Zidane Takut Jumpa Leicester City

Bola sepak eropah kini bagaikan dalam keadaan darurat dan semua kelab yang layak ke suku akhir Liga Juara-juara bagaikan tidak mahu berhadapan kelab England – termasuklah jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane.

Pasukan Musang itu telah mencipta kejutan musim lalu dengan muncul juara EPL dan kini bakal menghantui kelab eropah dalam pusingan suku akhir setelah bangkit daripada kekalahan pusingan pertama ketika menentang Sevilla. Kini, menurut Zidane, semua kelab termasuklah Real Madrid, Barcelona dan Bayern Munich bagaikan takut untuk berhadapan juara England itu.

Selain menjadi jurulatih, dia juga pandai bersajak. “Shall I compare thee to a summer day..”

Leicester baru pertama kali menyertai Liga Juara-juara, dikendalikan oleh pengurus sementara, Craig Shakespeare yang mana resumenya baru hanya beberapa perlawanan, selain dalam keadaan berhempas pulas untuk selamatkan diri daripada terjerumus ke Liga Kejuaraan.

Tetapi, permainan menakjubkan mereka ketika menentang Sevilla di Stadium King Power menggemparkan seluruh eropah.

Dalam satu sidang media, Zidane berkata,” Aku tak rasa ada jurulatih yang berharap pasukan deme jumpa Leicester.

“Leicester ni lepas satu, satu kejayaan deme capai. Ramai yang anggap cabaran deme dah habis lepas kalah dengan Sevilla, tapi deme bangkit!

“Kelab apa pun yang Leicester hadap nanti, deme memang tak akan jadi pasukan pilihan. Jadi, hilang la tekanan kepada deme. Deme tu memang ada sorang dua je pemain yang berbakat, tapi semua pemain bermain dengan sepenuh hati. Itu yang susah nak hadap tu yob.

“Dalam suku akhir, kome akan hadap dua perlawanan yang sukar. Bila pasukan dah masuk peringkat ni, semua pasukan rasa deme boleh menang,” ujar Zidane panjang lebar dalam satu nafas. Cukup panjang nafas lagenda Real Madrid ini.

Vardy dan Nasri main laga-laga kepala atas

Juara Itali, Juventus kalahkan juara Portugal, Porto, untuk layak ke suku akhir dalam misi mencari Piala Eropah ketiga buat kelab Turin tersebut. Kapten merekayang sudah berzaman bermain bola, Gigi Buffon, juga berharap dapat mengelakkan Leicester.

“Sapo yang kami tak nak lawan? Leicester. Simple,” jawab Buffon ketika ditanya wartawan, sambil tersengih menampakkan cili di gigi kapaknya.

Leicester ternyata pasukan yang sangat bahaya dan mereka bermain  dengan penuh semangat. Vardy seorang sahaja sudah cukup untuk memporak-perandakan pertahanan lawan sampaikan Sevilla gagal mendapatkan rentak perlawanan mereka, apatah lagi nak bertenang. Mereka menyudahkan peluang yang terhidang, sampaikan jurulatih Sevilla melepaskan nafsu amarahnya sehingga disuruh meninggalkan bangku simpanan oleh pengadil.

N’Zonzi – macam Amirizuan Taj pun ada kan

Sebab Vardy juga Samir Nasri dibuang padang, kerana kepandaian Vardy meliuk-lentokkan badannya ketika dicuit oleh Nasri. Tapi kalau nak cerita kalau la kan, kalau Steven N’Zonzi tu berjaya sepak masuk penalti, memang takdo pasukan Inggeris dalam suku akhir ini.

Tapi tu cerito kalau la. Cerito kalau ni Sime Darby pun boleh jadi juara Asia.

Sebenarnya kelab-kelab besar takut nak lawan Leicester ni sebab ego. Bak kata orang Kelantan, bene dok besohor, haloh malu.

Sumber : Mirror Football

Baca Juga

Baca Juga