Zlatan Ibrahimovic Rai Kejayaan Milan Menjuarai Serie A Dengan Cara Yang Sungguh Dasyat

Zlatan Ibrahimovic meraikan kejayaan AC Milan menjuarai saingan Serie A dengan cara yang penuh luar biasa menakjubkan.

Kejayaan Milan menjuarai saingan Scudetto musim ini merupakan piala ke-32 Zlatan sepanjang kariernya yang luar biasa dasyat itu.

Beliau berjalan memasuki padang ketika sesi keraian sambil menghisap cigar dan memegang champagne dan ia merupakan hal yang paling mencuri perhatian di San Siro.

Pemain kebangsaan Sweden yang kini berusia 40 tahun itu sekali lagi membuktikan yang usia sekadar nombor dan tidak mempengaruhi hal lain.

Di usia 40 tahun, beliau masih mampu beraksi dengan sangat cemerlang dan membantu AC Milan untuk memenangi gelaran Serie A pertama mereka dalam tempoh 11 tahun ini.

Musim ini, beliau berjaya menjaringkan lapan gol dan kerap mempamerkan aksi persembahan menakjubkan untuk membantu Milan mencatat kemenangan.

Selepas cemerlang meledak 16 gol dari 26 perlawanan musim lalu, Ibrahimovic pada musim ini hanya sekadar membuat 12 penampilan sahaja dalam saingan liga.

Walau bagaimanapun, impak yang beliau tunjukkan baik di dalam mahupun di luar padang jelas sekali satu hal yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Pada awal tahun ini misalnya, pemain pertahanan AC Milan, Fikayo Tomori telah mendedahkan kepada umum tentang pengaruh Zlatan di bilik persalinan kelab.

“Dia ada aura sendiri di bilik persalinan dan ketika dia berada di atas padang atau ketika dia tidak bermain, kamu akan dengar suara dia menaikkan semangat semua orang.”

Jelas Tomori.

“Dia pemimpin sebenar, ketika dia bermain dia beri semua orang semangat dan walaupun dia tak kerap bermain musim ini, dia tetap berjaya jaringkan gol.”

Ketika aksi perlawanan terakhir dalam saingan Serie A malam semalam, pemain penyerang berpengalaman itu diberi 20 minit untuk menikmati permainan dengan Milan berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 dalam perlawanan tersebut.

Dua gol jaringan Olivier Giroud dan satu gol jaringan Franck Kessie sudah cukup untuk membantu AC Milan menjuarai saingan Scudetto musim ini.

Selepas wisel penamat dibunyikan ketika aksi bertemu Sassuolo, Zlatan Ibrahimovic telah menghangatkan suasana di San Siro dengan entrance beliau yang dasyat.

Dengar cigar di tangan, bekas bintang Manchester United dan Barcelona itu turut sempat menyemburkan champagne dan berdiri di tengah padang dengan gaya yang sungguh santai.

“Saya harap saya mampu dapat separuh sahaja dari sikap itu.”

Jelas pengulas CBS ketika melihat Zlatan melakukan hal Zlatan.

Atan turut mendedahkan yang kejayaan beliau memenangi piala bersama Milan merupakan satu kepuasan yang teramat sangat.

“Ketika saya kembali, di sidang media, saya kata saya akan bawa Milan kembali ke puncak.”

Jelas Zlatan.

“Ramai orang ketawa dan sekarang kami di sini dan kami memenangi Scudetto. Kami banyak lakukan pengorbanan, tapi tiada yang mustahil. Saya banyak menderita pada tahun ini, saya akan bercakap dalam tempoh beberapa hari akan datang, tapi sekarang saya mahu menikmati kejayaan ini.”

Zlatan Ibrahimovic turut mendedikasikan kejayaan tersebut untuk bekas ejennya, Mino Raiola yang baru sahaja meninggal dunia bulan lalu.

“Saya dedikasikan kepada Mino Raiola.”

“Saya hampir ke Napoli, kemudian dia kata kepada saya yang saya satu-satunya orang yang boleh selamatkan Milan. Jadi saya dedikasikan untuk dia.”

