WWE: Roman Reigns Sah Menghidap Leukimia, Terpaksa Lepaskan Tali Pinggang Juara WWE Universal

Juara ‘WWE Universal’, Roman Reigns mengesahkan beliau menghidapi penyakit Leukimia dan secara rasmi melepaskan tali pinggang kejuaraan WWE yang disandangnya ketika ini.

Reigns atau nama sebenar Joe Anoa’i, membuat pengumuman tersebut secara langsung dalam rancangan RAW semalam. Pengumuman mengejutkan tersebut nyata memberi kesan yang mendalam kepada peminat setianya dan rakan-rakan penggusti yang lain.

Dengna suasan yang penuh syahdu, Roman Reigns mengumumkan berita sedih mengenai penyakit yang dihidapinya.

Reigns berkata beliau perlu menjalani rawatan untuk mengubati penyakit Leukimia secepat yang mungkin dan bermakna beliau perlu melupakan gelanggang WWE buat seketika.

Walau bagaimanapun, Reigns mengesahkan beliau masih lagi berminat untuk kembali bergusti bersama WWE dan tidak akan bersara.

Dalam ucapan perpisahannya, Reigns berkata beliau dikesan menghidapi Leukimia pada tahun 2008 ketika beliau berusia 22 tahun. Penyakit tersebut ‘hilang’ seketika dari hidup Reigns selepas beliau menjalani rawatan susulan.

Reigns bersama rakan baiknya dalam ‘The Shield’.

Namun begitu, hasil pemeriksaan yang dilakukan minggu lalu, doktor mengesahkan Reigns kembali menghidapi Leukimia dan perlu menjalani rawatan secepat yang mungkin.

“Itu semua dusta belaka. Realitinya, nama saya adalah Joe dan saya telah menjalani kehidupan dengan Leukimia selama 11 tahun dan malangnya, ia telah kembali.”

“Disebabkan Leukimia sudah kembali, saya tidak dapat lagi memenuhi peranan saya dalam WWE. Saya tidak boleh lagi menjadi ‘sang juara’ dan saya akan melepaskan tali pinggang kejuaraan WWE Universal yang saya pegang sekarang.”

“Saya tidak akan menipu. Saya akan mengambil semua ucapan dan doa dari kalian semua tetapi saya tidak meminta sebarang simpati. Saya tidak mahu peminat berasa sedih berkenaan tahap kesihatan saya.”

“Apabila saya kembali ke gelanggang WWE nanti, ia bukan lagi disebabkan untuk mengejar tali pinggang atau menjadi penggusti teratas. Saya akan kembali dengan satu tujuan yang nyata.”

“Saya mahu kembali bergusti kerana saya mahu menunjukkan kepada dunia, keluarga, kawan-kawan, anak, dan isteri yang mana apabila kehidupan memberi saya ujian, saya ‘menghayunnnya’ ke luar pagar pada setiap kali.”

“Saya akan menewaskan ujian ini dan akan kembali ke sini. Dan anda semua akan melihat saya berada di sini dalam waktu yang terdekat.”

BACA:  Triple H Mengajak Pemenang Pingat Emas Olimpik Sertai WWE