11 Jaringan Puskas Terbaik Sepanjang Zaman

Ballon d’or masih kekal sebagai anugerah paling berprestij dalam segala penghargaan dalam dunia bola sepak.

12 tahun terakhir ini, anugerah itu telah dikuasai oleh Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Lionel Messi telah memenangi enam dari 12 dan Cristiano Ronaldo pula telah berjaya memenangi Anugerah Ballon d’or itu lima kali dari 12.

Keseluruhannya kedua pemain terhebat dunia ini telah menyapu 11 dari 12 kali anugerah itu wujud. Manakala satu lagi telah berjaya dimenangi oleh Luka Modric.

Tetapi masih ada penganugerahan istimewa yang gagal untuk didominasi oleh kedua-dua pemain terhebat dunia itu.

Malahan, Lionel Messi tidak pernah memenangi anugerah itu sepanjang kariernya, manakala Ronaldo pernah memenanginya sekali pada tahun 2009.

Anugerah yang dimaksudkan adalah FIFA Puskar Award. Nama Puskas itu diambil bersempena nama pemain legenda Real Madrid, Ferenc Puskas.

Anugerah ini diperkenalkan untuk pemain bola sepak lelaki atau wanita yang menjaringkan gol terbaik atau “fantastik” secara tahunan.

Tidak pasti sistem sebenar yang biasanya digunakan oleh FIFA, tetapi kebiasaannya anugerah ini diberi kepada yang selayaknya.

Berinspirasikan dari Planet Football, berikut 11 pemenang anugerah Puskas yang disusun mengikut kecantikan jaringannya.

11 | Mohamed Salah | 2017

Selepas Mo Salah menerima anugerah ini hasil dari gol tercantiknya ketika bertemu Everton, James Milner telah muat naik status di twitternya:

“Tahniah @MoSalah untuk jaringan ketujuh terbaik anda dari musim lalu berjaya memenangi goal terbaik sepanjang tahun.”

Milner nampak seperti menyindir bukan?

Usaha Salah jelas kelihatan apabila beliau berjaya melepasi dua pertahanan Everton sebelum melencongkan bola cantik menerjah gawang melemaskan Jordan Pickford.

Tetapi, The Egyptian king sebenarnya telah menjaringkan banyak gol secantik itu pada kempen 2018/19. Gol itu terbaik tetapi untuk menerima Puskas agak diragukan.

Yang mengejutkan, golnya mampu menewaskan overhead kick dari Cristiano Ronaldo ketika membantu Real Madrid menewaskan Juventus.

10 | Wendell Lira | 2015

Kebanyakkan peminat suka dengan jaringan ‘overhead kick’ atau dalam bahasa pasarnya gol lipat.

Pemain Brazil ini berjaya menjaringkan gol lipat untuk Goianesia menewaskan Atletico-Go 2-1 yang sebenarnya biasa saja.

Tetapi berjaya mendapat 46.7% undian untuk menewaskan gol larian solo Messi ketika bertemu Athletic Bilbao. Ya ajaib juga gol ini boleh menang.

9 | Miroslav Stoch | 2012

Kita semua pasti pernah berniat untuk melakukan ‘Scholesy’ semasa masih kecil dan tersedar bahawa ia sukar dari apa yang digambarkan.

Tetapi, Miroslav Stoch berjaya melakukannya pada tahun 2012 lalu, hasil dari satu tendangan sudut disudahi dengan volley yang padu darinya.

Apa yang menariknya adalah gol jaringannya itu menerima 78% undian pada ketika itu. Luar biasa hebat!

8 | Mohd Faiz Subri | 2016

Salah satu sepakan percuma terbaik pernah dilihat. Mohd Faiz Subri menjaringkan gol lencongan yang cantik dalam perlawanan Liga Super Malaysia pada tahun 2016.

Adakah dia memang berniat untuk melencongkan bola kedalam gol?

Sengaja atau tidak itu bukan masalah apa yang penting beliau berjaya menjaringkan gol yang sangat cantik dengan kebolehannya sendiri.

7 | Cristiano Ronaldo | 2009

Ronaldo telah menjaringkan banyak gol yang luar biasa cantik sepanjang kariernya. Jaringan lipat beliau ketika bertemu Juventus pada tahun 2017 juga sepatutnya layak memenangi Anugerah ini.