AC Milan menjuarai saingan Serie A pertama mereka selepas 11 tahun

AC Milan berjaya mengakhiri penantian sedekad mereka untuk menjuarai saingan Serie A selepas mereka berjaya memenangi gelaran Scudetto pada musim ini.

Buat pertama kali sejak musim 2010/11, The Rossoneri akhirnya berjaya juga untuk dinobatkan sebagai juara saingan liga bola sepak Itali.

Mereka berjaya menewaskan pesaing terdekat yang juga merupakan musuh sebandar, Inter Milan dengan kelebihan dua mata.

Milan melalui musim yang mengecewakan sejak sedekad sebelum ini dengan mereka hanya mampu melihat bagaimana Juventus mendominasi sepenuhnya saingan liga bola sepak Itali.

Juventus berjaya memenangi sembilan gelaran Serie A secara berturut-turut sebelum Inter Milan merampas gelaran itu pada musim lalu.

Piala liga pada musim ini sekali lagi ke San Siro selepas AC Milan berjaya merampas gelaran tersebut dari musuh sebandar mereka, Inter Milan.

AC Milan turun dengan misi wajib menang untuk mengelak dari dipintas oleh Inter Milan dan mereka jelas sekali berjaya mengekalkan kedudukan di puncak liga selepas menewaskan Sassuolo 3-0 awal pagi tadi.

Olivier Giroud membuka tirai jaringan untuk AC Milan mendahului Sassuolo pada minit ke-17 permainan dalam aksi perlawanan terakhir mereka musim ini.

Ia merupakan gol ke-10 beliau untuk AC Milan dalam saingan Serie A musim ini dan bintang Perancis itu kemudiannya menjaringkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini pada minit ke-32 permainan.

Empat minit selepas itu, giliran Franck Kessie pula yang meledak gol ketiga untuk AC Milan dalam perlawanan tersebut, seterusnya mengesahkan gelaran Scudetto untuk skuad kendalian Stefano Pioli itu.

Milan dilihat lebih klinikal sejak akhir Januari lalu dengan mereka berjaya melalui aksi 16 perlawanan tanpa kalah sepanjang tempoh tersebut.

Kali terakhir mereka mencatatkan kekalahan dalam saingan liga adalah pada 17 Januari lalu di tangan Spezia.

Sepanjang tempoh tersebut juga, AC Milan hanya mencatatkan enam bolos sahaja dan ia jelas sekali satu pencapaian yang sungguh luar biasa dasyat.

Musim yang sungguh menakjubkan dengan mereka menjuarai saingan musim ini tanpa mengharapkan kepada usaha seorang pemain sahaja.

Milan pada musim ini menggabungkan usaha antara kuda tua dan barisan pemain muda dan hasilnya harus diakui sungguh luar biasa dasyat.

Giroud berjaya menjaringkan 11 gol, Rafael Leao 10 gol dan Zlatan Ibrahimovic pula berjaya menjaringkan lapan gol untuk skuad kendalian Stefano Pioli itu.

Zlatan Ibrahimovic merupakan pemain penting ketika kali terakhir AC Milan menjuarai saingan Serie A dan selepas berkelana ke pelbagai negara, beliau pulang untuk bantu Milan sekali lagi menjulang Scudetto.

Inter Milan turut berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 menewaskan Sampdoria, namun mereka terpaksa akur gagal untuk mempertahankan gelaran Serie A yang mereka menangi musim lalu.

Skuad kendalian Simone Inzaghi berjaya memberi saingan kepada AC Milan sehingga ke hari terakhir dan mereka sepertinya melepaskan gelaran Serie A itu dengan cara yang bermaruah.

Berjuang sehingga ke hari terakhir dan hanya dua mata sahaja ketinggalan di belakang juara saingan Serie A musim ini.

Napoli dan Juventus sementara itu berjaya melengkapkan kedudukan empat teratas dalam saingan Serie A untuk layak ke saingan Champions League musim hadapan.

Lazio dan Roma pula mengesahkan tempat untuk layak ke saingan Europa League sementara Fiorentina pula berjaya layak ke saingan Europa Conference League.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Zlatan Tetap Sokong Mourinho Untuk Terus Kemudi Manchester United