Xavi telah mengetepikan lima pemain dari skuad utama untuk turut serta dalam aksi pra-musim mereka pada musim panas ini dan kesemua lima pemain tersebut berpotensi untuk dijual.
Lima pemain tersebut merupakan penjaga gol, Neto, pemain penyerang, Martin Braithwaite, pemain midfield, Riqui Puig dan pemain pertahanan Samuel Umtiti dan Oscar Mingueza.
Menurut sumber laporan dari media Sepanyol, Sport, Xavi pada ketika ini sedang memaksa pemain seperti Neto, Umtiti dan Braithwaite untuk pergi meninggalkan kelab pada musim panas ini.
Neither among Braithwaite, Neto, Riqui Puig, Umtiti and Oscar Mingueza have veen selected for the US Tour — clear indications by Xavi (if there weren’t already) that they’re not part of his plans.
— Reshad Rahman ✆ (@ReshadRahman_) July 16, 2022
Mundo Deportivo melaporkan, yang Mingueza dan Puig yang kedua-duanya merupakan produk akademi Barcelona juga akan turut bakal meninggalkan kelab pada jendela perpindahan musim panas ini.
Walau bagaimanapun, terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa Puig berpotensi untuk menandatangani kontrak baru, namun Barca kini mengutamakan untuk menjualnya terlebih dahulu.
Official: Barcelona manager Xavi has left out of the squad for US tour the following players. ❌🔵🔴 #FCB
▫️ Martin Braithwaite
▫️ Oscar Mingueza
▫️ Samuel Umtiti
▫️ Riqui Puig
▫️ NetoBarça want them to leave as soon as possible.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 16, 2022
Setakat musim panas ini, Barcelona dilaporkan sudah melepaskan pemain pertahanan mereka, Clement Lenglet yang telah dipinjamkan kepada Tottenham Hotspur.
Dani Alves turut sudah meninggalkan kelab pada penghujung musim lalu selepas kontraknya tamat.
Adama Traore dan Luuk de Jong kedua-dua mereka turut sudah meninggalkan kelab dan kembali menyertai kelab mereka pada musim panas ini.
Barcelona juga dikatakan sedang dalam usaha mereka untuk melengkapkan penandatanganan pemain bebas ejen seperti Andreas Christensen dan Frank Kessie.
Pada awal minggu baru-baru ini, Barcelona turut mengumumkan pembelian bintang Brazil, Raphinha dengan yuran perpindahan bernilai £55 juta.
Kesemua tiga pembelian itu turut serta bersama skuad Barca untuk ke aksi jelajah pra-musim termasuk Frenkie de Jong.
𝐒𝐐𝐔𝐀𝐃 𝐋𝐈𝐒𝐓
US Summer Tour 🇺🇸 pic.twitter.com/r14Zgeuf89— FC Barcelona (@FCBarcelona) July 16, 2022
Manchester United masih berusaha untuk mendapatkan De Jong namun bintang Belanda itu menolak untuk berpindah dan berkeras mahu kekal.
Fabrizio Romano Dedah De Jong Berkeras Tak Mahu Ke Old Trafford
Menurut laporan dari Fabrizio Romano, bintang Barcelona, Frenkie de Jong tiada hasrat sama sekali untuk meninggalkan gergasi Catalan itu untuk ke Old Trafford pada musim panas ini.
Manchester United dikaitkan dengan perpindahan pemain midfield itu sejak dari awal jendela perpindahan dibuka pada musim panas ini.
Setan merah dilaporkan telah bersetuju untuk membayar €75 juta untuk menandatangani pemain midfield itu, namun pemain Belanda itu memilih untuk kekal di Nou Camp.
Manchester United fans thought Ferran Torres dropped a major hint about Frenkie de Jong transfer #MUFC https://t.co/Ubh2EL6ejU
— Man United News (@ManUtdMEN) July 14, 2022
Gergasi Sepanyol itu berhutang dengan De Jong sekitar €17 juta selepas bintang Belanda itu bersetuju tidak mengambil gaji serta bonusnya pada musim lalu kerana mahu membantu kelab yang sedang dilanda masalah kewangan.
Masalah hutang tersebut juga dikatakan menjadi sebab mengapa Barca sukar untuk melepaskan Frenkie de Jong kepada Manchester United pada jendela perpindahan musim panas ini.
Ejen De Jong, Ali Dursun telah memberitahu Barcelona yang pemain midfield itu menolak untuk meninggalkan Nou Camp dan tak mahu berpindah ke Old Trafford.
Nothing changed on de Jong side. He has still no intention to leave, while Manchester United and Barça agreed €85m fee add-ons included 🔴🇳🇱 #FCB
Frenkie’s priority has always been to stay, while Man Utd are not giving up.
His agent told player position to Barça yesterday 🚨⤵️ https://t.co/0aWdyA7xCL
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 14, 2022
Manchester United walau bagaimanapun tidak mahu menyerah dengan mereka masih berusaha untuk memujuk De Jong supaya bersetuju untuk berpindah ke Old Trafford.
Melihat De Jong berkeras tidak mahu melengkapkan perpindahan tersebut, ia jelas sekali satu tamparan yang besar untuk Erik Ten Hag, yang sangat memerlukan bekas anak buahnya itu dalam projek terbaru beliau bersama setan merah.
Manchester United sendiri sejak beberapa hari kebelakang ini ada berusaha mencari calon pemain yang sesuai dengan apa yang Ten Hag mahukan.
Usaha Manchester United untuk mendapatkan Frenkie de Jong ketika ini sepertinya sedang menemui jalan buntu.
Terlalu banyak halangan yang menghalang skuad kendalian Erik Ten Hag itu untuk mendapatkan persetujuan dari Barcelona agar melepaskan De Jong.
Manchester United have reached full agreement with Barcelona for Frenkie de Jong, after further talks. Package worth €85m. Fee guaranteed around €75m plus add-ons. 🚨🇳🇱 #MUFC
Personal terms, still the issue to be resolved – as Frenkie’s priority is to stay at Barcelona. pic.twitter.com/aTYnV3cHkP
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 14, 2022
Walau bagaimanapun, masalah terbesar yang United hadapi ketika ini adalah pemain itu sendiri sebenarnya langsung tidak berminat mahu melengkapkan perpindahan ke Old Trafford.
Frenkie de Jong pada ketika ini masih berkeras tidak mahu meninggalkan Barca dan beliau dilaporkan bengang melihat cara kelab menguruskan hal berkait perpindahannya.
Sumber: SPORTbible