Zidane Mahu Menjual Lima Pemain Real Madrid Musim Panas Ini

Zinedine Zidane mahu membuat mega sale dengan menjual lima pemain sedia ada untuk menambah dana pembelian pemain baru musim hadapan.

Banyak perkara dan rancangan Zidane tidak menjadi musim ini. Segala perancangan tidak berjalan seperti yang dikehendaki.

Aksi anak-anak buahnya dalam saingan LA Liga tidak begitu memberangsangkan musim ini dengan mempamerkan persembahan tidak konsisten.

Dalam saingan Liga Juara-juara pula mereka diambang penyingkiran selepas tewas perlawanan pertama pusingan 16 kepada pasukan Manchester City.

Zidane mahukan perubahan dan peningkatan untuk persediaan pasukannya musim hadapan.

Langkah awal untuk melakukan perubahan adalah mengeluarkan pemain yang dirasa tidak perlu dan membawa masuk pemain yang dirasa akan membantu.

Menurut laporan dari AS, Zidane mahu menjual pemain sedia ada terlebih dahulu sebelum membeli pemain lain dan beliau merasakan ada lima pemain yang akan dijual.

Menurut laporan itu juga, antara pemain yang mungkin meninggalkan Real musim hadapan adalah James Rodriguez, Gareth Bale, Lucas Vazquez dan Mariano.

Luka Modric, Nacho dan Brahim Diaz juga antara pemain yang mungkin akan meninggalkan Real Madrid musim panas nanti.

Rodriguez menghabiskan masa dua musim sebagai pemain pinjaman bersama Bayern Munich.

Pasukan dari Jerman itu telah menunjukkan minat untuk mengikat perjanjian terus untuk Pemain Colombia itu.

James Rodriguez turut dikaitkan dengan perpindahan mengejut ke Wolves dengan nilai £71 juta.

Hal ini diakui oleh ejen beliau sendiri Jorge Mendes pada awal bulan lalu.

Bekas pemain sayap Spurs, Gareth Bale antara pemain yang sering dikaitkan bakal meninggalkan Real Madrid sejak kebelakangan ini.

Bale dikatakan salah seorang pemain yang bukan pilihan Zidane. Masalah berkaitan mereka turut sering menjadi topik hangat media Sepanyol.

Beliau dikaitkan dengan perpindahan ke salah sebuah pasukan di China jendela perpindahan lalu.

Tetapi Presiden Real Madird, Florentino Perez memutuskan untuk membatalkan perjanjian itu memandangkan pasukan dari China tidak mahu mengeluarkan dana yang dikehendakinya.

Pemain berusia 30 tahun itu hanya turun 11 kali sebagai kesebelasan utama musim ini.

Beliau juga sepertinya tidak mahu meninggalkan Madrid memandangkan keluarganya sudah menetap di sana.

Apa yang mengejutkan adalah keputusan Zidane yang mungkin mahu menjual Luca Modric.

Modric adalah pemenang untuk anugerah Ballon d’or beberapa tahun lalu. Tetapi pada musim ini beliau hanya 14 kali turun sebagai pemain utama untuk Real Madrid.

Pemain berusia 34 tahun itu dikatakan antara pemain buruan Inter Milan pada tahun 2018 namun tiada sebarang tawaran dilakukan oleh Inter kepada Real.

Paul Pogba, Erling Haaland dan Sadio Mane antara pemain yang diburu oleh pasukan Real Madrid dan sering dikaitkan dengan perpindahan musim ini.

Paul Poga sendiri menunjukkan minatnya untuk meninggalkan setan merah dan mahu menyertai Real.

Pengurus pasukan setan merah sendiri mengakui hal itu dan Pogba tidak memberi kerjasama yang baik bersama pengurusan United.

Mino Raiola ejen Pogba sendiri mengaitkan pemainnya bakal menyertai Real Madrid dan mahu meninggalkan United.

BACA:  Heynckes: Lupakan Sahaja Niat Anda, Lewandowski Bukan Untuk Dijual