Zlatan ‘Bantai’ United Kerana Terlalu Kedekut Sampai Berkira Walau £1 Untuk Jus Buah

Zlatan Ibrahimovic telah mendedahkan kisah tentang bagaimana kelab bola sepak Manchester United beroperasi setiap hari, dengan beliau menganggap setan merah sebenarnya kelab yang kedekut.

Beliau menganggap begitu kerana kelab akan memotong £1 pada gaji setiap pemain yang meminum jus buah dari mini bar di hotel.

Pemain kebangsaan Sweden itu melengkapkan perpindahannya menyertai Manchester United pada musim panas 2016 yang lalu.

Beliau menyertai setan merah sebagai pemain berstatus free agent selepas kontraknya bersama Paris Saint Germain tamat.

Ibrahimovic dilaporkan menerima pendapatan bernilai £200,000 seminggu ketika kariernya bersama Man United, dengan beliau turut mengharungi karier yang gemilang di bawah kendalian Jose Mourinho.

Atan berjaya menjaringkan 17 gol dari 28 penampilan bersama Man United pada musim pertamanya bersama kelab, dan ia dianggap sebagai satu pencapaian yang menakjubkan.

Beliau kemudiannya turut berjaya membantu United menjulang kejuaraan Europa League, League Cup dan Community Shield sebelum meninggalkan kelab.

Menurut kenyataan yang beliau lakukan dalam buku autobiography beliau yang terbaru, bintang berusia 40 tahun itu telah mendedahkan tentang apa yang membuatkan beliau sangat terkejut tentang Manchester United.

Beliau sangat terkejut United memiliki mentaliti yang sangat teruk walau dianggap sebagai antara kelab terkaya dan terhebat dalam dunia bola sepak.

“Satu hal yang mengejutkan saya, semua orang fikir United sebuah kelab besar, salah sebuah kelab paling kaya dan hebat dalam dunia, tapi itu semua nampak dari luaran sahaja bagi saya.”

Tulis Zlatan.

“Tapi sekali saya sampai di sana, saya nampak mereka ada mentaliti yang sangat lemah.”

Ibrahimovic kemudiannya bercakap tentang bagaimana gaji beliau dipotong £1 untuk jus buah, dan beliau perlu sentiasa menunjukkan dokumen peribadinya setiap kali tiba di padang latihan di Carrington.

“Satu hari tu saya berada di hotel bersama skuad sebelum perlawanan. Saya dahaga jadi saya buka mini bar dan dapatkan air jus buah.”

“Kami bermain dan kemudian saya pulang ke rumah. Lepas beberapa hari itu, payslip saya sampai. Kebiasaannya saya tak tengok langsung. Saya hanya lakukan itu sekali pada hujung tahun untuk lihat apa yang masuk dan berapa yang keluar.”

“Tapi pada ketika itu, saya tak tahu kenapa, saya curiga dan saya sedar satu pound telah dipotong dari gaji bulanan saya.”

Atan kemudiannya menyambung lagi dengan menyatakan:

“Saya hubungi team manager, ‘maaf bertanya, kenapa mereka ambil satu pound dari gaji saya dan beritahu saya ia dari air jus buah yang saya ambil di mini bar, adakah kamu semua bergurau? Betul ke?'”

“Dia kemudian jawab, ‘tak, saya tak bergurau, di sini kamu kena bayar untuk apa yang kamu ambil.”

“Saya kemudian jawab, ‘tentu saja, tapi saya bukan pergi ke hotel itu atas urusan saya. Saya bukan pergi bercuti. Itu tempat kerja saya. Saya berada di sana untuk Manchester United. Jika saya perlu main dan saya dahaga, saya perlu minum. Saya tak boleh masuk padang dalam keadaan dahaga.”

“Bolehkah kamu percaya itu? Satu pound? Sesuatu seperti itu tidak akan pernah berlaku di Itali. Ini merupakan perbezaan yang mendapat penghormatan dari pemain.”

“Setiap hari saya diminta untuk tunjukkan dokumen saya hanya untuk masuk ke padang latihan. Satu hari itu saya turunkan tingkap kemudian saya kata, ‘Dengar sini kawan, saya datang sini setiap hari dalam sebulan. Saya pemain terhebat dunia. Jika kamu masih belum kenal saya, kamu sebenarnya salah pilih pekerjaan.”

Nampak tak Atan punya ganas macam mana? Potong £1 pun dia terus hubungi manager untuk tanya kenapa potong gaji dia.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Lihat Aksi Nat Phillips Bodoh-bodohkan Zlatan Dan Franck Kessie