Zinedine Zidane Sudah ‘Penat’ Dan Mahu Lepaskan Jawatan?

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane dilaporkan sudah ‘penat’ dan sekali lagi mahu meletakkan jawatan selepas tersingkir di separuh akhir Champions League di kaki Chelsea.

Terdapat aura yang kurang baik di dalam pasukan Los Blancos dan pengurus dari Perancis itu telah menyampah dengan beberapa perkara yang diluar kawalannya.

Maka disebabkan ‘tangan-tangan’ ghaib Zinedine Zidane mahu segera angkat kaki. Walaupun tewas Zidane bangga dengan anak buahnya.

Suasana di bilik persalinan juga seakan memberi petanda bahawa Zidane mungkin tidak akan ada lagi pada musim hadapan walaupun kontraknya masih berbaki setahun.

Zidane kelihatan sudah penat dengan dengan segala-galanya sejak september dengan jadual yang padat, kecederaan, kritikan dan tersingkir dari Champions League pula.

Kritikan diterima berkaitan dengan hala tuju kelab dan tanpa sebarang pembelian pemain aksi konsisten tidak dapat diterapkan dan Zidane tidak boleh menentukan hala tuju.

Semua itu bukan dalam kawalan Zidane. Tanpa pemain yang dimahukan pengurus tidak dapat memberi jaminan akan hasil yang akan tiba.

Pemain bintang seperti Isco dan Marcelo pula tidak gembira sejak Zidane kembali apabila tidak lagi menjadi tonggak pasukan dan banyak memanaskan bangku simpanan.

Zidane sebelum ini gemar berada di Valdebebas untuk sesi bersama pasukan, menguruskan latihan tetapi SOP wabak telah menghilangkan keseronokan yang dinikmati Zidane selama ini.

Sejak wabak melanda , Zidane dilaporkan telah bosan dengan rutin harian beliau dalam tempoh 12 bulan ini.

Sebelum ini Zinedine Zidane telah membuat satu sidang media mengejut dan lebih mengejut berukkan apabila pengurus Real Madrid itu mengumumkan pengunduran dari Los Blancos.

Selepas lima hari mencipta sejarah dengan merangkul kejuaraan Champions League buat kali ke-13 dan mencatat hatrik dengan 3 kejuraan berturut-turut Zidane berundur.

“Aku dah buat keputusan, tidak mahu meneruskan tugas bersama Real Madrid pada musim hadapan. Bagi aku, penting untuk semua untuk melakukan perubahan.”

“Keputusan ini bukan mudah. Aku sayang kelab ini dan saya juga menghormati Presiden.”

“Kita ubah! Ini kalilah!”

Real Madrid mengumumkan Julen Lopetegui sebagai jurulatih menggantikan Zidane untk pasukan utama bagi tempoh 3 musim dan Lopetegui memulakan tugas selepas Piala Dunia 2018.

Kontroversi tercetus apabila Lopetegui dipecat oleh Sepanyol kerana melanggar kontraknya bersama Sepanyol dengan mengikat janji menjadi jurulatih Real Madrid. Perbincangan diadakan tanpa pengetahuan FA Sepanyol.

Pemecatan Lopetegui oleh Sepanyol terjadi sehari sebelum Piala Dunia 2018 bermula dan Sepanyol terciduk teruk.

Fernando Hierro yang merupakan Pengarah Bola Sepak Sepanyol telah dilantik bagi menggantikan kekosongan akibat ketidakjujuran Lopetegui yang bersikap kejuburan

Lopetegui hanya bertahan beberapa bulan bersama Real Madrid, selepas tewas 5-1 kepada Barcelona di El Clasico, Lopetugui di pecat pada 28 Oktober 2018 dan diganti oleh Santiago Solari.

Melihat kesenduan Los Blancos, Real Madrid melantik kembali Zinedine Zidane menjadi pengurus pasukan sambil menambah Real Madrid dan Zidane merupakan perkahwinan yang sempurna.

Pemergian Zidane dan kehilangan khidmat Cristiano Ronaldo menjadi punca utama mengapa Real Madrid bergelut musim ini sehingga terkeluar dari saingan merebut Liga Juara-Juara Eropah dan La Liga.

Zidane kembali dengan cemerlang dan memberi kejuaraan La Liga kepada Real Madrid dan juga mencipta rekod cemerlang di El Classico apabila tidak tewas dalam 5 pertemuan.

Musim ini tanpa pembelian pemain baharu, Zidane membawa Real Madrid ke separuh akhir Champions League dan masih berpeluang mengekalkan gelaran juara La Liga.

Siapakah Zinedine Zidane?

Berasal dari kabilah Berber di Algeria, kedua ibu bapa Zidane telah berpindah ke Perancis untuk lari dari perang Algeria. Pada  23 Jun 1972, ibunya telah melahirkan seorang putera yang bakal menakluki dunia bola sepak.

