Zainal Abidin Hassan Digantung Tidak Bertali, Lima Bulan Selepas Dipecat

Bekas jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan ibarat digantung tidak bertali oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selepas dipecat[1] pada bulan Ogos 2016 yang lalu selepas prestasi buruk pasukan Selangor dalam kempen bola sepak tempatan.

Lebih malang lagi, 2016 mungkin menjadi tahun terakhir pasukan The Red Giants di Liga Super setelah pengumuman timbalan presiden dan exco FAS yang memakai sut sedondon ketika sidang media bahawa pasukan Selangor mungkin menarik diri daripada cabaran liga Malaysia 2017 berikutan kekangan kewangan.

Hal ini disebabkan kerajaan negeri tidak memberi peruntukan kepada FAS menjadikan nasib pemain-pemain Selangor ibarat ‘sirih naik, junjungan patah’, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini di mana mereka ibarat ‘sirih naik, junjungan naik’.

Menurut Zainal kepada Stadium Astro, pampasan penuh baki kontraknya sehingga November 2017 masih belum diterima manakala gajinya pada tahun lepas hanya dibayar sehingga Oktober.

Namun menurutnya lagi, pengurus swafoto Selangor, Amiruddin Shaari telah menemuinya minggu lalu dan akan menyelesaikannya pada minggu hadapan, bersama menteri besar, saudara Azmin Ali.

Mungkin ketika melangkah ke Selangor, Zainal tidak menyedari tindakannya itu ibarat ‘hulu malang pangkal celaka.’

Baca Juga

Baca Juga