Wes Brown Percaya United Akan Tamatkan Musim Diatas City Dan Muncul Juara

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Wes Brown percaya bahawa bekas pasukan kesayangannya itu akan menamatkan musim ini di atas Manchester City. Percaya yang bukan-bukan la ni.

Lebih berani dan yakinnya kamu, Wes Brown juga menyatakan beliau tidak nampak kenapa Manchester United tidak boleh bergelar juara Premier League.

Pada ketika ini Manchester United hanya ketinggalan lima mata di belakang pendahulu liga, Tottenham Hotspur dengan kelebihan satu perlawanan di kaki.

Jadi secara matematiknya apa yang dipercayai oleh Wes Brown ini masuk akal dan logik kerana baru 11 perlawanan daripada 38 perlawanan di lalui.

Sheffield United yang ditangga tercorot dengan satu mata masih lagi ada peluang untuk bergelar juara jika menang semua baki perlawanan dengan situasi pasukan di atas kehilangan mata.

Jika Sheffield United masih mempunyai peluang walaupun tidak besar apatah lagi Manchester United.

Wes Brown menzahirkan kepercayaan itu penuh yakin ketika bercakap kepada Ladbrokes:

“Melihat perjalanan Manchester United musim ini setakat ini, aku fikir Manchester United boleh menamatkan musim di atas Manchester City.”

“Jangan salah faham, perjalanan yang akan dilalui sangat sukar dan mungkin akan ada 6 pasukan di Premier League akan bersaiang merebut gelaran. Tapi bukan Arsenal.”

Wes Brown percaya Manchester United akan menamatkan musim di atas Manchester City berdasarkan perjalanan United musim ini dan apa yang terjadi pada musim lalu,

“Aku tak dapat lihat kenapa Manchester United tidak boleh tamatkan musim di atas Manchester City dan ini berdasarkan bagaimana musim ini berjalan.”

“Musim lalu United telah menamatkan saingan di tempat empat teratas di mana tiada seorang pun menjangkakan perkara ini. Jadi kadangkala kau kena menghargai pasukan apabila tiba masanya.”

Schmeichel, G.Neville, Stam, Johnsen, Irwin, Beckham, Butt, Scholes, Blomqvist, Yorke, Cole, Pilkington, van der Gouw, Berg, Berg, Brown, May, Silvestre, Greening, Poborsky, Saha, Sheringham, Solskjaer

Bekas pertahanan England itu berharap United akan lebih konsisten ketika beraksi di Old Trafford dan mencatatkan kemenangan sebanyak yang mungkin.

Manchester United di bawah Ole Gunnar Solskjaer mempunyai rekod agak teruk ketika bermain di tempat sendiri dan sangat garang di tempat lawan.

“Apa yang aku mahu adalah Manchester United lebih konsisten di Premier League teruatamanya ketika beraksi di Old Trafford.”

“Dapatkan 6 atau 7 kemenangan berturut-turut di Old Trafford dan aku tidak fikir sesiapa akan persoalkan samada kau layak atau tidak menjadi pencabar gelaran liga.”

Untuk rekod, Manchester United tidak pernah menamatkan liga diatas Manchester City sejak Sir Alex Ferguson bersara pada tahun 2013.

Brown pernah merasai perkara itu dan telah pun mempunyai 5 gelaran Premier League ketika bersama United.

“Aku jangka kedua-dua pasukan akan menjaringkan gol minggu ini dan Manchester United akan menang 2-1.”

Bercakap mengenai penyingkiran Manchester United dari saingan Champions League, sudah pasti Brown berasa kecewa namun tetap ada pujian.

“Sangat mengecewakan mereka keluar dari kejohanan yang mereka layak untuk berada di sana kerana mereka berkerja keras untuk mendapatkan tempat di Champions League.”

“Kini adakah kami akan menang? Tidak, aku sedar kami masih ada di Europa League tapi keutamaan sekarang adalah liga. Dengan situasi semasa masih ada peluang untuk kami menang.”

Ini merupakan satu pemikiran positif yang berada di aras baru dan benda ini biasa saja dilontarkan serta diutarakan kepada pasukan yang kita sokong.

Sama seperti admin The Sukan yang berpaksikan kepada Manchester United di mana beliau melaungkan Setan Merah akan menjadi juara Champions League selepas menewaskan RB Leipzig 5-0.

Situasi pada ketika itu menampakkan Manchester United seperti tidak terkalahkan dan Immortal apabila tiba masanya mereka kembali ke Europa League.

BACA:  Pemain Setan Merah Buat Undian Rahsia Tentukan Masa Depan Greenwood Di Old Trafford