Yusri Che Lah Sah Ketua Jurulatih Baharu Kuala Lumpur

Bekas pemain kebangsaan dan Perlis Yusri Che Lah dilaporkan telah menyertai pasukan Liga Super, Kuala Lumpur sebagai Ketua Jurulatih baharu, perkara ini telah diumumkan melalui laman Twitter RasMI Kuala Lumpur FA.

KAFA sebelum ini telah mengumumkan bahawa Yusri Che Lah telah bersetuju untuk kekal bersama The Red Warriors di Liga Perdana namun itu hanya persetujuan lisan tanpa sebarang ikatan kontrak.

Pada 20 November 2018 Kelantan.official membuat pengumuman bahawa Yusri Che Lah kekal.

“Yusri Che Lah kekal !! ?? Persatuan Bolasepak Kelantan secara rasmi melantik Yusri Che Lah sebagai Ketua Jurulatih Kelantan FA pada musim 2019.”

“Ia rentetan hasil pertemuan positif baru-baru ini apabila Yusri bersetuju untuk terus membimbing pasukan dengan tekad mahu mengembalikan pasukan ke Liga Super pada musim 2020.”

“Selamat Maju Jaya dan Terima Kasih diucapkan kepada Yusri Che Lah !! Semoga dengan auranya dapat membina semula pasukan ini sekaligus membawa Kelantan FA mencapai kejayaan pada musim hadapan. Tahniah Coach ???? .”

Pada 20 November 2018 KAFA mengumumkan Jorg Steinebrunner dan bunga-bunga kisah lalu akan berulang.

“Welcome Mr Jorg Steinebrunner???? Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada Jorg Peter Steinebrunner diatas perlantikan sebagai Pengarah Teknikal Pasukan Kelantan FA bagi musim 2019.”

“Lantikan ini dibuat hasil rundingan yang dicapai antara KAFA dengan Jorg Steinebrunner baru-baru ini dan bersetuju menandatangani kontrak selama 10 bulan bermula 1 Januari hingga 30 Oktober 2019 sebagai Pengarah Teknikal pasukan.”

“Jorg Steinebrunner ditugaskan membantu Ketua Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah dalam menilai kelemahan dan kekuatan pemain pada setiap perlawanan nanti.”

“Jorg Steinebrunner bertanggungjawab memilih pemain baharu serta pemain muda untuk diserap ke skuad Piala Belia dan Piala Presiden selain membantu mencadangkan pemain untuk dinaikkan ke skuad senior musim hadapan.”

Pada 25 November 2018 KAFA sekali lagi membuat kenyataan Yusri Che Lah sebagai Ketua Jurulatih disambut baik penyokong dan peminat Kelantan.

“Perlantikan Yusri Che Lah sebagai Ketua Jurulatih Kelantan FA nyata disambut baik penyokong dan peminat pasukan.”

“Hantarkan ucapan serta harapan anda di ruangan komen dengan #YCLWeTrust.”

Pada 4 Disember 2018, Jorg Steinebrunner turun mengendalikan sesi latihan pasukan Kelantan. Bunga-bunga silam semakin mekar.

Sejarah Ketua Jurulatih Kelantan dan Pengarah Teknikal yang Menjadi Ketua Jurulatih

Bukan perkara baru bagi pasukan Kelantan apabila pengarah teknikal dilantik menjadi Ketua Jurulatih da motif disebalik jawatan pengarah teknikal ini sangat misteri.

2017 – Pemain lagenda Kelantan Zahasmi Ismail ketika itu memegang tampuk Ketua Jurulatih The Red Warrior. Kemudian telah Kelantan melantik Pengarah Teknikal yang entah apa fungsinya bernama Alfredo Gonzalez.
Mungkin kerana Pengarah Teknikal sebagai jawatan yang tidak ada kerja nak dilakukan, Alfredo Gonzalez telah dilantik sebagai ketua jurulatih menggantikan Zahasmi Ismail.

Perlantikan ini dilakukan atas alasan kononnya mahu bermain menggunakan taktikal latin seperti Shakira wakakaaka barangkali. Kelantan ke lembah kehancuran.

Namun terselemat dan kekal di Liga Super.

2018 – Bagi kembali bangkit di Liga Super 2018, Kelantan telah melantik Sathit Bensoh jadi Ketua Jurulatih dan digugurkan selepas beberapa perlawanan dan Kelantan melantik Fajer Ibrahim menjadi Pengarah Teknikal.

Yusri Che Lah ketika ini menjadi pemangku Ketua Jurulatih selepas Sathit Bensoh keguguran. Ketika Fajer Ibrahim dilantik sebagai Pengarah Teknikal, Presiden Kafa Bibi Ramjani Ilias Khan berkata tidak mustahil Fajer akan dilantik sebagai Ketua Jurulatih dalam masa terdekat.

Ketika era Fajer Ibrahim yang sementara itu, berlaku rombakan besar-besar, ramai pemain dilepaskan tetapi pemain yang kontrak berbaki tak nak dibayar atas alasan ‘tiada dalam perancangan’. Kelantan makin kelakar.

Kemudian Fajer meletakkan jawatan namun berjaya dipujuk sebelum menghilangkan diri lalu muncul dengan surat perletakkn jawatan yang ditulis menggunakan tangan diatas kertas lalu diambil gambar kemudian dihantar melalui Whatsapp. Satu lawak yang padu. Bila Fajr menjadi Faraj.

Adakah ini benar? Foto : mStar

“Kehadapan Presiden KAFA,

Assalamualaikum.

Ekoran berlaku kesukaran teruk untuk bekerja dan kekurangan fasiliti untuk latihan

Ana mahu berhenti dari melakukan kerja

Ana ucapkan selamat berjaya buat pasukan anti”

2019: Kelantan lantik Yusri Che Lah sebagai head coach. Kelantan lantik Jorg Steinbrunner jadi pengarah teknikal. Mungkin Yusri Che Lah peminat sejarah dan lagu ‘Sejarah Mungkin Berulang’ maka satu tindakan bijak Yusri lakukan.

Yusri Che Lah menyertai Kuala Lumpur sebagai Ketua Jurulatih. Kalau Yusri mahu kemasyhuran sudah pasti Yusri kembali aktifkan kumpulan KRU bersama Norman dan Edry tapi bola sepak jadi keutamaan.

Adakah ketika pengumuman dilakukan KAFA tempoh hari tiada ikatan kontrak? Kelakar lagi ni.

Baca Juga

Baca Juga