Pengurus Barcelona, Xavi telah menzahirkan rasa goyang dan cuak selepas mengetahui bahawa Barcelona telah diundi bertemu Manchester United di knockout round play off Europa League musim 2022/23.
Perjalanan Barcelona di Champions League tidaklah begitu indah mengikuti kisah perjalanan mereka di pentas Eropah musim lalu apabila menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga ketiga.
Selepas perlawanan keempat Champions League peringkat kumpulan, Barcelona sudah sebelah kaki ke Europa League dan keajaiban diperlukan untuk itu tidak terjadi.
Bayern Munich dan Inter Milan berjaya lolos ke pusingan kalah mati. Musim lalu Barcelona kandas disuku akhir Europa League kepada Frankfurt.
Musim ini mereka mencuba lagi dengan jalan cerita yang sama dan Manchester United selaku naib juara kumpulan menanti knockout round play off Europa League.
❝𝐴 𝑀𝐴𝑆𝑆𝐼𝑉𝐸 𝐶𝐻𝐴𝐿𝐿𝐸𝑁𝐺𝐸 ❞
— 🎙 Xavi on drawing Manchester United in the Europa League pic.twitter.com/j8cPwbq5Xv
— FC Barcelona (@FCBarcelona) November 7, 2022
Legenda Barcelona yang kini bergelar pengurus nyata tidak gembira dengan keputusan undian ini dan melabel sebagai ‘Undian yang teruk’ kerana bertemu lawan yang sukar dan sekali lagi tuah tidak berpihak kepada Barcelona.
“Ia adalah lawan paling sukar sekali lagi.” Ujar Xavi.
“Tetapi kami akan menantikannya. Mereka adalah pasukan yang bersejarah, mereka telah banyak berkembang dengan Ten Hag, mereka mempunyai pemain yang hebat.”
“Ia adalah undian terburuk yang boleh kami perolehi. Sekali lagi. Tidak tuah.”
"He's a fantastic player — one of the best in recent times and he can still make a difference."
— 🎙 Xavi on Manchester United's Cristiano Ronaldo pic.twitter.com/l7ktX144yO
— FC Barcelona (@FCBarcelona) November 7, 2022
Xavi juga menzahirkan kembimbangan dengan kehadiran Cristiano Ronaldo yang dianggap masih lagi sebagai pemain yang hebat dan mampu melakukan sesuatu.
“Dia pemain yang menakjubkan, salah seorang pemain terbaik ketika ini dan dia boleh lagi memberikan perbezaan.”
Ini merupakan pertembungan pertama Manchester United dan Barcelona di kejohanan Eropah sejak tahun 2019 dan jika Frenkie De Jong diturunkan pasti perlawanan akan jadi lebih menarik.
Sebelum ini apabila berakhir saingan peringkat kumpulan Europa League, maka Round of 32 akan menyusul namun tidak lagi sejak musim lalu.
Which tie do you want to see?
_________ 🆚 _________#UELdraw | #UEL pic.twitter.com/iqqvnHIu0R
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) November 7, 2022
Play-off pusingan kalah mati Liga Europa UEFA telah mula diperkenalkan sejak musim lepas dan jika ada yang masih mencari-cari di mana Arsenal inilah jawapannya.
Terdapat 16 pasukan yang terlibat di Knockout Round Play-Off: lapan naib juara dari peringkat kumpulan Liga Europa dan lapan pasukan di tempat ketiga dari peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA.
Pemenang daripada lapan perlawanan play-off mara ke pusingan 16 Liga Europa, di mana mereka menyertai lapan pemenang atau juara kumpulan.
Lantaran itulah kenapa Manchester United berhempas pulas untuk menewaskan Real Sociedad dalam perlawanan terakhir kumpulan dengan jaringan lebih satu gol.
Namun itu tidak terjadi apabila sekadar menang 1-0 dan Real Sociedad muncul juara kumpulan melalui head to head dan akibatnya Manchester United diundi bertemu Barcelona.
It's set! 🤩
Which tie are you looking forward to most?#UELdraw pic.twitter.com/OvquVAv4rL
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) November 7, 2022
Selepas undian dilakukan inilah keputusan untuk perlawanan Knockout Round Play-Off:
Barcelona Vs Manchester United
Juventus Vs Nantes
Sporting Lisbon Vs Midtjylland
Shakhtar Donetsk Vs Stade Rennais
Ajax Vs Union Berlin
Bayer Leverkusen Vs AS Monaco
Sevilla Vs PSV Eindhoven
RB Salzburg Vs Roma
Teori konspirasi mula menular apabila ada yang menuduh bahawa undian yang menemukan Barcelona dan Manchester United sudah diatur oleh Europa League.
Pertembungan dua gergasi ini telah diatur kerana Europa League dituduh mahu mengaut keuntungan yang besar dari perlawanan ini.
Perlawanan pertama dijadualkan pada 16 Februari, dengan perlawanan kedua seminggu kemudian pada 23 Februari.
Pemenang lapan perlawanan akan menyertai lapan pemenang kumpulan Liga Europa pada pusingan 16, dengan undian dijadualkan pada 24 Februari.
Musim Liga Europa UEFA 2022/23 akan berakhir di Puskás Aréna di Budapest pada 31 Mei 2023.