Gol ini tidak lah hebat secara teknikalnya, tetapi jaringan screamer dari jarak jauh yang dilakukan di saingan Liga Juara-juara ini sangat mengagumkan.

Ronaldo menerima 17.68% undian untuk jaringan ini, tetapi sengitnya saingan pada ketika itu, di tempat keempat Eliran Atar juga menerima 13.36% undian. Nampak punya tipis jaraknya.

6 | James Rodriguez | 2014

Bayangkan James Rodriguez berjaya menjaringkan gol secantik ini dalam pusingan kalah mati pentas Piala Dunia.

James Rodriguez sememangnya mempamerkan persembahan mengagumkan dalam kempen piala dunia 2014 hingga berjaya menarik minat Real Madrid untuk menandatangani beliau.

Jaringan cantiknya ketika bertemu Uruguay berjaya menewaskan volley cantik dari Stephanie Roche dalam aksi Womens National League.

5 | Hamit Altintop | 2010

Hamit Altintop berjaya menjaringkan gol padu ini ketika dalam perlawanan Turki menentang Kazakhstan dalam saingan kelayakkan Euro 2012.

Hasil dari tendangan sudut disudahi dengan tenang dan padu oleh Hamit.

Lihat saja ketenangan beliau menyempurnakan hantaran dari tendangan sudut yang tepat menemuinya itu.

4 | Daniel Zsori | 2019

Bayangkan seorang pemain itu melakukan debut senior, dalam debut itu dia menjaringkan gol pada minit akhir dan gol itu adalah gol kemenangan.

Bayangkan juga, gol kemenangan yang dijaringkan itu adalah ketika bertemu pendahulu liga, dan gol itu merupakan gol lipat yang sungguh padu!

Sempurna bukan?

Debrecen’s Daniel Zsori berjaya melakukannya dalam saingan teratas di Liga Hungary lalu memenangi Anugerah ini.

3 | Neymar | 2011

Ketika Neymar masih bersama Santos, beliau memutuskan untuk menjaringkan satu gol yang akan kekal dalam ingatan para peminat.

Santos ketika itu tewas kepada Flamengo dengan keputusan 5-4. Tetapi Neymar berjaya menjaringkan gol yang sangat cantik.

Beliau membawa bola dari tepi padang menewaskan dua pertahanan, kemudian beliau bermain satu dua dengan rakan sepasukannya lalu menewaskan pertahanan terakhir dengan jaringan cukup cantik.

2 | Olivier Giroud | 2017

Jaringan Scorpion dari Olivier Giroud ini layak berada di kedudukan kedua senarai pemenang Puskas ini.

Build up gol yang menarik dan penyudah yang cantik dari Giroud. Kalau gol lipat sudah sering dilihat, tetapi gol jaringan ala scorpion yang beliau lakukan memang padu!

Walau Giroud sendiri mengatakan gol itu terhasil lebih kepada nasib tetapi dari melihat kepada jaringannya jelas Giroud berusaha untuk menghasilkan jaringan itu.

1 | Zlatan Ibrahimovic | 2013

Gol terbaik antara yang terbaik dalam sejarah Puskas adalah milik Zlatan Ibrahimovic.

Siapa yang boleh pertikaikan gol jaringan lipat dari jarak jauh Zlatan adalah gol terbaik? Sudah tentu tidak ada yang akan pertikaikan kerana pertama gol itu cantik dan kedua sebab Zlatan.

Kebiasaannya bila pemain lain berdepan situasi seperti Zlatan, yang mendapat bola seperti itu dari penjaga gol yang sudah meninggalkan gawangnya sudah pasti akan membawa bola dahulu atau mencari ruang untuk melepaskan rembatan ke arah gol.

Tetapi tidak untuk Zlatan, beliau tidak berfikir panjang, selepas mendapat bola begitu dari Joe Hart beliau terus melipat bola itu menerjah gawang England. Kerana itu lah gol beliau layak berada dalam senarai terbaik bagi semua pemenang Puskas.

BACA:  FIFA Label Gol Tak Jejak Tanah Safawi Rasid Antara Pesaing Puskas