Zlatan Ibrahimovic Pernah Suruh Balotelli Berhenti Main Bola

Mario Balotelli merupakan seorang pemain yang mempunyai bakat luar biasa hebat ketika usia remajanya.

Penyerang kebangsaan Itali itu telah melakukan debutnya bersama Lumezzane ketika berusia cuma 15 tahun.

Lumezzane merupakan pasukan yang beraksi dalam third tier liga di Itali. Kerana mempamerkan aksi yang luar biasa hebat, beliau berjaya menarik minat pasukan dari Serie A untuk menandatanganinya.

Ketika berusia 16 tahun, Balotelli telah ditandatangani oleh Inter Milan dengan yuran perpindahan €340,000.

Di Inter, Balotelli berpeluang beraksi bersama bintang-bintang handalan dunia seperti Zlatan Ibrahimovic, Adriano dan Hernan Crespo.

Namun, para pemain sedia ada rata-rata tidak begitu suka dan selesa dengan pemain yang baru ditandatangani oleh Inter Milan ketika itu.

Balotelli menerusi siaran langsung di Instagram bersama Fabio Cannavaro telah mendedahkan bagaimana reaksi Ibrahimovic ketika mula-mula melihat beliau bermain di padang latihan.

Balotelli cuma berusia 16 tahun ketika menjalani latihan bersama Inter Milan ketika itu, tetapi beliau mendedahkan bahawa bintang Sweden itu pernah menyuruh dirinya untuk berhenti saja bermain bola.

Menurut Balotelli, Ibrahimovic menyuruhnya berhenti bermain bola sepak kerana menurutnya Balotelli tidak cukup bagus.

“Bila saya mula menyertai pasukan senior Inter, saya baru berusia 16 tahun,”

Jelas Balotelli menceritakan kisah bersama Ibrahimovic kepada Gianluca Di Marzio.

“Pada satu hari tu, dia(Ibrahimovic) berdiri di sebelah saya dan dia bagitahu saya ‘kamu rasa kamu layak bermain disini?habiskan latihan hari ini lepas tu kamu jangan bermain lagi.”

“Hampir setiap hari bila dipadang latihan Zlatan akan cakap benda sama kepada saya iaitu saya tidak bagus, dia juga menyuruh saya lupakan bola sepak dan pergi sekolah.”

Seperti sedia maklum, Ibrahimovic merupakan seorang pemain yang mempunyai ego yang tinggi dan tidak pernah mempedulikan pendapat orang tentangnya.

Balotelli ketika itu cuma seorang remaja yang mahu mencuba untuk mencipta nama dalam sukan bola sepak tetapi Ibrahimovic dengan mudah menyuruhnya berhenti saja.

Cumanya sehingga kini Balotelli tidak tahu niat Ibrahimovic memperlakukan beliau seperti itu, sama ada beliau tergugat dengan kehadiran Balotelli atau beliau sekadar mahu memberi semangat dengan cara begitu.

Namun, apa saja alasannya, komen negative dari Ibrahimovic tidak memberi sebarang kesan kepada aksi Balotelli ketika itu.

Balotelli membuktikan kepada Ibrahimovic bahawa beliau handal bermain bola apabila melakukan debut bersama pasukan utama Inter ketika berusia 17 tahun.

Dalam tiga musim bersama Inter, Balotelli berjaya menjaringkan 28 gol dari 86 perlawanan dan memenangi anugerah Golden Boy pada tahun 2010.

Balotelli kini sedang beraksi bersama Brescia dan beliau dikaitkan bakal berhijrah ke Napoli.

Pemain berusia 29 tahun itu mungkin akan meneruskan kerjaya di Serie A bersama Napoli musim hadapan.

“Saya pasti akan sangat gembira di sana.”

Jelas Balotelli.

“Anak gadis saya Pia akan menjadi ketua pasukan sorak, beliau memang peminat Napoli. Saya selalu menyanyikan chanting pasukan Brescia kepadanya namun dia tetap menyambung dengan menyokong Napoli.”

“Bila saya bawanya ke San Paolo dia sangat gembira, sentiasa terpukau. Beliau selalu beremosi bila masuk ke stadium itu, tetapi yang terbaik bagi saya tetap San Siro.”

Tetapi kata-kata dari Zlatan Ibrahimovic tu baru menjadi kenyataan selepas Balotelli mendapat aksi kemuncak di Manchester City.

Aksi beliau terus menerus merundum tidak seperti yang biasa dipamerkan olehnya ketika remaja.

BACA:  Erling Haaland Jaringkan Gol Ala Zlatan Ibrahimovic