakan perlu untuk memenangi perlawanan.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai pengadil. Saya tidak boleh mencari sesuatu untuk dipersalahkan.”

“Beliau [Welbeck] adalah seorang penyerang. Beliau hanya lakukan perkara yang perlu sebagai seorang penyerang. Kita tidak boleh menilai bolasepak England kerana insiden ini sahaja.”

“Banyak aspek dalam bolasepak England dimainkan dalam keadaan adil. Saya tidak akan membuat sebarang penilaian berdasarkan perkara yang berlaku dalam perlawanan tadi.”

BACA:  Premier League 2022/23: Arsenal Kalah Bermaruah Di Tangan Pasukan Disiasat Kerana Penipuan