Atalanta Belasah Leverkusen Di Final UEL

Bayer Leverkusen akhirnya menelan kekalahan pertama mereka musim ini. Leverkusen tidak kalah dalam semua pertandingan yang mereka sertai sebelum ini.

Mereka menamatkan saingan liga sebagai juara dan bergelar juara Piala DFB. Bayer Leverkusen menamatkan dominasi Bayern Munich yang menjuarai Bundesliga 11 musim berturut turut sebelum ini.

Leverkusen ada satu lagi misi treble berdepan dengan Atalanta pada aksi final UEL. Skuad Xabi Alonso itu dianggap sebagai calon pilihan juara berdasarkan reputasi dan prestasi mereka pada masa ini.

Namun prestasi luar biasa Ademola Lookman mencetak hatrik untuk membantu Atalanta bergelar juara Europa League. Lookman menenggelamkan Leverkusen dengan aksi terbaik dalam kariernya itu.

Ianya sudah tentu kejuaraan eropah pertama buat kelab kecil Atalanta yang meningkat naik pada era Gasperini sebagai pengurus.

Ianya juga merupakan piala pertama Atalanta sejak kali terakhir memenangi Coppa Italia pada 1963.

Lookman mencetak gol pembukaan minit ke-12 menerusi satu gerakan dari belakang yang memintas pertahanan dan terus menyambar masuk hantara rakannya.

Pada minit ke-26, Lookman melakukan gelecekan cantik dan melencongkan bola ke gawang Leverkusen.

Ketika skuad Xabi Alonso cuba mencari gol untuk membangkitkan semula harapan mereka, bekas penyerang Everton itu mecetak hatriknya pada minit ke-75.

Leverkusen akhirnya akur bahawa Atalanta adalah juara untuk edisi kali ini. Skuad Xabi Alonso akhirnya mengakhiri rekod tanpa kalah mereka musim ini.

Ianya musim yang sangat cemerlang buat Leverkusen di Bundesliga. Berbeza dengan Atalanta yang agak bergelut dalam Serie A musim ini.

Perkara itu diakui sendiri oleh Gasperini yang mendedahkan pasukan mereka bergelut dengan masalah kewangan dan juga terpaksa berbelanja dengan berhemah.

Atalanta antara giant killer di Itali dan Eropah dalam beberapa musim kebelakangan ini. Dan Gasperini memberikan jaminan bahawa mereka akan menjadikan kejuaraan Europa League ini sebagai asas kepada pembangunan pasukan mereka pada musim hadapan.

Dia akui cabaran akan lebih besar selepas ini, namun buat masa ini dia meminta semua pemain dan peminat Atalanta untuk meraikan dahulu kejayaan mereka.

BACA:  Legenda Liverpool Kini Antara Calon Ganti Ancelotti Di Real Madrid