Zenit Terbangkan Drone Serah Trofi Kepada Malcom

Penularan virus Covid-19 telah memberikan impak yang begitu besar dalam sukan bola sepak, terutama dari segi ekonomi kelab.

Kesemua saingan bola sepak baik dalam domestik mahupon antarabangsa terpaksa digantung sehingga keadaan kembali mengizinkan.

Bukan saja sukan bola sepak, penularan virus Covid-19 telah menyebabkan kesemua sukan utama dunia turut digantung dan ada yang sudah dibatalkan.

Antara langkah berjaga-jaga yang diterapkan oleh kerajaan bagi negara yang diancam serangan wabak Covid-19 adalah menggesa rakyatnya untuk menjaga penjarakan sosial.

Semua negara yang terkesan dengan penularan wabak itu mengamalkan konsep yang sama, dengan menggesa rakyat mereka untuk terus tinggal dirumah bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Liga Perdana Rusia antara yang digantung ekoran dari penularan wabak Covid-19 beberapa minggu lalu.

Liga mereka sudah berjalan hampir ke penghujung dengan 22 perlawanan telah berlangsung dari 30 perlawanan dalam jadual.

Dengan kelebihan sembilan mata mengatasi saingan terdekat, Zenit St Petersburg merupakan pendahulu dalam saingan liga Rusia.

Pasukan yang sering beraksi dalam saingan Liga Juara-juara ini bakal menyandang kejuaraan liga untuk kali kedua berturut-turut sekiranya saingan kembali bersambung.

Secara keseluruhannya mereka telah berjaya muncul juara sebanyak tujuh kali. Dengan mempunyai pemain hebat di bahagian serangan mereka kini lebih digeruni lawan dalam saingan liga.

Zanit berjaya menghasil jaringan tertinggi dalam saingan liga musim ini dengan 44 gol.

Penyerang seperti Artem Dzyuba dan Sardar Azmoun bertanggungjawab dalam kebanyakkan jaringan yang berjaya dihasilkan itu.

Selain ketajaman dua pemain ini, terdapat seorang lagi pemain baru bersama pasukan yang beraksi cemerlang dalam membantu bahagian serangan.

Malcom merupakan pemain yang ditandatangani dari pasukan Barcelona pada jendela perpindahan musim panas lalu dengan nilai €40 juta.

Beliau telah mempamerkan aksi cukup mantap bersama Zenit sebelum dunia diserang penularan virus Covid-19 hingga liga digantung.

Pemain Brazil itu telah menjaringkan gol pertamanya ketika pasukan Zenit berjaya menewaskan Ural 7-1 pada pertengahan Mac lalu.

Beliau turut terlibat dalam bantuan jaringan dalam perlawanan sama. Ini membuktikan Malcom layak untuk dianugerahkan gelaran pemain terbaik bulanan saingan Liga Perdana Rusia.

Walau bagaimanapun, dekat Rusia telah mencatatkan lebih 12,000 kes positif Covid-19, Malcom dan kesemua pemain dalam saingan liga telah diarahkan untuk duduk dirumah masing-masing.

Tetapi, walaupun dalam keadaan semua orang menjaga penjarakan sosial dan pemain berusia 23 tahun itu juga hanya berada di Apartmentnya. Zenit tetap mahu menunjukkan bahawa mereka menghargai kehebatan pemain pasukan.

Tidak dapat untuk menyerahkan anugerah itu secara berdepan, pihak pengurusan Zenit telah menaik taraf cara penyampaian anugerah dengan menggunakan Drone.

Mereka menaikkan drone kearah apartment milik Malcom untuk menyerahkan anugerah itu dengan cara yang cukup unik.

Mereka tidak sekadar meletakkan anugerah itu dihadapan pintu sebaliknya menerbangkan drone ke jendela apartment Malcom dan meminta pemain sayap itu untuk melihat keluar.

Malcom tidak melepaskan peluang untuk merakam detik indah itu untuk dijadikan kenangan terbaik dalam kariernya.

Malcom mengakhiri video dengan ucapan terima kasih kepada penyokong Zenit yang mengundi beliau sebagai pemain terbaik bulanan.

Beliau turut menjalankan tanggungjawab sosial dengan menyeru kepada semua agar mematuhi perintah kawalan pergerakkan dari kerajaan.

BACA:  Arsenal Sedia Jual Sanchez, Sasar Malcom Sebagai Pengganti