Zlatan Nasihat Mbappe ‘Cederakan Diri Sendiri’ Untuk Capai Tahap Lebih Tinggi

Zlatan Ibrahimovic yang terkenal dengan kata-kata yang menjangkaui pemikiran manusia telah menasihati Kylian Mbappe supaya cuba ‘Cederakan diri sendiri’ jika mahu mencapai tahap yang lebih tinggi selaku pemain bola sepak.

Pemain veteran AC Milan itu juga menyarankan supaya Kylian Mbappe merasai darah dan berjalan di atas api. Sungguh tinggi laras bahasa yang digunakan Zlatan ini.

Kylian Mbappe kini menikmati zaman kegemilangan walaupun umur baru mencecah 22 tahun apabila sudah menjulang trofi Piala Dunia, empat gelaran juara Perancis dan tiga gelaran Piala Perancis.

Terbaru Kylian Mbappe baru sahaja menjulang trofi UEFA Nations League bersama pasukan kebangsaan Perancis dan terlepas gelaran juara Champions League dua musim lalu.

Zlatan Ibrahimovic yang juga bekas pemain PSG dan boleh dianggap sebagai legenda kelab telah menyeru pemain muda itu untuk terus mendorong dirinya untuk pergi lebih jauh.

“Aku sangat sukakan Mbappe tapi apa yang dia lakukan kini tidak cukup. Dia berada dalam zon selesa. Mbappe boleh menjadi sangat kuat jika dia mencederakan diri sendiri.”

“Mbappe perlu merasa darah dan berjalan di atas api.” Ujar Zlatan Ibrahimovic kepada akhbar Perancis Telefoot sebagaimana dilaporkan oleh The Mirror.

Zlatan Ibrahimovic juga menyeru Mbappe supaya bergaul dengan orang yang hebat dan mereka yang tidak mengampu beliau sebagai pemain yang hebat.

“Kelilingi diri kau dengan orang yang akan mengatakan kau tidak cukup bagus dan kau akan menjadi yang terbaik.”

Penyerang legenda itu pasti tahu apa yang diperlukan untuk berjaya dalam permainan selepas menjaringkan 62 gol dalam 118 caps untuk Sweden.

Dia juga menjaringkan 156 gol dalam 180 penampilan untuk Paris Saint Germain dan memenangi empat kejuaraan Ligue 1 secara berturut-turut semasa berada di ibu negara Perancis itu.

Pemain Sweden mengenang kembali zamannya di PSG dan percaya skuad yang disertai pada era beliau adalah lebih baik daripada koleksi pemain semasa di Parc des Princes, walaupun kehadiran dengan kehadiran Lionel Messi.

“Ia satu cabaran yang baik untuk Messi. Dia akan mencuba sesuatu yang baru selepas tempoh yang lama di Barcelona dan dia akan pergi ke kelab yang sangat bercita-cita tinggi yang mahu menang dan sedang meningkat naik,” Ujar Zlatan

“Adakah pasukan hari ini lebih baik daripada pasukan pada era saya? Tidak, kami adalah satu pasukan. Hari ini, ia bukan satu pasukan.”

Zlatan tetap Zlatan yang sudah pasti menganggap apa jua yang berkaitan dengan dirinya sememangnya lebih hebat daripada manusia serta binatang yang wujud di muka bumi ini.

Kalau diikutkan dari pengalaman Zlatan memang betul apa yang dikatakan beliau, ketika di Barcelona Zlatan telah menjadi antara pemain yang gagal di bawah pengurusan Pep Guardiola.

Guardiola dan Ibrahimovic pernah bekerjasaman di Barcelona pada tahun 2009, sebelum pemain berasal dari Sweden ini mengambil keputusan untuk keluar dari Nou Camp bagi menyertai AC Milan walaupun baru semusim bermain di Sepanyol.

Zlatan Ibrahimovic telah melabel pengurus Manchester City, Pep Guardiola sebagai penakut tidak bertulang dan pengurus yang paling tidak matang. Zlatan menyerang kredibiliti Guardiola kerana pada tahun 2011 dalam bukunya yang bertajuk, I Am Ibrahimovic.

Gelaran ini diberikan oleh Zlatan Ibrahimovic selepas berlaku salah faham di antara dua inividu ini ketika Barcelona tewas di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara kepada Inter Milan.

Di bawah kendalian Pep Guardiola, Zlatan Ibrahimovic berjaya menjaringkan 16 gol dari 23 perlawanan di mana beliau diturunkan sebagai kesebelasan utama. Mungkin Pep menganggpa Zlatan tidak cukup bagus.

Mungkin berdasarkan pengalaman inilah Zlatan menjadi inspiras buat Zlatan menjadi yang terbaik dan mampu bermain diperingkat tertinggi pada usia 40 tahun.

Sejarah Ringkas Zlatan

Zlatan Ibrahimovic lahir pada 3 Oktober 1981 merupakan seorang pemain bola sepak profesional bermain di posisi penyerang dan dari Sweden. Zlatan merupakan pemain tetap pasukan kebangsaan Sweden dari tahun 2001 hingga 2016.

Bersama Sweden Zlatan memakai lilitan ketua pasukan di lengan sejak 2010 dan sehinggalah bersara dari bola sepak antarabangsa pada tahun 2016. Sepanjang kariernya di kelab Zlatan telah bermain di enam liga yang berbeza.

Kerjaya awal Zlatan bermula di Malmo pada penghujung tahun 90-an sebelum berhijrah ke Ajax. Kemudian Zlatan menyertai Juventus dan berjaya membentuk gandingan mantap bersama David Trezeguet sebelum ke Inter Milan.

Pada 2009 Zlatan telah diikat oleh Barcelona dari Inter Milan sebelum kembali ke Italy bersama AC Milan sebagai pemain pinjaman kerana hubungan dinginnya dengan Pep Guardiola dan terus diikat secara tetap.

Selepas bosan di Italy, Zlatan mencari cinta di Kota Paris bersama PSG.

Selepas 4 musim bermaharaja lela di Ligue 1 Zlatan beralih arah ke Premie League bersama Manchester United. Di PSG Zlatan muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman PSG dengan 156 gol dalam 180 perlawanan.

Kisah cinta Zlatan dan AC Milan kembali bersambung

Selepas itu Zlatan telah ke Major League Soccer(MLS) berasama LA Galaxy. Selepas cemerlang di LA Galaxy, Zlatan terus cemerlang membantu AC Milan pula selepas liga kembali bersambung sehingga ke musim baru 2021/22.

Di usia sangat senja bagi pemain bola sepak iaitu 40 tahun, Zlatan Ibrahimovic masih lagi tidak menunjukkan faktor usia menjadi penghalang buat beliau untuk beraksi diperingkat tertinggi.

BACA:  Arsenal Antara Destinasi Idaman Mbappe