Pengurus pasukan paling hebat dalam sejarah peradaban bola sepak dunia, Jose Mourinho menjadi calon kegemaran dan berada di tangga teratas sebagai pengurus pertama yang akan dipecat usai musim baru Premier League berlangsung.
Namun semuanya tidak berlaku seperti yang diramal. Mourinhi pengurus ketiga yang dipecat, pengurus Fulham, Slavisa Jokanovic menajdi pengurus pertama dipecat musim ini diikuti oleh Mark Hughes yang mengendalikan pasuka Southampton.
Selepas membawa Porto menjulang trofi Champions League, Mourinho tiba di Chelsea pada musim panas 2004 dengan sikapnya yang angkuh tetapi menawan lalu mendabik dada bahawa beliau adalah ‘The Choosen One’.
Keangkuhan Mourinho sejajar dan selari dengan kejayaan yang dibawa ke Chelsea dengan memenangi gelaran Premier League buat pertama kali dalam tempoh 50 tahun, mengutip mata tertinggi dalam satu musim hingga dipecahkan Pep Guardiola musim lalu.
Selepas Chelsea, Mourinho berkelana ke Inter Milan, Real Madrid dan kembali ke Chelsea lalu di pecat sebelum ke pasukan Syaiton Meroh. Kini masa depannya di Manchester United berada dalam keadaan yang meragukan terutamanya dalam pasaran perpindahan musim panas.
Pada awal musim ini juga agensi perjudian, Sky Bet telah mengeluarkan kebarangkalian bahawa Jose Mourinho mungkin menjadi pengurus pertama yang dipecat pada musim baru Premier League diikuti oleh pengurus Leicester City, Claude Puel dan bosku Neil Warnock.
Walaupun gagal untuk menjadi pengurus pertama yang dipecat akhirnya Jose Mourinho ditendang jua dari kerusi kejurulatihan tertinggi di Old Trafford.
Peminat Manchester United dan pemerhati nyata sangsi dengan tindak tanduk Mourinho dalam jendela perpindahan kali ini dan tidak seaktif seperti biasa dengan tiada ‘marquee player’ diikat, hanya Fred, Diogo Dalot dan Lee Grant dibeli setakat ini.
Kemasukan tiga pemain ini nyata tidak memberi kepuasan kepada nafsu dan pengikut Setan Merah ini. Naib Pengerusi kelab, Ed Wordward juga agak senyap dalam urusniaga pembelian pemain dan dilaporkan ada sinar menjelang tarikh tutup perpindahan.
Wordward agak sejuk pada musim perpindahan ini, namun laporan dari The Independent, mereka mempunyai pelan untuk perpindahan dan Wordward telah memberi nama besar untuk diikat.
Namun nama yang dicadangkan Wordward seperti Kylian Mbappe, Neymar dan Gareth Bale telah ditolak kerana Mourinho mahukan kereta kebal bagi merealisasikan visinya memarkir bas di padang.
Mourinho mensasarkan pemain rajin dan bekerja keras seperti Willian, Toby Alderweireld dan Harry Maguire.
Zidane Pengganti Mourinho?
Ekoran ramalan Mourinho bakal menjadi pengurus pertama dipecat pada ketika itu, maka ramalan siapa pengganti Mourinho juga telah dikeluarkan dan dicanang oleh agendi perjudian dan pertaruhan yang melibatkan nama-nama besar.
Kini sah Manchester United mencari pengurus baru dan proses pencarian agak panjang kerana pengurus baru akan diumumkan apabila musim sudah tamat menurut kepada kenyataan rasmi Manchester United.
Nama Zinedine Zidane terus menjadi sebutan sebagai pilihan utama dan calon kegemaran.
Bekas pengurus Real Madrid yang terbilang dengan 3 kejuaraan Champions League secara berturut-turut, Zinedine Zidane merupakan calon yang kini tanpa kerja merupakan calon teman pengganti kepada Mourinho.
Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino pilihan kedua diikuti Carlo Ancelotti(kini bersama Napoli) yang merupakan pemenang Champions League tiga kali berada dipilihan ketiga. Bekas lagenda United, Ryan Giggs juga tersenarai.
Ada yang berpendapat dan membawang, Mourinho sengaja membuat perangai dengan mengkritik dan menyalahkan pemain secara terbuka kerana mahu dipecat seperti mana yang dilakukan bersama pasukan Chelsea sebelum ini.