Zinedine Zidane Letak Jawatan Pengurus Real Madrid, Conte Pengganti?

Selepas gagal menghadirkan sebarang piala ke Santiano Bernabeu musim ini, Zinedine Zidane meletakkan jawatan, hanya beberapa hari selepas Atletico Madrid menjulang kejuaraan La Liga. Ini merupakan kali kedua Zidane berpisah dengan Real Madrid, dengan kali pertamanya selepas Madrid mengangkat piala Liga Juara-Juara pada 2018.

Tak sampai setahun kemudian ZIdane kembali mengisi jawatan pengurus pasukan paling pelik di Sepanyol tersebut, selepas kegagalan Julen Lopetegui dan Santiago Solari.

Kehadirannya kali kedua ini berjaya membawa Madrid menjuarai La Liga, mengenepikan seteru utama – Barcelona.

Bagaimanapun, musim 2020/21 menyaksikan pasukan kendaliannya gagal menggapai sebarang pingat, termasuk di peringkat Eropah di mana mereka tewas kepada Chelsea di peringkat separuh akhir.

Memasuki perlawanan terakhir La Liga, Real Madrid sebenarnya masih berpeluang untuk muncul juara tetapi dikecewakan dengan keputusan Atleti yang menewaskan Real Valladolid.

Bercakap kepada wartawan(bukan The Sukan) selepas perlawanan tersebut, Zidane ada menyebut bahawa dia akan berbincang dengan pihak pengurusan bagi menentukan masa depannya.

“Kami dah bagi habis dah di padang dan kegagalan itu tanggungjawab aku,” katanya selepas perlawanan tersebut kepada media Mundo Deportivo.

“Kita akan tengok apa yang akan jadi secepat mungkin. Bukan pasal aku ja, tapi pasal semua benda untuk kelab pada musim depan.”

Selain daripada aksi yang terumbang-ambing di atas padang, Real Madrid turut dihimpit kontroversi terutamanya Liga Super Eropah di mana presiden mereka, Florentino Perez, menjadi kepala utama ke arah penubuhan liga ini.

Tindakan untuk mewujudkan Liga Super Eropah ini juga difahamkan untuk memberi pendapatan kepada kelab di kala musim pandemik yang memusnahkan banyak sektor ekonomi.

“Zizou selalu jujur dengan aku,” ujar Pak Perez suatu ketika dahulu.

“Aku sangat hormat kat dia sebab dia terus-terang dengan aku. Dia bagi aku keyakinan yang tinggi di atas padang.

“Kalau dia pi, dia pi tapi buat masa ni aku tak nampak Madrid tanpa Zidane.”

Berita perletakan jawatan Zidane ini muncul hanya beberapa jam selepas pengurus Inter Milan, Antonio Conte, meletakkan jawatan, meskipun berjaya membawa pulang Scudetti buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun ke bumi Milan.

Sebelum ini Conte pernah menolak hasrat Real Madrid untuk menynuntingnya, tetapi dengan keadaan kekosongan yang ada ini, mungkinkah Conte bakal mengisi kerusi panas di ibu negara Sepanyol tersebut?

Entah-entah memang Conte sengaja cari pasal tak dengan pengurusan tertinggi Inter demi jawatan di Real Madrid?

Selain daripada Conte, seorang lagi bekas pengurus Juventus turut dikaitkan dengan Real Madrid – Massimiliano Allegri.

Semenjak meletakkan jawatan sebagai pengurus Juventus pada tahun 2019, Allegri tidak pernah menjadi pengurus di mana-mana kelab, namun tiada kenyataan rasmi daripada Perez ataupun wakil kelab.

Ke mana hala tuju Zidane selepas ini, masih belum diketahui. Ada teori yang mengatakan bahawa dia akan mengendalikan Paris Saint Germain, dengan pengurus sekarang Mouricio Pochettino akan kembali ke Tottenham Hotspur.

Entah lah kan. Pelik-pelik je orang jaman now.

Berita : Mirror

Baca Juga

Baca Juga