Detik Kegemilangan Ruthless Aggression Era Di WWE

Bermula dengan “Attitude Era” WWE telah beralih ke era baru pada tahun 2000 yang di panggil “Ruthless Aggression Era“.

Pernah dengar tentang “Ruthless Aggression Era“? Ia adalah ketika zaman WWE era 2000 selepas berakhirnya peperangan antara WWEdengan WCW.

Pada April 2002 WWE telah membeli WCW dan ECW, dengan pembelian ini WWE perlukan cara untuk memberi pendedahan semua bakat yang ada.

Pada 24 Jun 24 2002 dalam satu episode Raw, Vince McMahon telah memperkenalkan Ruthless Aggression Era dan era ini berakhir pada 2008.

Ketika era ini lah munculnya beberapa bintang paling terkenal di dunia seperti John Cena, Randy Orton, Batista, dan Brock Lesnar.

Selepas berakhirnya peperangan WWE dan WCW, telah muncul John Cena yang ketika itu menyahut cabaran Kurt Angle.

Dan itu adalah debut Cena dalam WWE. Kalau ada yang ingat perlawanan tu mesti korang ingat ayat last Cena sebelum dia serang Angle.

Bulan lalu WWE telah memuat naik kenyataan di laman rasmi mereka bahawa akan ada dokumentari baru yang akan di siarkan di Rangkaian WWE bulan ini berdasarkan “Ruthless Aggression Era“.

Terdapat lima bahagian baru dalam siri dokumentari lima yang akan bersiaran di Rangkaian WWE.

Siri dokumentari ini dijangka sepatutnya sudah mula di siarkan pada 16 Februari lalu. Dan siri ini berkisarkan tentang “Ruthless Aggression Era“.

Dokumentari “Ruthless Aggression Era” akan merangkumi beberapa topik yang berbeza.

Ini termasuk perpecahan jadual utama antara Raw dan SmackDown, pengenalan kepada jenis perlawanan baru, kemunculan Cena, sikap memberontak Orton pada tahun-tahun awal kemunculannya, Lesnar menuntut perpindahan ke senarai utama, dan frustrasi Stone Cold Steve Austin.

Sepanjang keseluruhan Ruthless Aggression Era, terdapat beberapa moment yang sukar untuk dilupakan dan kekal bersemadi di dalam ingatan peminat WWE.

Berikut adalah beberapa momen terbaik dalam sejarah WWE ketika era itu.

1. Batista

Dalam pembentukan WrestleMania 21, Batista terpaksa memutuskan sama ada dia akan menghadapi Juara Dunia Heavyweight Triple H atau Juara WWE JBL berikutan kemenangan Royal Rumblenya.

The Game melakukan segala usaha yang mampu untuk memastikan Batista mencabar JBL dan bukan dirinya yang ketika itu mereka bersama dalam pakata Evolution.

Tetapi The Animal Batista mempunyai perancangan beliau sendiri.

Ketika mahu menandatangani kontrak untuk WrestleMania, batista mengusik Triple H dan Ric Flair dengan menunjukkan isyarat ibu jari sambil memegang papan klip SmackDown.

Walau bagaimanapun, beliau dengan segera mengubah isyarat ibu jarinya dan memilih untuk menentang Triple H.

Tindakan Batista itu sangat mengejutkan The Game and Flair. Beliau kemudian telah menyerang Triple H dan melakukan penyudah Batista Bom keatas Triple H di atas meja.

Beliau kemudian mengesahkan perlawanan penuh dendam antara beliau menentang Triple H di WrestleMania 21, dengan Menandatangani kontrak perlawanan milik Raw.

2. Konsert The Rock

Salah satu momen yang paling menghiburkan Era Ruthless Aggression adalah apabila The Rock menyampaikan konsert gitar akustik di Sacramento 2003 semasa membawa watak heelnya.

The Great One menyanyikan sebuah lagu yang dipanggil ‘Leaving Sacramento‘ (dinyanyikan dengan lagu “Kansas City“), dan lagu itu di tujukan untuk Stone Cold Steve Austin.

The Rock terus menerus menyanyi sambil menyindir dan menghiburkan semua penonton yang ada.

Siapa tidak kenal dengan kepakaran Mic Skill beliau di dalam gelanggang. beliau memang petah dalam tutur kata sebab itu lah beliau antara bintang WWE yang paling berjaya di Hollywood.

Penonton sungguh terhibur dengan jenaka dilakukan The Rock. Dan ditambah pula dengan fakta bahawa beliau akan kembali beraksi ke WWE.

Beliau telah kembali selepas menghabiskan masa di Hollywood untuk membuat filem.
Hal itu sudah cukup untuk memberikan kehangatan mega Rock dalam perseteruannya pada masa itu dengan The Texas Rattlesnake.