Membesar di Marseille, Zidane menghabiskan masa seperti kanak-kanak lain bermain bola sepak jalanan sehinggalah bakatnya dikesan seawall usia 10 tahun, apabila kelab US Saint-Henri mengambilnya sebagai pemain junior. Setelah enam bulan di kelab tersebut, Zidane disunting pengarah kelab SO Septèmes-les-Vallons, dan bermain di kelab itu sehingga usianya 14 tahun.

Pergerakan kakinya yang lemah gemalai mengawal bola menarik minat kelab AS Cannes, lantas beliau terus diambil dan diserap ke kelab remaja Cannes.

Pada awal penyertaannya di Cannes, Zidane pernah dihukum mencuci asrama kerana tindakannya menyerang penyokong pihak lawan yang mencaci keturunannya ketika satu perlawanan. Usai hukumannya selesai, jurulatihnya meminta beliau menyalurkan tenaga kemarahannya ke  arah fokus terhadap perlawanan, dan hasilnya, beliau berjaya. Bersama Cannes, Zidane mendapat Ligue 1 debut menentang FC Nantes.

Zidane berlalu pergi melepaskan peluang menjulang piala dunia.

Pada musim 1992-93, Zidane dibeli Girondins de Bordeaux, dan membentuk jaringan tengah pasukan yang cukup mantap bersama Bixente Lizarazu dan Christoppe Duggary.

Ketiga-tiga mereka menjadi nadi utama Bordeaux dalam mencapai kejayaan tempatan dan eropah, dan mereka bertiga juga menjadi tonggak utama ketika Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 di bawah bimbingan Aime Jacquet.

Pada 1995, Kenny Dalglish, yang ketika itu baru sahaja meraikan pasukannya Blackburn Rovers menjuari EPL, berhajat mahu membawa Zidane dan Duggary ke Ewood Park, akan tetapi dinafikan pengerusi Blackburn dengan mengatakan :

“Kenapa kita perlukan Zidane sedangkan kita sudah mempunyai Tim Sherwood (bekas jurulatih Aston Villa).”

Malah pada 1996,Newcastle United yang pada ketika itu dibimbing Kevin Keegan, pernah ditawarkan midfield maestro itu namun menolaknya dengan mengatakan bahawa Zidane tidak sesuai bermain di liga England.

Kerugian besar buat kedua-dua pasukan.

Seperti kau, Zidane juga pernah mempunyai rambut.

Pada musim bunga 1996, Zidane menyertai Juventus dan memberi impak yang segera. Pada musim tersebut Juventus memenangi Serie A dan Intercontinental Cup. Nasibnya kurang baik apabila mereka tewas 3-1kepada Borussia Dortmund dalam perlawanan akhir Liga Kejuaraan Eropah.

Pada 1998, Zidane dianugerahkan pemain terbaik FIFA dan Ballon d’Or (pemain terbaik Eropah). Pada 2001, Zidane pernah digantung perlawanan apabila menanduk pemain Hamburger SV dalam  satu perlawanan UCL.

Pada tahun tersebut juga, Real Madrid telah membelinya pada rekod dunia, iaitu kira-kira 75juta euro. Pada tahun 2002, Zidane menjaringkan gol tercantik dalam sejarah perlawanan akhir UCL sekaligus membawa pulang piala UCL ke Madrid, setelah menewaskan Bayer Leverkusen yang diketuai Michael Ballack (Ballack tidak bermain pada perlawanan akhir akibat digantung).

Pada 2006, Zidane bersara dari arena bola sepak kelab dan antarabangsa. Sejak dari itu, sentuhan kaki ghaib Zidane tidak dapat lagi ditonton oleh para pencinta bola sepak melainkan di youtube.

Zidane cemerlang sebagai pemain dan pengurus.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke kaki.

Perumpamaan itu sesuai diguna pakai bagi keluarga Zidane, apabila anak sulungnya, Enzo Zidane, mengikut jejak langkah bapanya bermain untuk Real Madrid. Pada hari ini, Zidane menjadi jurulatih kelab Castilla, pasukan muda Real Madrid, yang bermain di Segunda Division B.

Walaupun anaknya juga bermain untuk kelab tersebut, beliau tidak mendapat laluan yang mudah untuk membarisi skuad utama Castilla, dan perlu bertanding dengan pemain lain untuk memikat bapanya sendiri.

Menariknya, Enzo tidak menggunakan nama Zidane sebagai nama keluarga kerana baginya, bebannya terlalu besar untuk memikul nama seorang legenda bola sepak di bajunya. Jadi, Ezno telah beralih ke nama asal keluarga ibunya Fernandez. Kemampuan Enzo Fernandez boleh ditonton di youtube.

Zidane diangkat menjadi pengurus Real Madrid menggantikan Rafael Benetiz dan sejak itu beliau tidak menoleh lagi apabila membawa Real Madrid menjulang Champions League secara hatrik.

BACA:  Zidane: Musim Real Madrid Semakin Beransur Pulih