YB Pengkalan Batu Diisytihar Juara Penembak Babi Hutan Yang Berasal Dari Indonesia

Yang Berhormat Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee telah diisytiharkan sebagai Juara Penembak Babi Hutan yang menceroboh masuk ke Melaka dipercayai berasal dari Indonesia dalam satu Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Pada 5 September yang lalu YB Pengkalan Batu yang merangkap Exco Pertanian Negeri Melaka kecewa dengan pencerobohan babi hutan dari Indonesia yang semakin bertambah.

“Pencerobohan babi hutan dari Indonesia ini amat mengecewakan kami memandangkan populasi haiwan liar di negeri ini makin bertambah.”

“Melaka kini dipenuhi dengan babi hutan dari Indonesia.”

Tidak cukup dengan penduduknya yang masuk ke Malaysia melalui laut, tanpa disangka-sangka babi hutan Indonesia juga mengikut jejak yang sama walaupun diketahui rama mahir berenang.

Kegusaran timbul dengan pertambahan ketara babi hutan kerana populasinya boleh bertambah dan mengatasi jumlah penduduk Melaka jika perkara ini tidak dibendung.

Destinasi utama menjadi kegemaran babi hutan dari Pulau Sumatera, Indonesia mendarat adalah Pulau Besar sebelum menjelajah ke Ujong Pasir dan kawasan pantai yang lain melalui renangan gaya bebas di Selat Melaka.

Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini kecoh berkenaan isu ini dan lebih gamat apabila celahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Idris Haron semasa soalan tambahan mengenai operasi memburu babi hutan ditanya oleh Gua Teck (PH-Klebang).

Kemuncak kekecohan ini apabila Yang Berhormat Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee telah menjawab persoalan tersebut lalu berakhir dengan satu situasi kelakar tahap demigod.

Yang Berhormat Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee telah membandingkan rekod tembakan yang dilakukan sejak 2017 oleh kerajaan terdahulu dengan usaha yang dilakukan beliau kini.

Rekod tembakan babi dari tahun 2017 hingga 2019 :

2016 – 107 ekor babi.
2017 – 177 ekor babi.
2018 – 296 ekor babi.
2019 – 479 ekor babi.

Yang Berhormat Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee memulakan operasi menembak babi selepas beliau parti beliau menjadi kerajaan sejak Mei 2018 dan selepas itu jumlah tembakan meningkat dengan ketara.

Yang Dipertua Dewan nyata kagum dengan usaha Yang Berhormat Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee lalu menganugerahkan Pengkalan Batu

“Uuii gemuknya”

“Kita isytiharkan Pengkalan Batu sebagai juara tembak babi.” Pengumuman ini disambut dengan tepukan gemuruh.

Entah apa kaitan berita ini dengan sukan, menembak babi bukan acara sukan tapi sebab ada juara dan babi pulak dari Indonesia kira berita sukan jela kan?

Baca Juga

Baca Juga