Zidane: Bale Tidak Lagi Sesuai Dengan Real Madrid

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane mengakui Gareth Bale tidak lagi sesuai dengan pasukan Real Madrid yang ingin dibentuknya, dan menguatkan lagi spekulasi yang mengatakan Bale akan meninggalkan Santiago Bernabeu pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Dalam aksi terakhir La Liga malam tadi, Bale hanya dibiarkan memanaskan bangku simpanan sepanjang 90 minit permainan ketika Real Madrid tumpas di halaman sendiri kepada Real Betis 2-0.  Ia merupakan penamat yang penuh mengecewakan bagi musim yang buruk buat Real Madrid.

Zidane akhirnya memberi gambaran jelas kepada Bale supaya mencari kelab baru musim hadapan.

Musim 2018/2019 menyaksikan Bale melalui musim yang penuh mencabar, dimana beliau bergelut untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan walaupun tanpa ketiadaan Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Itali.

Kembalinya Zidane ke pangkuan Real Madrid tidak mengubah situasi Bale dan pengurus berasal dari Perancis itu berulang kali enggan memberi jaminan mengenai masa depan Bale bersama pasukan tersebut.

Dalam sidang media selepas tewask kepada Real Betis semalam, Zidane telah ditanya adakah Bale akan meninggalkan Los Blancos musim panas nanti.

“Saya tidak tahu sama ada ia adalah perlawanan terakhir Bale atau tidak. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku.”

Layanan Real Madrid terhadap Bale sungguh mengecewakan kerana pemain tersebut cukup berjasa ketika mereka menjulang Liga Juara-Juara Eropah musim lepas

“Saya meminta maaf kerana Bale tidak dapat bermain. Tetapi tiada siapa tahu apa yang akan berlaku. Jika saya rasa pemain tersebut tidak sesuai dengan pasukan ini, saya perlu melakukan perkara yang terbaik.”

“Tiada siapa boleh mengubah apa yang Bale telah lakukan kepada pasukan ini. Tetapi sebagai seorang jurulatih, saya perlu melihat pada masa sekarang. Saya lebih bergantung kepada pemain lain sejak beberapa minggu ini.”

“Saya yang membuat keputusan sama ada ia betul atau tidak. Dan saya perlu bertindak demi kepentingan semua pihak.”

Sejak berpindah dari Tottenham Hotspurs pada tahun 2013 dengan yuran rekod dunia pada ketika itu, Bale telah memenangi 4 trofi Liga Juara-Juara Eropah, 1 La Liga dan 1 Copa Del Rey. Ketibaan beliau menjadi pemangkin kepada tempoh paling cemerlang Real Madrid di peringkat Eropah.

Zaman Bale power

Sama ada di dalam atau diluar padang, Bale tetap menjadi sasaran pengkritik dan pernah diejek peminat sendiri ketika beraksi di Santiago Bernabeu. Situasi ini menyebabkan Bale dikaitkan dengan kepulangan ke Liga Perdana Inggeris, tempat dimana beliau mencipta nama tidak lama dahulu.

Antara kelab yang hangat dikaitkan dengan Bale adalah Manchester United. United merupakan antara kelab yang mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar gaji lumayan Bale.

Selain Red Devils, wujud juga spekulasi yang mendakwa Bale akan kembali ke pangkuan Spurs secara pinjaman. Sama-sama kita tunggu dan saksikan.

BACA:  Tottenham Hotspur Ketepikan 4 Pemain Dari Menyertai Skuad Jelajah Asia