Xavi Dedahkan Pemain Yang Beliau Mahu Sekiranya Dilantik Menjadi Pengurus Barcelona

Xavi telah menamakan pemain bintang bahagian serangan yang bakal beliau tandatangani sekiranya dilantik sebagai pengurus pasukan Barcelona.

Beliau turut mendedahkan bahawa beliau memasang niat untuk menjadi pengurus pasukan Barcelona sekiranya diberi peluang satu hari nanti.

Legenda pasukan Barcelona itu telah meninggalkan pasukan kesayangannya pada tahun 2015 yang lalu.

Beliau telah mengharungi karier yang sangat cemerlang bersama pasukan Barcelona dan kini mengintai peluang untuk mencuba nasib untuk menjadi pengurus pula.

Xavi kini sedang terlibat bersama pasukan dari Qatar, Al Sadd dan dilaporkan sudah menerima tawaran untuk mengurus Barcelona Januari nanti.

Xavi sememangnya menantikan waktu sesuai untuk kembali ke Sepanyol. Dan kini beliau yakin bahawa sudah tiba masanya untuk beliau kembali ke Catalunya.

“Saya yakin dengan keputusan saya untuk kembali ke Barcelona, Saya sangat teruja untuk kembali.”

“Sekarang saya sudah nampak diri saya boleh melatih dan saya fikir saya boleh menyampaikan sesuatu kepada pemain.”

Jelas Xavi mengenai hasratnya untuk kembali.

“Tetapi secara jujurnya saya berterus terang kepada mereka bahawa saya melihat diri saya sebagai pengurus yang akan bermula dari kosong, dan segala keputusan untuk memulakan sesuatu adalah datang dari saya.”

“Saya sangat suka bekerja dengan orang yang saya percaya, berkerjasama dengan orang yang betul adalah satu kelebihan untuk saya.”

“Tidak boleh disangkal bahawa sudah pasti akan ada toxic dalam kalangan pasukan.”

Xavi terus mendedahkan beberapa pemain yang beliau akan tandatangani sekiranya beliau dilantik menjadi pengurus pasukan Barcelona.

“Saya akan membawa pemain sayap seperti Neymar, saya tidak pasti sama ada beliau boleh menyesuaikan diri atau tidak dengan isu sosialnya, tetapi dari segi permainan bola sepak, dia sememangnya bagus.”

“Kekurangan pasukan Barcelona sekarang adalah tiada pemain sayap yang bagus seperti Bayern mempunyai Gnabry, Dortmund ada Jadon Sancho dan Liverpool ada Salah dan Mane.”

“Barcelona memerlukan pemain sayap yang berkualiti seperti itu.”

Neymar sudah beberapa kali dikaitkan untuk kembali beraksi bersama pasukan Barcelona beberapa jendela perpindahan ini.

Pemain Borussia Dortmund, Jadon Sancho turut dikaitkan dengan beberapa pasukan gergasi Eropah memandangkan pemain itu mungkin akan meninggalkan pasukannya musim hadapan.

Gnabry kini sedang menikmati musim yang cemerlang bersama pasukan Bayern Munich dan tidak nampak tanda-tanda beliau akan meninggalkan pasukan itu.

Sadio Mane dan Mo Salah antara pemain yang hangat dikaitkan dengan dua gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid.

Sekiranya Xavi dilantik menjadi pengurus pasukan Barcelona satu hari nanti, sudah jelas pemain yang beliau inginkan dan sudah tentu sedikit sebanyak taktikalnya sudah boleh dibaca.

BACA:  "Terhebat Di Dunia" - Shakira Puji Suami Selepas Aksi El Clasico