Young Sah Ke Inter Dan Maguire Dilantik Sebagai Kapten

Harry Maguire telah dilantik sebagai kapten atau ketua pasukan baharu Manchester United selepas kapten marvel, Ashley Young sah meninggalkan Setan Merah untuk bersama Inter Milan.

Ashley Young meninggalkan Manchester United secara beradap dan sopan tanpa unsur kecurangan. Jodoh mereka hanya sampai di sini, lamaran Inter Milan sukar ditolak.

Manchester United setuju menjual Ashley kepada Inter Milan dengan harga £1.3 juta sahaja dan kontrak pemain itu akan tamat pada hujung musim ini. Dari bagi percuma dapat la duit sikit.

Perpindahan ini akan sempurna sepenuh selepas Young melepasi ujian perubatan bersama Inter Milan. Terdapat syarat yuran tambahan yang akan diaktifkan jika Inter muncul juara Serie A. Pandai buat duit.

Pemain berusia 34 tahun menyatakan keinginan untuk pergi pada hujung tahun lalu selepas lapan tahun setengah berkhidmat untuk Setan Merah.

Sepanjang berjuang bersama Manchester United, Ashley Young telah bermain di bawah lima pengurus berlainan, Sir Alex Ferguson, David Moyes, Louis Van Gaal, Jose Mourinho dan pakar formula, Ole Gunnar Solskjaer.

Dalam tempoh itu Young telah membuat sebanyak 261 penampilan untuk pasukan utama dengan mencatatkan jaringan gol sebanyak 19 kali.

Sebelum ini Young pernah beraksi bersama Watford dan mencipta nama bersama Aston Villa lalu menarik minat Setan Merah. Sepanjang bergelar pemain pertahanan Young merekodka 77 permainan clean sheet.

Young juga menjadi muka yang selalu boleh ditatap bersama pasukan England dengan 39 penampilan dan menjaringkan tujuh gol.

Bekas pemain kebangsaan England itu memainkan peranan utama untuk negaranya dalam kejohanan EURO 2012 dan Puala dunia 2018.

Maguire Kapten Baharu Manchester United

Dengan pemergian kapten marve Ashley Young maka terjadilah kekosongan dan Ole Gunnar Solskjaer tidak menunggu lama untuk mencari pengganti.

Sebagai pakar rumus dan formula, Ole telah melantik pemain pertahanan termahal dunia, Harry Maguire sebagai kapten baru Manchester United.

Rasanya tiada siapa lagi yang layak untuk menggalas jawatan ini untuk Manchester United . Paling dekat pun David De Gea.

Sejak berpindah ke Old Trafford, Harry Maguire sudah menunjukkan ciri-ciri seorang pemain yang mampu memimpin walaupun mempunyai gandingan yang teruk dibahagian pertahanan.

Perlawanan menentang Liverpool akan menjadi ujian dan perlawanan pertama Maguire memakai lilitan kapten di lengan.

Baca Juga

Baca Juga