3. Money In The Bank

Didalam “Ruthless Aggression Era” WWE telah memperkenalkan banyak jenis perlawanan baru, dan antaranya adalah “Money In The Bank Ladder Match“.

Perlawanan antara beberapa bintang merebut sebuah bag bimbit yang boleh ditukarkan kepada perlawanan untuk merebut Sabuk kejuaraan pada bila-bila masa sahaja.

The Rated-R Superstar adalah orang pertama yang berjaya memenangi perlawanan “Money In The Bank” dan beliau telah melakukannya di PPV New Year Revolution pada Januari 2006.

Edge telah menukarkan Bag bimbit itu untuk menentang Juara Dunia WWE ketika itu John Cena.

Edge telah melakukan dua gerakkan penyudah Spears nya ke atas Cena dan berjaya memenangi perlawanan itu. S

mata terus tertumpu kepada Juara Dunia Baru WWE Edge pada ketika itu.

Sehingga kini pemenang Money In The Bank masih lagi menjadi batu loncatan utama untuk bintang WWE mempunyai perlawanan merebut Sabuk kejuaraan Dunia.

Dan kebanyakkan mereka yang memenangi Bag bimbit ini pasti akan berjaya menukarkannya kepada Sabuk Kejuaraan Dunia.

4. The Rock vs Steve Austin – WrestleMania 19

Setelah bertahun-tahun bertempur dengan satu sama lain, The Rock dan Stone Cold Steve Austin bertemu di gelanggang untuk satu perlawanan akhir di WrestleMania 19.

Kedua-dua ikon itu adalah tunjang utama WWE semasa Attitude Era, tetapi mereka telah dipertemukan untuk satu kali terakhir di WrestleMania 19 bagi menamatkan persaingan antara mereka berdua. Dan itu juga adalah perlawanan terakhir Austin di WWE.

Texas Rattlesnake, bagaimanapun, gagal memenangi perlawanan terakhir beliau menentang The Rock. Selepas kedua mereka melakukan gerakkan penyudah masing-masing serta saling bertukar gerakkan penyudah.

Rock akhirnya berjaya menewaskan Austin dengan tiga gerakkan penyudah Rock Bottom nya.

Selepas mereka berdua berkomunikasi di tengah-tengah gelanggang, The Rock terus meninggalkan gelanggang.

Austin telah menerima tepukan dan penghormatan dari penonton. Stone cold layak mendapat penghormatan atas segala usaha selama beliau aktif di WWE ketika itu.

5.Eddie Guerrero dan Chris Benoit

Salah satu momen paling hangat dalam Ruthless Aggression Era adalah perayaan Eddie Guerrero dan Chris Benoit berikutan kejayaan mereka berdua memenangi Sabuk Kejuaraan dunia mereka di WrestleMania 20.

Guerrero telah mengalahkan Kurt Angle pada aksi awal di malam itu untuk mengekalkan Kejohanan WWE beliau, manakala dalam acara utama WretleMania ketika itu, Benoit mengalahkan Triple H dan Shawn Michaels untuk memenangi Kejohanan Heavyweight Dunia.

Ketika Benoit sedang meraikan kejayaan beliau memenangi Sabuk Kejuaraan Heavyweight Dunia WWE, Guerrero muncul di atas gelanggang untuk menyertainya.

Mereka berdua merayakan kejayaan mereka di malam itu di tengah-tengah gelanggang dan menutup acara WretleMania pada tahun itu.

Dan gambar perayaan mereka berdua ketika itu adalah gambar yang paling disukai oleh peminat dalam sejarah WWE.

Dua orang lagenda yang bersama memulakan kerjaya mereka di WWE itu berjaya memenangi kejuaraan utama WWE pada hari yang sama. Moment yang indah untuk mereka.

Namun kini mereka berdua sudah meninggal dunia.

Ruthless Aggression Era Yang Dirindui

Sememangnya kebanyakkan peminat WWE merindui zaman “Attitude Era” dan “Ruthless Aggression Era” ini. Kerana di zaman itu WWE sememangnya padat dengan aksi.

Selain yang disenaraikan di atas, ini merupakan antara moment lain yang dianggap moment terbaik:

1) Perseteruan Antara Triple H vs Shawn Michaels
2) Kembalinya The Deadman Ke WWE
3) ECW One Night Stand 2006
4)John Cena membawa Ruthless Aggression Era
5) Eric Bischoff menjadi GM Raw

Bukan lah bermaksud sekarang WWE kurang menyediakan aksi menarik cumanya aksi ketika zaman itu jauh lebih hardcore berbanding sekarang.

Triple H antara calon yang dinanti oleh peminat agar beliau membawa WWE kembali ke zaman kegemilangan nya.

BACA:  Triple H Mengajak Pemenang Pingat Emas Olimpik Sertai WWE