West Ham Mahu Guna Hasil Jual Rice Beli Maguire

West Ham dilaporkan mahu mendapatkan pemain pertahanan Manchester United Harry Maguire untuk memperkuatkan pasukan itu bagi menghadapi saingan musim hadapan, selepas perpindahan Declan Rice ke Arsenal dimuktamadkan beberapa hari lalu.

Pemain pertahanan berusia 30 tahun itu dilihat sudah tidak mempunyai masa depan di Old Trafford, dengan gandingan Raphael Varane dan Lisandro Matinez kini adalah pilihan utama Erik Ten Hag di bahagian pertahanan tengah.

Pada Ahad lalu Maguire dengan kecewanya mengesahkan lilitan kapten yang dimilikinya sejak 2019 telah dilucutkan oleh Erik ten Hag.

Pemain itu mempunyai kontrak sehingga 2025 dan masih lagi berstatus sebagai pemain pertahanan termahal dunia apabila didatangkan dari Leicester pada 2018.

Selepas hilang tempat di dalam kesebelasan utama United, penjualan Maguire juga dilihat sebagai usaha Ten Hag meraih lebih banyak dana untuk memperkuatkan pasukan untuk saingan musim hadapan.

Selepas mendapatkan Mason Mount dengan nilai mencecah £60 juta, United kini juga semakin hampir untuk mengumumkan Andre Onana sebagai rekrut kedua di jendela perpindahan musim panas ini – selepas bersetuju untuk membayar £43 juta kepada Inter Milan untuk pemai n itu.

Maguire tiba dengan tanda harga £80 juta pada 2019, dan United sebelum ini meletakkan tanda harga £50 juta kepada mana-mana kelab yang mahu mendapatkan pemain antarabangsa England itu.

United bagaimanapun sanggup mendengar tawaran lain yang lebih rendah dan dianggap munasabah untuk membenarkan Maguire meninggalkan kelab itu.

Pemain itu juga kini terdesak untuk mendapatkan kelab yang membenarkannya beraksi secara konsisten setiap minggu untuk mendapatkan tempat di dalam skuad England untuk Euro 2024.

West Ham yang baru menjana £105 juta selepas menjual Rice kepada Arsenal dilaporkan mensarkan Maguire dan juga Scott McTominay dengan harga combo £60 juta.

Selain Maguire dan McTominay, Moyes turut mensasarkan pemain tengah Mexico, Edson Alvarez untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Rice.

Maguire dianggap keutamaan oleh Moyes selepas apa yang berlaku pada musim lalu apabila gandingan Kurt Zouma dan Nayed Aguerd mengalami isu kecederaan pada musim lalu – menyebabkan bahagian pertahanan pasukan itu menghadapi kesulitan.

BACA:  Rakaman Perbualan Telefon Dedah Antony Mangsa Pembohongan Wanita