Kelab Italy yang berbelanja sakan ketika ini, Inter Milan telah membuat pengumuman rasmi bahawa Ashley Young kini sah menjadi pemain mereka.
Pemain Inggeris yang bersama Manchester United itu telah dijual dengan harga £1.3 juta sahaja.
Dengan kontrak berbaki enam bulan bersama Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer pad mulanya tidak mahu melepaskan pemain yang menjadi ketua pasukan itu.
? | ANNOUNCEMENT@youngy18 is a new Inter player! ✍⚫?
? https://t.co/imZqpydwJ2#WelcomeAshley #NotForEveryone pic.twitter.com/nFh7IxsG83
— Inter (@Inter_en) January 17, 2020
Namun kapten Marver berkeras mahu menyertai Antonio Conte di Inter Milan lalu terpaksa dilepaskan.
Cinta tidak semestinya dengan memiliki, ketahuilah wahai Ole, cinta yang agung adalah cinta yang gagal.
“Beliau akan berusia 35 tahun pada musim panas ini,, jika beliau mendapat kontrak selama dua tahun kat mana-mana, terpulang pada beliau untuk pergi. Kami tidak bersedia memberi tawaran seperti itu.”
“Maka masanya sudah tiba. Bila kepada dan fikiran Young telah berkata ‘Yeah, aku mahu mencuba peluang ini, kenapa tak buat sekarang?” Ujar Ole.
Thank you for everything at #MUFC, @Youngy18 ?
Wishing you the very best of luck with Inter Milan! ?? pic.twitter.com/q8wIOmZ6Xn
— Manchester United (@ManUtd) January 17, 2020
Manchester United juga telah mengutuskan ucapan selamat jalan dan terima kasih di atas segala yang dicurahkan di Old Trafford dan semoga maju jaya di Inter Milan.
“Thank you for everything at Young. Wishing you the very best of luck with Inter Milan!”
Inter tidak menunggu lama bukan sahaja membuat pengumuman rasmi selepas Young sudah melepasi ujian perubatan malah telah memberi nombor kepada Young.
Bekas Kapten Marvel Manchester United itu telah memilih nombor berjersi 15 untuk beraksi bersama Inter Milan.
? | SHIRT
Here's the number selected by @youngy18! 1️⃣5️⃣⚫️?#WelcomeAshley #NotForEveryone pic.twitter.com/BgLQL49id2
— Inter (@Inter_en) January 17, 2020
Young merupakan pemain ketiga Manchester United yang telah dirembat oleh Antonio Conte selepas Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez.
Romelu Lukaku telah dibeli dengan memecahkan rekod kelab dengan yuran perpindahan sebanyak €80 juta sahaja dan Lukaku nyata tidak mengecewakan.
Alexis Sanchez pula telah dipinjamkan ke Inter Milan sehingga penghujung musim ini dengan separuh daripada gajinya masih dibayar oleh Setan Merah.
Pemain Chile itu mengalami kecederaan pada awal dan sudah menjaringkan gol serta mengutip kad merah. Kini Sanchez sudah mula bermain kembali.
Very excited to join @Inter and begin this new challenge. Can’t wait to get started #ForzaInter #NotForEveryone pic.twitter.com/oYHt5kQKVa
— Ashley Young (@youngy18) January 17, 2020
Sepanjang berjuang bersama Manchester United, Ashley Young telah bermain di bawah lima pengurus berlainan, Sir Alex Ferguson, David Moyes, Louis Van Gaal, Jose Mourinho dan pakar formula, Ole Gunnar Solskjaer.
Dalam tempoh itu Young telah membuat sebanyak 261 penampilan untuk pasukan utama dengan mencatatkan jaringan gol sebanyak 19 kali.
Sebelum ini Young pernah beraksi bersama Watford dan mencipta nama bersama Aston Villa lalu menarik minat Setan Merah. Sepanjang bergelar pemain pertahanan Young merekodka 77 permainan clean sheet.
To @ManUtd: you gave me the chance to play with legends, to win trophies, to work under the greatest manager in history and to be your captain. Thank you for letting me be part of your story for eight and a half years ❤ pic.twitter.com/6ENXMEtjTG
— Ashley Young (@youngy18) January 17, 2020
Young juga menjadi muka yang selalu boleh ditatap bersama pasukan England dengan 39 penampilan dan menjaringkan tujuh gol.
Bekas pemain kebangsaan England itu memainkan peranan utama untuk negaranya dalam kejohanan EURO 2012 dan Puala dunia 2018.