Yakin Ronaldo Akan Score Penalti, Rice Sanggup Pertaruhkan Segalanya

Gary Neville telah menemu bual ramai bintang besar dalam dunia sukan di saluran YouTube miliknya, The Overlap.

Tyson Fury, Roy Keane, Frank Lampard, Jamie Carragher dan Alan Shearer merupakan antara nama besar yang pernah muncul dalam rancangan beliau sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Pemain terbaik West Ham yang juga bintang handalan England, Declan Rice merupakan individu terbaru yang muncul dalam rancangan tersebut.

Rice memakai jersi bernombor 41 bersama West Ham dan Neville memilih angka tersebut dengan menanyakan 41 soalan kepada bintang England itu.

Soalan-soalan tersebut lebih kepada pandangan Rice tentang dunia bola sepak dan kehidupan peribadinya dan tidak dinafikan ia merupakan temu bual yang sangat menarik untuk ditonton.

Dipetik dari GivemeSport, berikut merupakan beberapa soalan yang sangat menarik dibincangkan oleh kedua-dua ikon bola sepak itu.

Soalan: Mengapa kamu memakai jersi bernombor 41?

“Ia hanyalah nombor yang diberikan kepada saya ketika saya dalam skuad kanak-kanak. Saya fikir saya mahu kekal memakai nombor tersebut sepanjang karier saya. Rice 41 merupakan satu sebutan yang menarik, saya sudah terbiasa dengan itu.”

“Saya memang tertarik dengan hal seperti itu. Saya tak tahu kalau saya ubah kepada nombor baru ia akan beri kesan kepada persembahan saya.”

Soalan: Halaman lawan yang paling digemari

“Goodison Park”

Soalan: Detik terindah dalam dunia bola sepak setakat ini?

“Debut bersama skuad England. Ia sangat istimewa, sungguh menakjubkan… Hanya masuk ke padang. Kamu tak akan pernah terfikir ia akan berlaku. Ia tersangat-sangat istimewa.”

Soalan: Lawan paling sukar pernah dihadapi?

“David Silva. Dia sememangnya sungguh bijak. Dia sentiasa merancang pergerakan dia yang seterusnya. Posisi yang dia berada.. situasi tanpa bola.. Dia sentiasa bergerak, sentiasa periksa sekitar dia. Dia tahu bila nak lakukan hantaran seterusnya.”

“Dia sentiasa beri masalah kepada barisan pertahanan kami.. Dia merupakan lawan yang paling sukar.”

Soalan : Idola sejak kecil?

“John Terry. Membesar sebagai penyokong Chelsea… Semuanya tentang JT. Ketika saya masih kecil, saya sempat berfikir jika saya berjaya saya mahu memakai nombor 26!. Dia sememangnya sungguh menakjubkan.”

Soalan: Keane atau Vieira?

“Keane. Saya kerap melihat dia sebagai seorang pemain. Bagaimana dia bermain dan bagaimana dia sebagai seorang ketua pasukan.”

Soalan: Ronaldinho atau Zidane?

“Saya suka Ronaldinho. Zidane sangat istimewa, tapi saya akan tetap kata Ronaldinho.”

Soalan: Steven Gerrard atau Paul Scholes?

“Saya akan kata Stevie G. Gerrard.”

Soalan: Yang terhebat sepanjang zaman?

“Messi. Apa yang dia dan Cristiano Ronaldo telah lakukan adalah sesuatu yang sungguh luar biasa. Tidak ada sesiapa akan mampu lakukan itu lagi. Saya pilih Messi… Apa yang telah dia lakukan dalam bola sepak. Dia sangat istimewa. Kita tak akan lihat pemain seperti dia lagi.”

Soalan: Jika kamu sedang berdepan situasi sepakan penalti di minit akhir, siapa kamu harapkan untuk tampil?

“Cristiano Ronaldo. 100%. Penalti yang dia jaringkan dalam perlawanan penting, Champions League, pertandingan besar… Saya 100 peratus meletakkan duit saya untuk dia.”

Soalan akhir ni paling menarik, kerana tidak lama selepas Rice mengeluarkan kenyataan tersebut, Cristiano Ronaldo gagal sempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan penting.

Dek kerana gagal menyempurnakan sepakan penalti, Manchester United terpaksa bayar kesilapan itu dengan mereka disingkirkan dari saingan FA Cup oleh pasukan dari Championship.

Kalau Rice betul-betul pertaruhkan duit yang dia ada, maksudnya dia kena makan meggi sementara tunggu gaji nanti sebab pemain yang paling dia percaya untuk sepak penalti gagal menjalankan tugasnya dengan baik.

BACA:  West Ham 'Reject' Tawaran Dan Syarat Bonus Mengarut Arsenal Untuk Declan Rice