Zlatan: Manchester United Kelab Kerdil, Katak Di Bawah Tempurung Dan Kuat Berkira

Zlatan Ibrahimovic telah melontarkan kritikan hebat terhadap bekas kelab Manchester United kerana layanan buruk mereka terhadap legenda kelab iaitu Wayne Rooney selepas dia meninggalkan Old Trafford.

Zlatan yang sebelum ini menjadi kesayangan peminat Manchester United telah melabel Setan Merah sebagai kelab kerdil dan berfikiran seperti katak di bawah tempurung. Bukan itu sahaja, Zlatan Ibrahimovic juga mendedahkan bahawa Manchester United yang kaya raya itu sangat berkira walaupun untuk segelas air jus buah.

Pemain berusia 40 tahun itu bermain 53 kali untuk The Reds antara 2016 dan 2018, menjulang Liga Europa dan Piala Liga pada 2017 bersama dengan penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu iaitu Wayne Rooney.

Musim panas berikutnya, Rooney meninggalkan United selepas perkhidmatan selama 13 tahun untuk menyertai semula kelab zaman kanak-kanak Everton dengan perpindahan percuma.

Dalam petikan yang dikeluarkan menjelang pelancaran buku baharunya ‘Adrenaline: My Untold Stories’ tahun depan, Ibrahimovic kurang kagum dengan cara kelab itu menangani pemergian salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman.

Seperti yang dilaporkan oleh Sportbladet (melalui Daily Star), pemain dari Sweden itu memberitahu bagaimana nama Rooney terus dibuang dari lokernya hampir sebaik sahaja dia pergi. Tindakan itu menurut Ibrahimovic satu tindakan hina dari United kerana mentaliti “kelab kecil” mereka.

Ibrahimovic menyifatkan seolah-olah legenda England itu “tidak pernah wujud”, dan tindakan itu tidak  boleh diterima langsung.

Rooney menjaringkan 253 gol untuk United semuanya, memenangi lima kejuaraan Liga Perdana, Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah.

Zlatan dalam bukunya berkata: “Semua orang memikirkan bahawa United adalah kelab berkelas dunia, salah satu kelab terkaya dan paling berpengaruh di dunia.”

“Dan saya merasakan perkara yang sama ketika saya melihat mereka dari luar.”

“Sebaik sahaja saya berada di dalamnya, saya mendapati mereka kelab kerdil, mentaliti tertutup.”

Seterusnya, Zlatan kecewa kerana Man United adalah kelab yang sangat kedekut walaupun dengan pemain sendiri.

“Ada sekali tu saya berada di hotel bersama dengan pasukan sebelum perlawanan. Saya dahaga, maka saya bukalah peti ais kecik dan minum jus buah.”

“Kami bermain dan kemudian pulang ke Manchester. Ketika penyata gaji saya tiba, biasanya saya tak tengok pun pay slip saya. Saya cuma tengok pada hujung tahun je.”

“Tapi hari tu tak tahu la macamana tiba tiba saya tak sedap hati. Dan saya melihat gaji saya dipotong satu pound.”

“Saya call manager dan bertanya: ‘Excuse me, kenapa korang potong gaji saya’. Pengurus masa tu beritahu saya, itu angka dipotong daripada jus buah yang saya minum dari mini bar dulu.”

“Saya tanya balik, kamu biar betul? Bergura ke noi? Dia cakap, taklah, ini betul betul. Jika kamu pesan atau ambil apa apa, kamu harus bayar.”

“Dah tentunya saya berada di hotel masa tu bukan atas tujuan peribadi. Itu bukannya percutian. Saya berada di tempat kerja, saya berada di sana sebab Manchester United.”

“Kalau saya nak main dan saya haus, saya kena minum. Takkan saya nak masuk ke padang dalam keadaan dehidrasi.”

Zlatan kini bermain untuk AC Milan. Masih lagi menjadi pemain penting dalam pasukannya walaupun sudah berusia.

BACA:  Zlatan dan Pogba Berada Dalam Skuad Manchester United Menentang Newcastle