Pengurus baharu Barcelona, Xavi Hernandes dilaporkan mahu membawa pemain bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah ke Barcelona tanpa mengira walauapa pun kos yang akan digunakan.
Presiden Barcelona, Joan Laporta telah menerima kritikan hebat dan bertubi-tubi selepas gagal untuk mengekalkan Lionel Messi di Camp Nou ditambah pula dengan kenyataan-kenyataan yang tidak masuk akal.
Kehadiran pemain sensasi dan terbaik dunia ketika ini, Mohamed Salah pasti dapat meredakan situasi lalu mampu mengembalikan semula reputasi dan maruah Joan Laporta yang kini sudah tidak berharga lagi.
Sebuah akhbar dari Catalan, El Nacional telah melaporkan bagaimana Barcelona boleh membawa the Egyptian King itu ke Camp Nou walaupun tampak agak tidak masuk akal dengan situasi kewangan Barcelona.
Barcelona boss Xavi reportedly wants to sign Mohamed Salah 'at all costs' next summer.
Latest #LFC news and transfers. 👇https://t.co/5h8cOZ9b3e pic.twitter.com/RvXl4PqYJG
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) November 14, 2021
Situasi ini menjadi logik di akal apabila Barcelona tidak akan mendapatkan Mohamed Salah dalam masa terdekat dan akan mendapatkan menunggu kontrak Salah tamat pada tahun 2023.
Liverpool dan Salah masih lagi dalam proses rundingan untuk kontrak baharu dan jika tiada persetujuan dicapai sehingga penghujung musim ini maka Salah akan dihubungi kelab besar dunia.
Pada ketika itu Liverpool akan terpaksa menjual Mohamed Salah untuk mendapatkan keuntungan berbanding melepaskan pemain handalan dunia itu secara percuma.
Teori dan keyakinan dari El Nacional ini hadir kerana kelab yang Salah akan sertai hanya Real Madrid dan Barcelona. Kylian Mbappe merupakan buruan utama Real Madrid ketika ini.
Xavi wants Mohamed Salah "at all costs" but Barcelona will settle for Raheem Sterlinghttps://t.co/kSc6sXLxKE pic.twitter.com/yCYSCzAQgk
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 14, 2021
Xavi Hernandes berminat mendapatkan Mohamed Salah kerana corak permainan Salah adalah paling mirip kepada Lionel Messi yang nyata menjadi satu godaan buat Xavi.
Jika perkara ini menjadi kenyataan Salah akan tiba di Barcelona pada usia 30 tahun dan semua ini membuatkan Barcelona bergantung kepada nasib, jika Salah dan Liverpool mencapai kata sepakat maka Barcelona akan berputih mata.
Liverpool pula pasti mahu mengekalkan Salah di Anfield kerana sudah pasti The Reds tidak mahu mengalami pengalaman yang sama kehilangan Luis Suarez dan Phillipe Coutinho kepada Barcelona.
Kehilangan Salah pasti memberi impak tersangat besar kepada Liverpool yang berjaya mengharungi liku-liku selepas pemergian Suarez dan Coutinho.
Klopp Advises Mohamed Salah To Join Barcelona Rather Than Real Madrid
————
READ HERE: https://t.co/Wib1h8OcJv pic.twitter.com/cvKBv15rwA— Sportfanszone (@Sportfanszone1) October 26, 2021
Jurgen Klopp juga sebelum ini telah menasihati Mohamed Salah supaya lebih memilih Barcelona berbanding Real Madrid, seandainya beliau memilih untuk meninggalkan Liverpool satu hari nanti.
Ia kerana bekas bintang Chelsea itu dikatakan bakal menjadi bintang besar di Nou Camp, yang mana beliau tidak perlu bergelut dengan kesukaran untuk mendapatkan perhatian.
Seandainya beliau menyertai Real Madrid, Salah perlu bersaing dengan pemain-pemain seperti Karim Benzema, Vinicius Jr dan berkemungkinan Kylian Mbappe yang juga berminat untuk ke Santiago Bernabeu tahun hadapan.
Bos baru pasukan Barcelona itu telah nyata serius mahu mengembalikan kehebatan Barcelona yang merudum teruk sejak dua musim ini yang berpunca dari masalah kewangan yang serius.
Dani Alves resmi pulang ke Barcelona sebagai salah satu pemain paling berpengalaman. đź”™
Mampukah ia membawa klubnya kembali berjaya di bawah kepemimpinan Xavi? 🤔
⛓️ https://t.co/I4NOK6QHxM pic.twitter.com/pvuVqoeXWH
— GOAL Indonesia (@GOAL_ID) November 14, 2021
Xavi Hernandes tidak menunggu lama apabila kembali membawa bekas rakan sepasukannya, Dani Alves yang berpengalaman luas bagi membantu menaikkan semula Barcelona.
Sudah pasti kehadiran Dani Alves mampu membantu dan membimbing serta membentuk pemain muda Barcelona untuk bersaing diperingkat tertinggi bola sepak.
Baru sahaja 2 hari di kelab, Xavi sudah memecat ketua perubatan Barcelona, penganalisis, serta jurulatih kecergasan fizikal kelab.
Bekas pemain midfield kelab itu sudah menyenaraikan 10 peraturan baru yang perlu diikuti oleh para pemain dan staff, dan ia merupakan langkah awal untuk buktikan beliau benar-benar bersungguh untuk menaikkan semula kelab.
Sigue la limpia de Xavi: Ramon Canal, jefe de los servicios mĂ©dicos, analistas y preparadores fĂsicos del FCB, ya es historia en el club…
— moisESPN (@moillorens) November 11, 2021
Ramon Canal, yang merupakan ketua perubatan di Barca menjadi nama yang pertama dipecat bersama dengan beberapa lagi pegawai lain.
Laporan oleh Moises Lloresn dari ESPN melaporkan bahawa ketiga tiga pegawai tersebut masih akan kekal di kelab buat sementara waktu, namun tidak ada akan ada akses kepada jawatan mereka sebelum ini.
Xavi dikatakan kurang berpuas hati dengan prestasi pegawai perubatan serta jurulatih kecergasan yang dilihat gagal membantu kelab dalam mengurangkan kecederaan pemain.
Ramai pemain Barcelona berdepan masalah kecergasan dan kecederaan yang berterusan. Xavi dijangkan akan melantik staf yang beliau bawa sendiri ketika mengendalikan Al Sadd sebelum ini. Namun masih menunggu persetujuan kelab.
🚨 BREAKING : Ramon Canal, Head of the Barcelona's medical services, analysts and physical trainers is history now. He has been dismissed by Xavi. pic.twitter.com/DeRsDAMYcp
— +Barça (@plusbarca_) November 11, 2021
Xavi menganggap staf staf ini sebagai orang yang beliau percaya dan yakini. Ketika ini, Barca berdepan dengan masalah kecederaan yang kritikal. Sekurang kurangnya 10 pemain dalam senarai kecederaan dan berjaga jaga.
Xavi percaya masalah ini adalah kerana ketidakcekapan pegawai perubatan dan kecergasan kelab.