Xhaka Keluarkan Kenyataan Mengenai Insiden Kekoyakan Beliau Dan Penyokong Arsenal

Ketua pasukan Arsenal yang dilanda kontroversi, Granit Xhaka telah mengeluarkan kenyataan yang membabitkan kontroversi beliau dengan penyokong Arsenal di Stadium Emirates ketika menentang Crystal Palace.

Pasukan lemah dan lembik, Arsenal yang diminati serta disokong oleh mereka yang lemah mental serta berhati tisu, tersentak dengan kebangkitan yang dipamerkan Crystal Palace ketika bertandang di Emirates.

Mendahului 2-0 pada awal permainan akhirnya Arsenal terpaksa berkongsi mata dengan Crystal Palace, satu keputusan yang mengoyakkan mental dan jiwa penyokong Arsenal.

Lantaran itu penyokong Arsenal terus melaung Unai Emery supaya berambus lebih parah koyakan itu apabila mereka dicarut Granit Xhaka, kini mereka mahu jawatan kapten Xhaka dilucutkan.

Granit Xhaka telah dikeluarkan oleh Unai Emery pada minit ke-61 dan digantikan oleh Bukaya Saka dan ketika berjalan keluar Xhaka telah diboo oleh penyokong sendiri.

Sebagai manusia biasa yang mempunyai perasaan dan emosi, Xhaka membalas ejekan tersebut dengan penuh bergaya yang mengoyakkan jiwa-jiwa tisu Arsenal.

Xhaka telah meletakkan tangan dicuping telinganya sambil berjalan dan mencarut dengan penuh bergaya ‘F*** off!!”(Berhenti bersetubuh!).

Unai Emery selepas perlawanan mengakui reaksi yang dipamerkan oleh Xhaka itu salah namun beliau hanya manusia biasa yang mempunyai perasaan.

Penyokong Arsenal terlupa Xhaka itu manusia seperti mereka yang boleh terkoyak walaupun bergelar pemain profesional.

Kau tak jaga perasaan orang bila orang carut kau koyak suruh orang jaga perasaan kau. Tu la penyokong Arsenal.

Kalau kat group Whatsapp sedap membahan orang bila kena atas muka sendiri hilang dan koyak sampai tak bertegur. Tu la penyokong Arsenal

Selepas hampir seminggu kejadian Xhaka telah tampil mengeluarkan kenyataan mengenai insiden berkenaan dengan membela diri sendiri dan menyatakan kasih sayangnya kepada Arsenal.

“Selepas mengambil masa untuk merenung kembali kejadian yang berlaku di petang Ahad, aku mahu memberi penjelasan.”

“Kejadian yang terjadi ketika pertukaran telah memberi kesan mendalam. Aku sayangkan kelab ini dan akan sentiasa memberi 100 peratus di dalam atau luar padang.”

“Para penyokong tidak memahami perasaan aku. Mereka telah berterusan memberikan komen mengecam aku ketika di dalam perlawanan dan juga di media sosial, sepanjang minggu dan bulan yang lalu nyata memberi luka yang mendalam kepadaku.”

“Mereka mengecam dengan berkata, ‘kami akan patahkan kaki kau’ ‘kami akan bunuh isteri kau’ semoga anak kau mendapat kanser’.”

“Itu telah membuatkan aku mendidih dan makan hati ketika dikeluarkan pada hari Ahad lalu di dalam stadium.”

“Dalam situasi ini, aku telah terbawa-bawa dengan apa yang berlaku dan memberikan tindak balas yang tak sepatutnya kepada kelompok penyokong yang menyokong kelab kita, kepada pasukan dan kepada aku sendiri dengan tenaga yang positif.”

“Harapan aku adalah agar kita semua kembali semula ke situasi di mana kita semua saling hormat menghormati. Ingat kembali, sebab apa kita semua cintakan sukan ini. Marilah kita bergerak maju ke hadapan dengan positif, bersama–sama.”

vhttps://twitter.com/Arsenal/status/1189985747580936192

Baca Juga

Baca Juga